MULAKAN SETIAP PEKERJAAN KITA DENGAN MEMBACA BISMILLAH SEMOGA MENDAPAT KEBERKATAN ALLAH SWT.

Ahad, 28 Februari 2010

ATUK CINTAIMU CU - SEMOGA SYAITAN ITU DIGANTUNG - TEGURLAH ATUK DIAKHIRAT KELAK.

(JENAZAH SYAFIA DIUSUNG UNTUK DIKEBUMIKAN DI TANAH PERKUBURAN ISLAM BATU 17 KUANG, KUALA KUBU BHARU.)
(MENANGIS TIDAK BERGUNA LAGI - HANG LAYAN LELAKI JIN ITU NAK BUAT APA)
(KAMU SAYANGKAN JANTA ITU - TETAPI KENAPA SIMANJA ITU MENJADI MANGSA?)
SEDIH, Pilu dan amat mengecewakan aku ketika membaca tajuk-tajuk utama akhbar Mingguan Malaysia dan Berita Minggu. Perasaan itu begitu menekan dan menghimpit jiwa ini bila seorang kanak-kanak (ahli syurga) perempuan didera oleh kekasih ibunya sehingga membawa maut. Saya menangis. Marilah kita sama-menghadiahkan Fatihah kepada ahli syurga yang malang itu. Al - Fatihah.
(KERATAN AKHBAR MINGGUAN MALAYSIA 28.2.2010, KLICK DUA KALINUNTUK MEMBACA TULISAN DIGAMBAR ITU)
Silap matakukah. Aku melihat gambar kecil suspek itu bukan macam gambar manusia. Binatang agaknya. Binatang pun aku rasa cantik nampaknya. SYAITANKAH ATAU BAPAK SYAITAN. HARAP-HARAP ENGKAU AKAN DIGANTUNG SAMPAI MATI.

Tapi apalah lagi kata-kata yang boleh ku lahirkan selain dari mengatakan bahawa ibu mangsa dan kekasihnya adalah bapak segala syaitan. Semoga Allah menerima taubat mereka sekiranya mereka manyesal dan ingin bertaubat. Dan sebagai insan yang penyayang, aku dan mungkin ramai lagi yang ingin melihat bahawa binatang yang menjadi kekasih ibu mangsa itu dihukum terlebih dahulu. Kalau mereka dihukum bunuh, aku fikir seluruh dunia bertepuk gembira.

Aku ini terlalu sayang pada kanak-kanak. Rasa-rasa nak masukkan mereka dalam perut aku. Tetapi binatang-binatang itu mana mengerti.
(INILAH WAJAH SAFIA YANG MALANG - PETIKAN DARI MINGGUAN MALAYSIA 28.2.2010)
Bertenanglah sayang. Tempatmu disyurga. Datuk sangat-sangat simpati dengan nasib malangmu. Datuk menangis ketika menulis ini. Tapi yakinlah. Tempatmu disyurga. Tegurlah datuk nanti kalau kita bertemu diakhirat. I love you cu....Semoga Allah pertemukan kita diakhirat. Pergilah dulu..... 

Jumaat, 26 Februari 2010

SELAMAT MENYAMBUT MAULIDUR RASUL DAN CERITA HARI INI....

HARI ini 12 hb. Rabiulawal 1431 bersamaan 26 hb. Feb. 2010 sama-samalah kita menyambut Maulidur Rasul. Muhammad adalah orang yang paling agung di muka bumi ini. Dia adalah Pesuruh dan Kekasih Allah SWT. Sempena hari kelahirannya ini sudah sewajarnyalah kita mengambil aktibar dari  perjuangan Baginda SAW untuk menegakkan Islam.
Baginda SAW seorang yang amat penyabar. Berani. Tegas. Tidak kenal putus asa. Cerdik.Amat menghormati kanak-kanak dan orang-orang tua. Pendiknya, Baginda SAW cukup segala-segalanya sebagai Utusan Allah untuk menyebarkan Islam.
Marilah kita sama-sama bersatu untuk terus berjuang menegakkan syiar Islam.
ZAMRI SUDAH BELAJAR MENYAMAN
Selama ini kita mendengar puak-puak pembakang yang banyak menyaman. Zamri pula sekarang sudah pandai menyamana. Alhamdulillah.Harap-harap Zamri berjaya.

Khamis, 25 Februari 2010

MACAM-MACAM SEJAK SEMALAM.....

MACAM-MACAM saya nak tulis dalam blog sejak semalam, malangnya ruang catatan ini tidak berfungsi. Saya tidak buat apa-apa hanya membaca majalah dan akhbar saja.

SAHABAT LAMA.

Semalam juga 24.2.2010 seorang kawan lama saya melawat blog saya dan meninggalkan sedikit catatan. Sahabat saya itu ialah Che Azmi bin Bidin. Cik Azmi ini jauh lebih muda dari saya tetapi saya amat-amat menghormatinya. Beliau seorang yang amat baik hati, menghormati orang-orang TUA macam saya dan amat bersifat tawadhuk dan warak. Saya menjemput dia dan isteri serta anak-anak datang ke rumah. Sudikah dia, wallahualam. Saya yangsudah 66 tahun ini sudah kurang segala-segalanya.
(INILAH WAJAH SAHABAT LAMA SAYA CHE AZMI BIN BIDIN)
CERITA DI AKHBAR - 24.2.2010
SEORANG pelakon kanak-kanak perempuan yang terkenal disuatu masa dahulu,Salsabila Yunan atau lebih dikenali Bella, 15, selamat kembali ke tanah air setelah melarikan diri ke Lombok Indonesia mengikut kekasihnya, rakyat Indonesia. Bella telah berkahwin dengan kekasihnya Hafiz Sukma, 26. Bersyukurlah. Semua itu ketentuan Allah SWT. Bella selamat. Hafiz Sukma mungkin seorang lelaki yang baik yang menyebabkan Bella begitu tertarik dengannya. Terimalah suaminya itu. Dan terimalah anak yang dikandungnya itu. Jangan pandang serong kepada Hafiz....semoga Allah SWT merahmati mereka.
(BELLA BERSAMA AYAH DAN IBUNYA)
ASAM JAWA KEPALA BIAWAK, itulah tajuk muka 4 akhbar Harian Metro. Pelik, pelik.
Lihatlah gambar itu. Jelas nampak kepala biawak itu. Ini cerita apa ini. Tak fasal-fasal kepala biawak ada dalam bungkusan asam jawa. Ini mungkin kerja-kerja sabotaj. Maklumlah, bila dah ramai ada peniaga asam jawa, lalu macam-macam helahlah yang mereka lakukan untuk menjatuhkan peniagaan orang lain.
SONATA CINTA AFRIKA
Tajuk utama Harian Metro semalam kisah seorang wanita cair ditemberangkan oleh seorang lelaki Afrika yang mengaku dirinya pelakon popular Korea, Bae Yong Joon. Wanita itu kerugian RM125,783 diperdaya lelaki Afrika itu melalui internet.
(GAMBAR MUKA HADAPAN HARIAN METRO)
Kenapa begitu lemahnya pemikiran kita, mudah diperbodohkan orang. Internet banyak boleh memberi kita maklumat, termasuklah maklumat yang tidak benar. Peliknya belum apa-apa dan serah duit. Silap seribu kali silap.
APA KATA S.NALLAKARUPPAN TERHADAP WAN AZIZAH - UTUSAN MALAYSIA 25.2.2010.

(S.NALLAKARUPPAN)
(DATUK SERI ANWAR IBRAHIM DAN WAN AZIZAH)
WAN AZIZAH pelakon hebat, kata Nalla. Nalla tentu lebih tahu tentang Wan Azizah dan Anwar kerana kawan rapat disuatu masa dahulu. Kata Nalla lagi Azizah layak menerima Anugerah Acedemy di Hollywood katanya kepada Utusan Malaysia. Kata Nalla lagi, Azizah menyatakan kesebuah akhbar di Australia, bahawa perbicaraan kes liwat anwar itu ialah untuk menamatkan karier politik suaminya.

Betulkan itu Nallla, gua macam tak percaya saja. Biarlah, suami orang. Siapa pun Anwar, Anwar tetap menjadi suaminya. Kalau Anwar Perdana Menteri, Azizah jadi wanita pertama berkuasa di Malaysia. Lu tak percayakah.

Biar. Allah bersama dengan orang-orang yang benar.

Selasa, 23 Februari 2010

CERITA DI KEDAI KOPI

Baru-baru ini lebih kurang jam 5.00 petang, saya singgah di sebuah kedai kopi yang tidak berapa jauh dari rumah saya. Semasa saya singgah itu ada beberapa orang yang memang saya telah kenali sedang menjamu selera. Saya pun duduk semeja dengan mereka sambil berbual-bual.

Mereka semuanya orang kuat parti PAS. Tetapi mereka semuanya orang baik-baik. Mereka boleh berkawan dengan sesiapa pun. Mereka boleh diajak bercakap fasal politik. Mereka boleh ditegur dan sanggup menegur. 

Setelah menyentuh beberapa perkara dalam perbualan itu lalu saya pun bertanya:

"Apa pendapat awak tentang kes liwat Anwar ini?" 

"Anwar tentu kena?" kata si A.

"Fasal apa awak kata begitu?" tanya saya.

"Tuduhan itu bukan betul," kata si B pula. "Tuduhan itu sengaja dibuat-buat. Mereka memang hendak halang Anwar Ibrahim jadi perdana menteri."

"Awak fikir mudahkah hendak membuat tuduhan kalau seseorang itu tidak bersalah? Anwar itu bukan budak-budak. Dia orang bijak. Siapa berani hendak usik dia," kata saya pula.

(ANWAR, AZIZAH DAN ANAKNYA)
"Dia kerajaan, dia boleh buat apa yang dia suka," jawab si A.

"Kalau kerajaan boleh buat apa yang dia suka, patutnya dulu lagi Anwar sudah disabitkan dengan kes liwat degan adik angkatnya atau dengan pemandu Azizah. Tapi kenapa Anwar dibebaskan? Ini menunjukkan kerajaan tidak berkuasa campur tangan dalam urusan mahkamah. Anwar dipenjarakan kes lain, bukan kes liwat," saya cuba untuk menjelaskannya.

"Kerajaan reka semua itu," kata si A.

Aku tidak berkata apa-apa, cuma ketawa sahaja. Memang susah hendak membetulkan fikiran orang-orang yang taksub sangat dengan pemimpin ini.
(NAJIB DAN NIK AZIZ)
Akhbar Sinar Harian keluaran 22hb. Feb. 2010 di muka hadapan menyebut Agenda Halang Anwar - maksudnya ialah halang penasihat PKR itu jadi Perdana Menteri, mengikut pendapat Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang tersiar di muka dua akhbar itu.
Agaknya semua orang dalam parti pembangkang berfikiran begitu. Mudahkah agaknya hendak bermuafakat untuk menuduh seseorang. Barangkali mereka mengetahui perkara sebenar - tetapi sengaja nak buat kecoh. Allahuakbar.

Jumaat, 19 Februari 2010

PAS ATAU UMNO?

BARU-BARU ini saya ke Kelantan kerana keduri kahwin adik ipar saya di Taman Kenali, Kota Bharu Kelantan. Saya pergi pada 12.2.2010 dan balik pada 16.2.2010.

Pada hari kenduri pada 15.2.2010 seorang kenalan lama saya bertanya: "Man sokong parti apa?"

Saya menjawab: "UMNO."

Dia bertanya lagi. "Kenapa tak sokong PAS?"

 Saya jawab: "Saya sokong kedua-duanya, sekiranya kedua-duanya berkerja sama. PAS dan UMNO tidak ada bezanya. PAS dalam PR bekerja sama dengan DAP dan wakil-wakil rakyat bukan Islam dalam PKR. Dan UMNO memang sudah terkenal dengan kerjasamanya dalam BN. PAS perjuangkan hak orang-orang Islam dan hak semua rakyat di negara ini. UMNO juga sama. Malah PR juga memperjuangkan hak yang sasma."

Sahabat saya itu bertanya lagi: "Bagaimana dengan PKR?"

Saya menjelaskan: "Tidak jadi masalah. PKR juga patut bekerjasama. Kecuali Anwar Ibrahim dan DAP."

"Anda tidak boleh menerima Anwar dan DAP, kenapa?" sahabat saya itu bertanya.

" Walaupun sehingga kini mahkamah belum mendapati dia bersalah atas tuduhan liwatnya, tetapi aku berpendapat........................" (aku tidak mahu tulis hal ini kerana kes ini masih dalam perbicaraan. Memadailah kalau aku mengatakan keenganan dia bersumpah dan memberikan kerjasama dengan polis sudah cukup menerbitkan keraguan dalam benak saya tentang kejujuran Anwar.) Menuduh tanpa bukti buat dosa kering namanya. Aku tak berani menuduh sesiapa sekalipun Anwar Ibrahim. Tetapi atas sebab-sebab diatas tentu sahaja mengelirukan orang ramai yang sedang tertanya-tanya.

"DAP?"

"Cukuplah apa yang telah disebutkan oleh YB Zulkifli Nordin ketika dia ditemu bual baru-baru ini dalam TV 3. DAP ini kata YB Zul adalah macam duri dalam daging. Tetapi yang peliknya, YAB Datuk Nik Aziz tidak jadi masalah nampaknya. "

"Dalam PKR anda hanya menolak Anwar sahaja?" tanya sahabat saya itu lagi.

"Oh, tidak Anwar saja. Azmin Ali yang suka cium tangan Anwar pun aku tidak suka, kecuali dia hentikan sikap cium tangan Anwar," saya menjelaskan.

"Anda tolak DAP, tetapi orang-orang DAP?" soalnya lagi.

"Tidak jadi masalah," saya terangkan. "Buang DAP dan masuk MCA atau MIC. Orang-orang Melayunya boleh pilih PAS atau UMNO."

Sahabat saya itu menggeleng-gelengkan kepalanya. Kemudian dia menganggukkan kepalanya sambil ketawa besar.

Khamis, 18 Februari 2010

AGAMA: MENGURUS JENAZAH BAYI.

COMELNYA - ANAK SIAPALAH INI
SABDA Rasulullah SAW bermaksud: "Anak yang mati keguguran disolatkan dan didoakan bagi kedua-dua orang tuanya supaya memperoleh keampunan dan rahmat." (Riwayat Abu Daud dan at-Tirmidzi).

Jika berlaku keguguran dan bayi meninggal berumur 120 hari (empat bulan), maka ia perlu diperlakukan seperti mengurus jenazah biasa mengikut syariat Islam iaitu memandikannya, mengkafankan, solat dan menguburkan.
KASIHILAH KEPADA BAYI

Tetapi bagi bayi yang keguguran, jika tidak dapat dimandikan, cukuplah dengan mengkafankan, solat dan menguburkan saja.

Sementara doa yang dibaca dalam solat jenazah itu ialah doa untuk kedua ibu bapa bayi yang meninggal bukan untuk bayi itu.
ENTAH APA YANG RENUNG OLEH BAYI INI
(Sumber dari Berita Harian, gambar dari google imej)
Osman Dol menambah:
Apa yang dapat kita jadikan iktibar dari pengajaran di atas ialah bahawa Islam ini amat menggalakkan umatnya supaya menghormati dan menyayangi setiap insan yang dicipta oleh Allah SWT sekalipun bayi. Kerana itu, walaupun bayi yang meninggal dunia kita hendaklah memperlakukan jenazah itu seperti orang dewasa. Tidak ada bezanya. Cuma ketika mendoakan sahaja, kita disuruh mendoakan ibu dan bapanya, bukan bayi itu. Bayi itu sudah pasti ahli syurga.
KAMU ADALAH AHLI SYURGA WAHAI BAYI. IBU BAPA KAMU MEMBUAG KAMU TETAPI ALLAH SWT TIDAK. Gambar dari google imej.
Tetapi kisah buang bayi dalam tong sampah, buang bayi dalam lobang tandas, bakar bayi yang suci bersih itu amat mendukacitakan. Manusias atau binatangkah mereka itu? Tidak ada hati perut. Kerana itu Islam melarang kita dari bergaul bebas. Islam haramkan zina. Islam mendidik kita supaya kita menjadi seorang ayah atau ibu yang baik. Inilah hebatnya Islam. Kita diwajibkan bernikah sebelum melahirkan zuriat. Terlalu cantik Islam ini. Semoga mereka yang zalim dan kejam itu mendapat balasan setimpal dengan dosa yang dilakukannya.

Khamis, 11 Februari 2010

KONG XI FAT CHOI

SELMAT TAHUN BARU CHINA KEPADA SEMUA KAUM TIONGHUA. SELAMAT SEJAHTERA.

AKU MINAT LAGU-LAGU KLASIK

(R.AZMI SEDANG MENYANYI)
(R. AZMI PENYANYI SUKARAMAI PADA HUJUNG TAHUN 40AN DAN 50 AN.)
Aku cukup minat lagu-lagu lama. Penyanyi-penyanyi seperti R.Azmi, P. Ramlee, Abdullah Cik, Jasni, Aziz Jaafar, Ahmad CB dan lain-lain merupakan penyanyi suka ramai waktu itu termasuklah aku. Penyanyi wanitanya pula aku minat Saloma, Normadiah, Momok Latf, Kamariah Nor, Kamariah Nor dan banyak lagi. Lagu-lagu R.Azmi seperti lagu Air Mata Kasih, Macam Itik Pulang Petang dan banyak lagi yang aku telah lupa tajuknya. Setiap lagunya akan menjadi siulan anak-anak muda zaman itu. R.Azmi telah meninggal. Dia pergi dengan meninggalkan suara dan lagu sebagai khazanah masyarakatnya. 
(ABDULLAH CIK)
Antara lagu Abdullah Cik yang cukup aku minat ialah Hai Burung Dalam Sangkar. Banyak lagu-lagunya
yang aku minati, tetapi aku tidak ingat apakah namanya lagu-lagu itu. 
(JASNI)
Suara Jasni hampir sama dengan suara P. Ramlee.
(SALOMA)
Saloma, Biduanita Negara. Suaranya amat merdu. Pasangan duet P.Ramlee (suaminya), Ahmad Daud, Ahmad Daud dan lain-lain.
(P.RAMLEE)
Siapa tidak kenal P>Rankee. Tan Sri P. Ramlee. Dia seniman serba boleh. Menyanyi, berkakon dan berlawak.Seniman sepanjang zaman. Semoga Allah SWT menempatkan rohnya disisi roh orang-orang saleh.
Lagu-lagunya seperti Dendang Perantau, Engkau Laksana Bulan, Jangan Tinggal Daku adalah lagu-lagunya yang benar-benar hebat.
(AZIZ JAAFAR)
Suami Normadiah. Suaranya juga hampir sama dengan suara P>Ramlee. Aku suka lagi Norlelanya.

(NORMADIAH)
Isteri Aziz Jaafar. Rakan duet P. Ramlee. Suaranya lembut dan lunak.


(S.EFFANDI - PENYANYI INDONESIA)
Antara lagu-lagu S.Effendi yang aku minati ialah Seroja. Banyak sebenarnya penyanyi-penyanyi Indonesia yang seangkatan dengan S.Effendi seperti Beng Selamat, Samsaimon dan lain-lain.

(AHMAD CB)
Namanya begitu harum dipesada seni diakhir-akhir tahun 40an dan awal 50an.
(DATUK AHMAD DAUD DAN DATIN SAADIAH - IBU FAUZIAH AHMAD DAUD)
Dia penyanyi yang hebat dan terkenal. Suaranya yang membawakan lawgu Potianak terus disukai ramai sehingga ke hari ini.

Rabu, 10 Februari 2010

ALHAMDULILLAH - TANIAH DR. ZAMRI

(DR. ZAMRI ABDUL KADIR - MENTERI BESAR PERAK YANG DISAYANGI OLEH RAKYAT)
TANIAH - mungkin  saya diantara rakyat negara ini yang amat bergembira dengan keputusan mahkamah itu. Keputusan itu memang tepat. Zamri jujur, ikhlas dan kuat bekerja nampaknya. Tidak sesia Najib lantik anda menjadi menteri besar itu.
Saya perhatikan anda utamakan rakyat. Anda memang wakil rakyat yang berjiwa rakyat. Dihari akhir-akhir mahkamah akan membuat keputusan anda menampakkan sikap yang positif. Bekerja tetap bekerja dan anda sanggup menerima apa juga keputusan yang bakal dibuat oleh mahkalah.
(MOHD. NIZAR JAMALJUDIN - DIA DITOLAK OLEH MAHKAMAH DAN MUNGKIN JUGA RAKYAT TELAH MENOLAKNYA.,)
Itulah dia N izar. Cakap angkuh, sombong, dia saja yang betul dalam dunia ini. Mahkamah belum buat keputusan, orang pembakang sudah buat keputusan terlebih dulu. Kononnya lima-lima hakim memilih Nizar. Sekarang baharu kita tahu - TEMBERANG besar puak-puak pembakang ini. Bila mahkamah tolak Nizar, sudah tentu berbagai-bagai tomahan timbul.
Nizar (gilatkuasa) Jamaluddin memberi amaran kepada rakyat Malaysia: Katanya negera akan bergerak ke arah sistem monarki. Kalau dia menang - terbalik negara ini dibuatnya. Begitulah reaksi pembangkang. Mereka menang ok semua, kalau kalah, semua orang disalahkan. Kononnya dia sahaja yang betul.
KES LIWAT DATUK SERI ANWAR
(DATUK SERI ANWAR SEDANG DISOAL OLEH PARA WARTAWAN - Gambar dari BH online)
Anwar melalui peguamnya Karpal Singh minta tangguh lagi kes liwatnya. Ini yang aku kalah. Lemah tulang dibuatnya. Kali ini alasannya kerana tidak setuju hakim yang mengendalikan kes itu. Kononnya hakim itu berat sebelah. Kata dah....

(SAIFUL BUKHARI AZLAN - ADUAN DALAM KES LIWAT INI)
Aku simpati dengan Saiful. Harap-harap polis daspat mengesan orang yang mengugutnya itu.

Isnin, 8 Februari 2010

RENCANA AGAMA

KESABARAN AMAT DITUNTUT OLEH ISLAM

OLEH : OSMAN DOL

**=======================================**

TIDAK sempurna kita menjadi seorang manusia sekiranya tidak diuji oleh Allah SWT. Dari ujian-ujian itulah maka akan mematang dan memantapkan sesorang itu untuk menjadi seorang manusia yang sebenarnya.
(TUK KENALI - ANTARA MANUSIA YANG KUAT KESASBARANNYA)

Allah SWT berfirman yang bermaksud:

“Pastilah kami akan memberikan sedikit cubaan kepada kamu semua seperti ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan, kemudian sampaikanlah berita gembira kepada orang-orang yang sabar.” (al-Baqarah: 155)

Dari ayat di atas jelaslah bahawa ujian Allah SWT ini pasti akan diterima oleh sesiapa sahaja. Ujian-ujian itu didatangkan dengan berbagai-bagai keadaan seperti ketakutan, kemiskinan, kerugian dan sebagainya. Dan setiap ujian itu memerlukan kesabaran. Hanya dengan kesabaran sahaja yang dapat mengatasi setiap ujian itu.

Seseorang yang kini telah menjadi kaya raya dengan wang ringgit dan harta benda sebenarnya tidak semudah itu mereka memperolehi kekayaan itu. Mereka barangkali telah menghadapi berbagai-bagai ujian sebelum sampai ke tahap itu. Seseorang doktor, jurutera atau seorang pegawai tinggi kerajaan yang telah berjaya dalam kerjaya masing-masing pastinya telah dapat menghadapi berbagai-bagai rintangan dengan penuh kesabran.
(ENTAH ANAK SIAPA SICOMEL INI - ANAK INI DILAHIRKAN DARI IBU BAPA YANG TIDAK BERIMAN DAN TIDAK ADA KESSABARAN)
Lebih-lebih lagi bagi seseorang tokoh politik yang berkedudukan tinggi dalam kerajaan dewasa ini, pastinya mereka telah berjaya menghadapi ujian-ujian yang menimpa diri mereka. Mereka tentunya terlalu kuat bersabar bagi mempastikan karear politiknya tidak binasa.

Disini apa yang dapat kita pastikan bahawa bersabar itu amat penting ketika menghadapi sesuatu kesusahan itu. Ujian dari Allah SWT pasti sampai kepada sesiapa pun. Tetapi manusia selalunya tidak dapat bersabar. Manusia selalunya kalah dengan desakan atau pujuk rayu syaitan. Kerana itu berlakulah berbagai-bagai perkara yang bertentangan dengan agama dan undang-undang negara.

Tidak kira siapakah mereka, sama ada seorang peniaga, penternak, peladang atau sebagainya. Apabila dihadapkan dengan sesuatu ujian mereka akan cepat melatah. Mereka akan mencari pendekatan yang bertentangan dengan agama seperti menipu, mencuri dan melakukan berbagai-bagai kejahatan untuk menjatuhkan pesaingnya sekiranya ada.
(ANAK PALESTIN - PERLUKAH KITA BERSABAR LAGI?)
Sebenarnya mereka ini tidak ada sifat-sifat kesabaran. Mereka tidak sanggup menghadapi ujian itu. Mereka tidak mahu berusaha untuk memperbaiki kesilapan-kesilapannya. Lebih dari itu, mereka tidak sanggup untuk menunggu lebih lama bagi mendapat keuntungan. Kerana itu mereka menjadi bosan dan cuba mencari jalan keluar yang dilarang oleh Islam.

Allah SWT berfirman lagi yang bermaksud:

“Hai orang-orang yang beriman, bersabarlah dan cukupkanlah kesabaran itu.” (ali-Imran: 200)

Dari ayat diatas amat menjelas bahawa kesabaran itu amat dituntut oleh Islam. Hanya kesabaran yang mampu menjadi perisai dari segala kemungkaran dan kemaksiatan.

Para remaja sekarang ini yang hidup di zaman yang serba maju, maka berbagai-bagai cabaran dihadapi oleh mereka. Mereka tidak sanggup tunggu lebih lama untuk meneruskan pengajian. Malah banyak yang gagal untuk menyambung pengajiannya itu. Selain dari itu mereka sentiasa dihimpit oleh rasa bosan duduk di rumah, lalu mereka mencari rakan-rakan yang tidak berakhlak. Maka mereka pun melibatkan diri dengan kegiatan-kegiatan yang tidak sihat seperti merempit, hisap dadah, peragut malah ada anak-anak gadis yang sanggup menjadi pelacur atau sebagainya.

Allah SWT berfirman lagi yang brmaksud:

“Dan sesungguhnya Kami hendak menguji kepada kamu semua, sehingga Kami dapat mengetahui siapa diantara kamu semua itu yang benar-benar berjihad dan siapa pula orang-orang yang bersabar.” (Muhammad:31).

Dari ayat di atas sudah jelas bahawa ujian itu memang sengaja

diadakan oleh Allah SWT untuk mengenali diri seseorang. Adakah mereka benar-benar bersabar dan berjihad di Jalan Allah iaitu bersabar atau sebaliknya. Beruntunglah orang-orang yang bersabar yang berjaya menghadapi sepenuhnya ujian dari Allah SWT itu.

SEKIAN.

Ahad, 7 Februari 2010

APA YANG MENARIK DIDALAM AKHBAR HARI INI.....

(DATUK DR. ZAMBRY ABD. KADIR MENTERI BESAR PERAK)
SIAPAKAH yang lebih berhak menjawat jawatan Menteri Besar Perak? Persolan ini akan terjawab pada 9.2.2010 apabila mahkamah membuat keputusannya nanti. Dr. Zambry nampak begitu tenang bagi menghadapi keputusan itu. Akhbar menyatakan, Zambry boleh menerima apa sahaja keputusan yang bakal dibuat oleh mahkamah. Gua caya lulah. Lu memang hebat. Lu punya sikap tawadhu (rendah diri) dengan Allah SWT dan makhluk-makhlukNya yang lain.
(BEKAS MENTERI BESASR PERAK - MOHAMMAD NIZAR JAMALJUDDIN.  TERLALJU YAKIN MENANG. LANTAKPILAH)
Ini yang tak sedap. Nafsu gila talaknya terhadap jawatan itu begitu melonjak. Berbuih-buih. Dia begitu yakin menang. Biar dia. Sejak sebulan lalu berita SMS sudah tersebar mengatakan beliau menang. Tetapi kalau mahkamah buat keputusan sebaliknya. Mereka akan tuduh itu semua rancangan UMNO. Najib yang perintahkan mahkamah buat itu dan ini. Inilah dia cerita pembakang. Macamlah cerita Saiful ini, mereka kata Najib yang rancang semua itu.

(DULI YANG MAHA MULIA SULTAN PERAK TENGKU AZLAN SHAH DAN DULI YANG MAHA MULIA TUANKU BAINUN)
Katakan Nizar menang dalam kes ini. Nizar akan nasihatkan sultan supaya bubarkan Dewan Undangan Negeri. Tetapi kalau sultan enggan bubarkan? Bagaimana agaknya? Nak salahkan UMNO jugakah? Bagaimanpun kita tunggulah hari selasa ini.
BAYI LELAKI 5 BULAN DILIWAT
Banyak betul manusia syaitan yang macam itu. Aku fikirkan dah habis. Rupa-rupanya tak habis-habis. Kena pancung ibunya dulu. Budak lima bulan pun sanggup diliwatnya.
KASIHAN UTUSAN
Saya pembaca setia Utusan Malaysia. Kerja akhbar melapurkan berita sahaja. Dalam bisik-bisik mingguan Awang Selamat dibagi Anwar Ibrahim begitu marah dengan utusan. Kenapa hah? Tak patut, tak patut. Saya rasa utusan melapurkan sesuatu berita itu dengan tepat - itulah sebabnya dia rasa panas. Utusan hanya melapurkan. Aduan Saiful. Jangan bimbang Anwar - BERANI KERANA BENAR. Allah SWT bersama-sama den gan orang yang benar.                                       
Wallalahualambissawab.

Jumaat, 5 Februari 2010

RENCANA DARI BERITA HARIAN: BN JADI MANGSA KEKALUTAN PEMBANGKANG.

BH 5/2/10.

Oleh Jamhariah Jaafar
jamhariah@bharian.com.my

TEORI konspirasi tersebar dari mulut ke mulut apabila semakin ramai rakyat tertanya-tanya mengapa isu politik datang silih berganti sejak dua tahun kebelakangan ini. Belum sempat satu isu dileraikan dengan sempurna, satu lagi isu pasti akan menjelma.

Spekulasi dibuat amat menarik, penyokong pembangkang menuduh Barisan Nasional (BN) melakukan konspirasi untuk menarik balik sokongan rakyat yang didakwa semakin pudar, manakala penyokong BN mendakwa pembangkang sengaja menimbulkan isu untuk mengalihkan perhatian rakyat daripada krisis sebenar.

Tiada siapa ada jawapan kerana masing-masing cuba mempertahankan pendirian sendiri demi menyokong pendapat mereka dan berusaha memastikan rakyat memihak kepada mereka. Bagaimanapun, jika kita meneliti isu demi isu sebenarnya ia muncul daripada isu dalaman parti politik itu sendiri, baik di kalangan parti komponen BN, mahupun Pakatan Rakyat.

Setiap parti politik mengalami kemelut berlainan. Bagi komponen BN, pergelutan kuasa MCA berlaku pada peringkat kepemimpinan tertinggi sehingga membuatkan ahlinya berpecah kepada beberapa kumpulan. Dalam Umno pula, ketika kepemimpinan tertinggi bekerja keras meraih kembali keyakinan rakyat, ada juga desas-desus rasa tak puas hati tercetus pada beberapa peringkat bawahan.

Tetapi yang mencuri perhatian utama rakyat sejak dua bulan terakhir ini ialah krisis dalaman parti pembangkang dan antara parti komponen mereka, yang secara langsung menyerlahkan ketidakserasian tiga parti berlainan matlamat perjuangan ini.

Yang menjadi jenaka hari ini apabila kebanyakan pemimpin pembangkang ini menyalahkan BN terutama Umno yang didakwa kononnya menjadi dalang di belakang setiap isu dan krisis parti pembangkang tanpa mengira DAP, Pas ataupun Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Sidang media Pakatan Rakyat lalu menyaksikan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menyalahkan Umno bagi semua isu dan krisis yang melanda parti pembangkang dan negara ketika ini.

“Ada usaha menyiasat bukan saja kepemimpinan Selangor tapi juga (Ketua Menteri Pulau Pinang) Lim Guan Eng, Lim Kit Siang, Karpal Singh dan Tok Guru Nik Aziz, mula disegerakan dalam masa sama, ketika saya akan dihadapkan ke mahkamah.

Setiap orang tahu yang mencetus isu dan krisis dalaman kepada pembangkang ialah mereka sendiri.

Kita mula dengan Pas yang beralih daripada isu kepemimpinan yang menyokong kerajaan perpaduan dengan Umno yang diharap dapat memperkasa umat Islam dan bangsa Melayu tahun lalu, kepada krisis kepemimpinan Nik Aziz sebagai tokoh politik dan ulama disegani.

Ramai sedih melihat isu terpaksa dihadapi Nik Aziz, kerana di hujung kepemimpinan lebih sedekad sebagai Menteri Besar Kelantan, terpalit dengan pelbagai isu termasuk pembabitan ahli keluarganya di dalam agensi utama kerajaan negeri didedahkan oleh ahli Pas dan bekas pegawainya sendiri.

Pas semakin berpecah apabila isu perdebatan mengenai penggunaan kalimah Allah oleh bukan Islam mengheret parti itu ke kancah pergeseran dengan PKR.

Pertelingkahan sesama pemimpin PKR sudah bermula sejak pembangkang menguasai beberapa negeri selepas Pilihan Raya Umum 2008. Selangor, Perak dan Pulau Pinang menjadi medan ‘pertempuran’ sesama pembangkang dan semakin ramai rakyat, terutama mereka yang memberi kemenangan kepada mereka, kaget melihat gelagat yang tidak disangka itu.

Agak janggal apabila Presiden Pas, Datuk Seri Hadi Awang pada sidang media Ahad lalu, berkata jangan bersikap tidak adil terhadap pertelingkahan dan krisis kepemimpinan di kalangan parti pembangkang kerana mereka baru ‘berkuasa’ selama dua tahun, bukan seperti BN yang sudah memerintah setengah abad.

Hadi mungkin sudah lupa janji dan manifesto yang ditabur kepada penyokong, bahawa mereka akan menjulang dan memperkasakan ‘kuasa rakyat’. Pembangkang berjanji mereka tidak akan bersikap takbur, bongkak, korup atau menyeleweng.

Sikap perkauman juga semakin terasa. Walaupun pemimpin peringkat tertinggi bekerja keras menafikan mereka ada masalah perkauman sehingga Pas membuka pintu seluas-luasnya kepada kaum lain untuk menjadi ahli Kelab Penyokong Pas. Hakikatnya, sikap perkauman itu semakin dirasai terutama selepas pendedahan Ahli Parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Mohd Hashim, mengkritik keras Guan Eng, dan melabelnya diktator, cauvinis serta berfikiran komunis.

Tidak sampai seminggu selepas dikritik Zahrain, Guan Eng yang juga Setiausaha Agung DAP mencetuskan kemelut perkauman lebih hebat apabila merobohkan gerai milik Melayu, sehingga menyebabkan gerakan mengadakan perhimpunan besar-besaran Melayu menentang ‘penindasan’.

Seperti dijangka, Anwar dan pemimpin pembangkang lain menuduh Umno dan BN di belakang semua krisis dicetus ahli parti komponen Pakatan Rakyat, malahan Anwar secara lantang membantah keras tindakan Zahrain dan membela Guan Eng.

Dalam menuduh Umno menjadi dalang kepada semua kekecohan di dalam Pakatan rakyat, Anwar terperangkap dengan kemelut yang melanda dirinya sendiri. Selepas 20 kali berjaya meminta perbicaraan kes liwatnya ditunda dan gagal, beliau terus berusaha untuk membawa teori konspirasi Umno ke perbicaraan yang kini berlangsung.

BERITA-BERITA DARI UTUSAN MALAYSIA
05.02.2010.
NIK AZIZ AJAK UMNO BERBINCANG?
Muka surat 8 Utusan Malaysia, Nik Aziz ajak UMNO berbincang untuk tamatkan perseteruan  selama 50 tahun. Macam tak percaya aku baca berita itu. Betulkah atau ada udang di sebalik batu. Nik Aziz bukan senang hendak diajak berbincang. Dia pernah berkata: Pergi Jahanam UMNO. Kalau betul ikhlas, jujur barangkali aku adalah orang paling bergembira sekali. Ungkapan ini sering bermain di bibirku BERSATU KITA TEGUH BERCERAI KITA ROBOH.

MOHD. SAIFUL KENA MAKI
Orang-orang yang dipercayai penyokong Anwar memaki hamun Mohd. Saiful dengan berbagai-bagai perkataan yang kesat dan hina. Sabarlah Ful. Jangan risau. Allah SWT tetap berada dipihak yang benar. Biasalah itu; ada yang percaya apa yang kita cakap dan ada yang tak percaya. Cukuplah Allah, kamu dan Anwar yang mengetahuinya. Tapi yang penting kita ikuti perbicaraan itu dahulu. Jangan terlalu taksup. Kalau terlalu taksup, Ayah Pin pun kita sangkakan ulamak besar. Manusia oh manusia......

Bagaimanapun, dapat kita sasksikan bahawa pengaruh Anwar masih kuat dan hebat. Tak kisahlah itu. Chin Peng pun ada pengikut. Botak Chin pun banyak orang sayang. Seperti saya kata tadi, kita jangan terlalu taksub.Jangan sampai syaitan pun kita katakan sahabat. Tenang dan damaikan fikiran kita untuk mendapatkan sesuatu yang baik. Anwar memang orang baik - gaya dia bercakap ada UMMMM....

Lu fikirlah sendiri. Wallahualambissawab.

Khamis, 4 Februari 2010

MACAM-MACAM CERITA DIAKHBAR......

Tengku Razaleigh Hamzah dikecam oleh banyak pihak di kalangan UMNO kerana keinginannya untuk mengetuai pembincangan berkaitan tututan royalty minyak di Negeri Kelantan. Tengku Razaleigh Hamzah memberi pengakuan tidak akan keluar dari UMNO. Tapi bagi saya - kita berkawan ini kena jagalah hati kawan. Jangan kecilkan hati kawan-kawan kita itu. Perpaduan Melayu mestilah dibendung.

Mohd. Saiful Bukhari Azlan saksi utama dalam kes liwat Datuk Anwar Ibrahim merasa lega kerana kesnya akan mula dibecarakan (3.2.2010). Kita tidak boleh nak cakap apa-apa tentang kes ini kerana perbicaraannya sedang berjalan. Lagipun kita memang tidak tahu apa sebenarnya telah berlaku. Cerita liwat ini bukan boleh direka-reka. Ini soal maruah. Tidak siapa boleh mengadakan cerita yang tidak ada. Polis sudah siasat kes ini. Serahjkan sahaja kepada Polis untuk bentangkan kes itu di mahkamah.

Akhirnya kes datuk dibecarakan juga. Sabar tuk. Hadapilah perbicaraan itu dengan hati terbuka dan reda akan segala keputusan mahkamah. Saya bimbang juga kalau datuk minta tangguh lagi. Alhamdulillah, perbicaraan tetap dijalankan juga. Bolehkah perlakuan buruk itu segaja diada-adakan oleh sesuatu pihak. Allah SWT berpihak pada yang benar. Allah MaHA Besar dan MaHA Berkuasa.

Apa dah terjadi dengan YAB Lim Guan Eng. Ada yang berkata dia tidak layak jadi CM Pulau Pinang kerana dia orang Melaka. Macam-macam tuduhan yang dibuat oleh orang dalam pakatan sendiri. Apa dah jadi YAB. Sebagai orang Melaka, saya bangga juga orang negeri saya jadi Ketua Menteri. Tetapi kalau tidak boleh tertahan lagi. Lepaskan sajalah jawatan itu. Bagi orang Pulau Pinang sendiri.
YB Nibong Tebal, Tan Tee Beng mengatakan, Lim Guan Eng layan PKR seperti Anjing. Kalau tak puas hati tinggalkan sahaja PR. Masuk BN, YB. Habis cerita.

Terima kasih kerana naikkan gaji polis. Polis pencen macam mana? Tak dapatkah?....
(SEMUA GAMBAR DIPILIH DARI GOOGLE IMEJ)