BH 5/2/10.
Oleh Jamhariah Jaafar
jamhariah@bharian.com.my
TEORI konspirasi tersebar dari mulut ke mulut apabila semakin ramai rakyat tertanya-tanya mengapa isu politik datang silih berganti sejak dua tahun kebelakangan ini. Belum sempat satu isu dileraikan dengan sempurna, satu lagi isu pasti akan menjelma.
Spekulasi dibuat amat menarik, penyokong pembangkang menuduh Barisan Nasional (BN) melakukan konspirasi untuk menarik balik sokongan rakyat yang didakwa semakin pudar, manakala penyokong BN mendakwa pembangkang sengaja menimbulkan isu untuk mengalihkan perhatian rakyat daripada krisis sebenar.
Tiada siapa ada jawapan kerana masing-masing cuba mempertahankan pendirian sendiri demi menyokong pendapat mereka dan berusaha memastikan rakyat memihak kepada mereka. Bagaimanapun, jika kita meneliti isu demi isu sebenarnya ia muncul daripada isu dalaman parti politik itu sendiri, baik di kalangan parti komponen BN, mahupun Pakatan Rakyat.
Setiap parti politik mengalami kemelut berlainan. Bagi komponen BN, pergelutan kuasa MCA berlaku pada peringkat kepemimpinan tertinggi sehingga membuatkan ahlinya berpecah kepada beberapa kumpulan. Dalam Umno pula, ketika kepemimpinan tertinggi bekerja keras meraih kembali keyakinan rakyat, ada juga desas-desus rasa tak puas hati tercetus pada beberapa peringkat bawahan.
Tetapi yang mencuri perhatian utama rakyat sejak dua bulan terakhir ini ialah krisis dalaman parti pembangkang dan antara parti komponen mereka, yang secara langsung menyerlahkan ketidakserasian tiga parti berlainan matlamat perjuangan ini.
Yang menjadi jenaka hari ini apabila kebanyakan pemimpin pembangkang ini menyalahkan BN terutama Umno yang didakwa kononnya menjadi dalang di belakang setiap isu dan krisis parti pembangkang tanpa mengira DAP, Pas ataupun Parti Keadilan Rakyat (PKR).
Sidang media Pakatan Rakyat lalu menyaksikan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menyalahkan Umno bagi semua isu dan krisis yang melanda parti pembangkang dan negara ketika ini.
“Ada usaha menyiasat bukan saja kepemimpinan Selangor tapi juga (Ketua Menteri Pulau Pinang) Lim Guan Eng, Lim Kit Siang, Karpal Singh dan Tok Guru Nik Aziz, mula disegerakan dalam masa sama, ketika saya akan dihadapkan ke mahkamah.
Setiap orang tahu yang mencetus isu dan krisis dalaman kepada pembangkang ialah mereka sendiri.
Kita mula dengan Pas yang beralih daripada isu kepemimpinan yang menyokong kerajaan perpaduan dengan Umno yang diharap dapat memperkasa umat Islam dan bangsa Melayu tahun lalu, kepada krisis kepemimpinan Nik Aziz sebagai tokoh politik dan ulama disegani.
Ramai sedih melihat isu terpaksa dihadapi Nik Aziz, kerana di hujung kepemimpinan lebih sedekad sebagai Menteri Besar Kelantan, terpalit dengan pelbagai isu termasuk pembabitan ahli keluarganya di dalam agensi utama kerajaan negeri didedahkan oleh ahli Pas dan bekas pegawainya sendiri.
Pas semakin berpecah apabila isu perdebatan mengenai penggunaan kalimah Allah oleh bukan Islam mengheret parti itu ke kancah pergeseran dengan PKR.
Pertelingkahan sesama pemimpin PKR sudah bermula sejak pembangkang menguasai beberapa negeri selepas Pilihan Raya Umum 2008. Selangor, Perak dan Pulau Pinang menjadi medan ‘pertempuran’ sesama pembangkang dan semakin ramai rakyat, terutama mereka yang memberi kemenangan kepada mereka, kaget melihat gelagat yang tidak disangka itu.
Agak janggal apabila Presiden Pas, Datuk Seri Hadi Awang pada sidang media Ahad lalu, berkata jangan bersikap tidak adil terhadap pertelingkahan dan krisis kepemimpinan di kalangan parti pembangkang kerana mereka baru ‘berkuasa’ selama dua tahun, bukan seperti BN yang sudah memerintah setengah abad.
Hadi mungkin sudah lupa janji dan manifesto yang ditabur kepada penyokong, bahawa mereka akan menjulang dan memperkasakan ‘kuasa rakyat’. Pembangkang berjanji mereka tidak akan bersikap takbur, bongkak, korup atau menyeleweng.
Sikap perkauman juga semakin terasa. Walaupun pemimpin peringkat tertinggi bekerja keras menafikan mereka ada masalah perkauman sehingga Pas membuka pintu seluas-luasnya kepada kaum lain untuk menjadi ahli Kelab Penyokong Pas. Hakikatnya, sikap perkauman itu semakin dirasai terutama selepas pendedahan Ahli Parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Mohd Hashim, mengkritik keras Guan Eng, dan melabelnya diktator, cauvinis serta berfikiran komunis.
Tidak sampai seminggu selepas dikritik Zahrain, Guan Eng yang juga Setiausaha Agung DAP mencetuskan kemelut perkauman lebih hebat apabila merobohkan gerai milik Melayu, sehingga menyebabkan gerakan mengadakan perhimpunan besar-besaran Melayu menentang ‘penindasan’.
Seperti dijangka, Anwar dan pemimpin pembangkang lain menuduh Umno dan BN di belakang semua krisis dicetus ahli parti komponen Pakatan Rakyat, malahan Anwar secara lantang membantah keras tindakan Zahrain dan membela Guan Eng.
Dalam menuduh Umno menjadi dalang kepada semua kekecohan di dalam Pakatan rakyat, Anwar terperangkap dengan kemelut yang melanda dirinya sendiri. Selepas 20 kali berjaya meminta perbicaraan kes liwatnya ditunda dan gagal, beliau terus berusaha untuk membawa teori konspirasi Umno ke perbicaraan yang kini berlangsung.
BERITA-BERITA DARI UTUSAN MALAYSIA
05.02.2010.
NIK AZIZ AJAK UMNO BERBINCANG?
Muka surat 8 Utusan Malaysia, Nik Aziz ajak UMNO berbincang untuk tamatkan perseteruan selama 50 tahun. Macam tak percaya aku baca berita itu. Betulkah atau ada udang di sebalik batu. Nik Aziz bukan senang hendak diajak berbincang. Dia pernah berkata: Pergi Jahanam UMNO. Kalau betul ikhlas, jujur barangkali aku adalah orang paling bergembira sekali. Ungkapan ini sering bermain di bibirku BERSATU KITA TEGUH BERCERAI KITA ROBOH.
MOHD. SAIFUL KENA MAKI
Orang-orang yang dipercayai penyokong Anwar memaki hamun Mohd. Saiful dengan berbagai-bagai perkataan yang kesat dan hina. Sabarlah Ful. Jangan risau. Allah SWT tetap berada dipihak yang benar. Biasalah itu; ada yang percaya apa yang kita cakap dan ada yang tak percaya. Cukuplah Allah, kamu dan Anwar yang mengetahuinya. Tapi yang penting kita ikuti perbicaraan itu dahulu. Jangan terlalu taksup. Kalau terlalu taksup, Ayah Pin pun kita sangkakan ulamak besar. Manusia oh manusia......
Bagaimanapun, dapat kita sasksikan bahawa pengaruh Anwar masih kuat dan hebat. Tak kisahlah itu. Chin Peng pun ada pengikut. Botak Chin pun banyak orang sayang. Seperti saya kata tadi, kita jangan terlalu taksub.Jangan sampai syaitan pun kita katakan sahabat. Tenang dan damaikan fikiran kita untuk mendapatkan sesuatu yang baik. Anwar memang orang baik - gaya dia bercakap ada UMMMM....
Lu fikirlah sendiri. Wallahualambissawab.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan