MULAKAN SETIAP PEKERJAAN KITA DENGAN MEMBACA BISMILLAH SEMOGA MENDAPAT KEBERKATAN ALLAH SWT.

Jumaat, 19 Februari 2010

PAS ATAU UMNO?

BARU-BARU ini saya ke Kelantan kerana keduri kahwin adik ipar saya di Taman Kenali, Kota Bharu Kelantan. Saya pergi pada 12.2.2010 dan balik pada 16.2.2010.

Pada hari kenduri pada 15.2.2010 seorang kenalan lama saya bertanya: "Man sokong parti apa?"

Saya menjawab: "UMNO."

Dia bertanya lagi. "Kenapa tak sokong PAS?"

 Saya jawab: "Saya sokong kedua-duanya, sekiranya kedua-duanya berkerja sama. PAS dan UMNO tidak ada bezanya. PAS dalam PR bekerja sama dengan DAP dan wakil-wakil rakyat bukan Islam dalam PKR. Dan UMNO memang sudah terkenal dengan kerjasamanya dalam BN. PAS perjuangkan hak orang-orang Islam dan hak semua rakyat di negara ini. UMNO juga sama. Malah PR juga memperjuangkan hak yang sasma."

Sahabat saya itu bertanya lagi: "Bagaimana dengan PKR?"

Saya menjelaskan: "Tidak jadi masalah. PKR juga patut bekerjasama. Kecuali Anwar Ibrahim dan DAP."

"Anda tidak boleh menerima Anwar dan DAP, kenapa?" sahabat saya itu bertanya.

" Walaupun sehingga kini mahkamah belum mendapati dia bersalah atas tuduhan liwatnya, tetapi aku berpendapat........................" (aku tidak mahu tulis hal ini kerana kes ini masih dalam perbicaraan. Memadailah kalau aku mengatakan keenganan dia bersumpah dan memberikan kerjasama dengan polis sudah cukup menerbitkan keraguan dalam benak saya tentang kejujuran Anwar.) Menuduh tanpa bukti buat dosa kering namanya. Aku tak berani menuduh sesiapa sekalipun Anwar Ibrahim. Tetapi atas sebab-sebab diatas tentu sahaja mengelirukan orang ramai yang sedang tertanya-tanya.

"DAP?"

"Cukuplah apa yang telah disebutkan oleh YB Zulkifli Nordin ketika dia ditemu bual baru-baru ini dalam TV 3. DAP ini kata YB Zul adalah macam duri dalam daging. Tetapi yang peliknya, YAB Datuk Nik Aziz tidak jadi masalah nampaknya. "

"Dalam PKR anda hanya menolak Anwar sahaja?" tanya sahabat saya itu lagi.

"Oh, tidak Anwar saja. Azmin Ali yang suka cium tangan Anwar pun aku tidak suka, kecuali dia hentikan sikap cium tangan Anwar," saya menjelaskan.

"Anda tolak DAP, tetapi orang-orang DAP?" soalnya lagi.

"Tidak jadi masalah," saya terangkan. "Buang DAP dan masuk MCA atau MIC. Orang-orang Melayunya boleh pilih PAS atau UMNO."

Sahabat saya itu menggeleng-gelengkan kepalanya. Kemudian dia menganggukkan kepalanya sambil ketawa besar.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan