(DR. ZAMRI ABDUL KADIR - MENTERI BESAR PERAK YANG DISAYANGI OLEH RAKYAT)
TANIAH - mungkin saya diantara rakyat negara ini yang amat bergembira dengan keputusan mahkamah itu. Keputusan itu memang tepat. Zamri jujur, ikhlas dan kuat bekerja nampaknya. Tidak sesia Najib lantik anda menjadi menteri besar itu.
Saya perhatikan anda utamakan rakyat. Anda memang wakil rakyat yang berjiwa rakyat. Dihari akhir-akhir mahkamah akan membuat keputusan anda menampakkan sikap yang positif. Bekerja tetap bekerja dan anda sanggup menerima apa juga keputusan yang bakal dibuat oleh mahkalah.
(MOHD. NIZAR JAMALJUDIN - DIA DITOLAK OLEH MAHKAMAH DAN MUNGKIN JUGA RAKYAT TELAH MENOLAKNYA.,)
Itulah dia N izar. Cakap angkuh, sombong, dia saja yang betul dalam dunia ini. Mahkamah belum buat keputusan, orang pembakang sudah buat keputusan terlebih dulu. Kononnya lima-lima hakim memilih Nizar. Sekarang baharu kita tahu - TEMBERANG besar puak-puak pembakang ini. Bila mahkamah tolak Nizar, sudah tentu berbagai-bagai tomahan timbul.
Nizar (gilatkuasa) Jamaluddin memberi amaran kepada rakyat Malaysia: Katanya negera akan bergerak ke arah sistem monarki. Kalau dia menang - terbalik negara ini dibuatnya. Begitulah reaksi pembangkang. Mereka menang ok semua, kalau kalah, semua orang disalahkan. Kononnya dia sahaja yang betul.
KES LIWAT DATUK SERI ANWAR
(DATUK SERI ANWAR SEDANG DISOAL OLEH PARA WARTAWAN - Gambar dari BH online)
Anwar melalui peguamnya Karpal Singh minta tangguh lagi kes liwatnya. Ini yang aku kalah. Lemah tulang dibuatnya. Kali ini alasannya kerana tidak setuju hakim yang mengendalikan kes itu. Kononnya hakim itu berat sebelah. Kata dah....
(SAIFUL BUKHARI AZLAN - ADUAN DALAM KES LIWAT INI)
Aku simpati dengan Saiful. Harap-harap polis daspat mengesan orang yang mengugutnya itu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan