MULAKAN SETIAP PEKERJAAN KITA DENGAN MEMBACA BISMILLAH SEMOGA MENDAPAT KEBERKATAN ALLAH SWT.

Khamis, 18 Februari 2010

AGAMA: MENGURUS JENAZAH BAYI.

COMELNYA - ANAK SIAPALAH INI
SABDA Rasulullah SAW bermaksud: "Anak yang mati keguguran disolatkan dan didoakan bagi kedua-dua orang tuanya supaya memperoleh keampunan dan rahmat." (Riwayat Abu Daud dan at-Tirmidzi).

Jika berlaku keguguran dan bayi meninggal berumur 120 hari (empat bulan), maka ia perlu diperlakukan seperti mengurus jenazah biasa mengikut syariat Islam iaitu memandikannya, mengkafankan, solat dan menguburkan.
KASIHILAH KEPADA BAYI

Tetapi bagi bayi yang keguguran, jika tidak dapat dimandikan, cukuplah dengan mengkafankan, solat dan menguburkan saja.

Sementara doa yang dibaca dalam solat jenazah itu ialah doa untuk kedua ibu bapa bayi yang meninggal bukan untuk bayi itu.
ENTAH APA YANG RENUNG OLEH BAYI INI
(Sumber dari Berita Harian, gambar dari google imej)
Osman Dol menambah:
Apa yang dapat kita jadikan iktibar dari pengajaran di atas ialah bahawa Islam ini amat menggalakkan umatnya supaya menghormati dan menyayangi setiap insan yang dicipta oleh Allah SWT sekalipun bayi. Kerana itu, walaupun bayi yang meninggal dunia kita hendaklah memperlakukan jenazah itu seperti orang dewasa. Tidak ada bezanya. Cuma ketika mendoakan sahaja, kita disuruh mendoakan ibu dan bapanya, bukan bayi itu. Bayi itu sudah pasti ahli syurga.
KAMU ADALAH AHLI SYURGA WAHAI BAYI. IBU BAPA KAMU MEMBUAG KAMU TETAPI ALLAH SWT TIDAK. Gambar dari google imej.
Tetapi kisah buang bayi dalam tong sampah, buang bayi dalam lobang tandas, bakar bayi yang suci bersih itu amat mendukacitakan. Manusias atau binatangkah mereka itu? Tidak ada hati perut. Kerana itu Islam melarang kita dari bergaul bebas. Islam haramkan zina. Islam mendidik kita supaya kita menjadi seorang ayah atau ibu yang baik. Inilah hebatnya Islam. Kita diwajibkan bernikah sebelum melahirkan zuriat. Terlalu cantik Islam ini. Semoga mereka yang zalim dan kejam itu mendapat balasan setimpal dengan dosa yang dilakukannya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan