MULAKAN SETIAP PEKERJAAN KITA DENGAN MEMBACA BISMILLAH SEMOGA MENDAPAT KEBERKATAN ALLAH SWT.

Isnin, 8 Februari 2010

RENCANA AGAMA

KESABARAN AMAT DITUNTUT OLEH ISLAM

OLEH : OSMAN DOL

**=======================================**

TIDAK sempurna kita menjadi seorang manusia sekiranya tidak diuji oleh Allah SWT. Dari ujian-ujian itulah maka akan mematang dan memantapkan sesorang itu untuk menjadi seorang manusia yang sebenarnya.
(TUK KENALI - ANTARA MANUSIA YANG KUAT KESASBARANNYA)

Allah SWT berfirman yang bermaksud:

“Pastilah kami akan memberikan sedikit cubaan kepada kamu semua seperti ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan, kemudian sampaikanlah berita gembira kepada orang-orang yang sabar.” (al-Baqarah: 155)

Dari ayat di atas jelaslah bahawa ujian Allah SWT ini pasti akan diterima oleh sesiapa sahaja. Ujian-ujian itu didatangkan dengan berbagai-bagai keadaan seperti ketakutan, kemiskinan, kerugian dan sebagainya. Dan setiap ujian itu memerlukan kesabaran. Hanya dengan kesabaran sahaja yang dapat mengatasi setiap ujian itu.

Seseorang yang kini telah menjadi kaya raya dengan wang ringgit dan harta benda sebenarnya tidak semudah itu mereka memperolehi kekayaan itu. Mereka barangkali telah menghadapi berbagai-bagai ujian sebelum sampai ke tahap itu. Seseorang doktor, jurutera atau seorang pegawai tinggi kerajaan yang telah berjaya dalam kerjaya masing-masing pastinya telah dapat menghadapi berbagai-bagai rintangan dengan penuh kesabran.
(ENTAH ANAK SIAPA SICOMEL INI - ANAK INI DILAHIRKAN DARI IBU BAPA YANG TIDAK BERIMAN DAN TIDAK ADA KESSABARAN)
Lebih-lebih lagi bagi seseorang tokoh politik yang berkedudukan tinggi dalam kerajaan dewasa ini, pastinya mereka telah berjaya menghadapi ujian-ujian yang menimpa diri mereka. Mereka tentunya terlalu kuat bersabar bagi mempastikan karear politiknya tidak binasa.

Disini apa yang dapat kita pastikan bahawa bersabar itu amat penting ketika menghadapi sesuatu kesusahan itu. Ujian dari Allah SWT pasti sampai kepada sesiapa pun. Tetapi manusia selalunya tidak dapat bersabar. Manusia selalunya kalah dengan desakan atau pujuk rayu syaitan. Kerana itu berlakulah berbagai-bagai perkara yang bertentangan dengan agama dan undang-undang negara.

Tidak kira siapakah mereka, sama ada seorang peniaga, penternak, peladang atau sebagainya. Apabila dihadapkan dengan sesuatu ujian mereka akan cepat melatah. Mereka akan mencari pendekatan yang bertentangan dengan agama seperti menipu, mencuri dan melakukan berbagai-bagai kejahatan untuk menjatuhkan pesaingnya sekiranya ada.
(ANAK PALESTIN - PERLUKAH KITA BERSABAR LAGI?)
Sebenarnya mereka ini tidak ada sifat-sifat kesabaran. Mereka tidak sanggup menghadapi ujian itu. Mereka tidak mahu berusaha untuk memperbaiki kesilapan-kesilapannya. Lebih dari itu, mereka tidak sanggup untuk menunggu lebih lama bagi mendapat keuntungan. Kerana itu mereka menjadi bosan dan cuba mencari jalan keluar yang dilarang oleh Islam.

Allah SWT berfirman lagi yang bermaksud:

“Hai orang-orang yang beriman, bersabarlah dan cukupkanlah kesabaran itu.” (ali-Imran: 200)

Dari ayat diatas amat menjelas bahawa kesabaran itu amat dituntut oleh Islam. Hanya kesabaran yang mampu menjadi perisai dari segala kemungkaran dan kemaksiatan.

Para remaja sekarang ini yang hidup di zaman yang serba maju, maka berbagai-bagai cabaran dihadapi oleh mereka. Mereka tidak sanggup tunggu lebih lama untuk meneruskan pengajian. Malah banyak yang gagal untuk menyambung pengajiannya itu. Selain dari itu mereka sentiasa dihimpit oleh rasa bosan duduk di rumah, lalu mereka mencari rakan-rakan yang tidak berakhlak. Maka mereka pun melibatkan diri dengan kegiatan-kegiatan yang tidak sihat seperti merempit, hisap dadah, peragut malah ada anak-anak gadis yang sanggup menjadi pelacur atau sebagainya.

Allah SWT berfirman lagi yang brmaksud:

“Dan sesungguhnya Kami hendak menguji kepada kamu semua, sehingga Kami dapat mengetahui siapa diantara kamu semua itu yang benar-benar berjihad dan siapa pula orang-orang yang bersabar.” (Muhammad:31).

Dari ayat di atas sudah jelas bahawa ujian itu memang sengaja

diadakan oleh Allah SWT untuk mengenali diri seseorang. Adakah mereka benar-benar bersabar dan berjihad di Jalan Allah iaitu bersabar atau sebaliknya. Beruntunglah orang-orang yang bersabar yang berjaya menghadapi sepenuhnya ujian dari Allah SWT itu.

SEKIAN.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan