Perbicaraan Anwar:
2/02/2010 5:09pm
WAJAH CERIA DATUK SERI ANWAR IBRAHIM
KUALA LUMPUR 2 Feb. – Mohd. Saiful Azlan Bukhari berkata, beliau gembira kerana setelah lebih setahun menunggu, akhirnya bekas pembantu Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim itu mendapat peluang untuk memberi keterangan dalam mahkamah.
Bercakap kepada pemberita, beliau berkata, perasaannya tenang tanpa apa-apa tekanan.
Beliau yakin perbicaraan kes liwat yang dihadapi bekas majikannya yang juga Ketua Pembangkang itu dapat berjalan dengan lancar selepas ini.
ALLAH TETAP BERSAMA ORANG YANG BENAR
Katanya, beliau berada di mahkamah sejak 8 pagi bersama bapanya, Azlan Mohd Lazi dan peguam Zamri Idrus, yang menjadi peguam pemerhati bagi pihak Mohd. Saiful.Ditanya mengenai kemungkinan kes perbicaraan liwat tersebut ditangguhkan sekali lagi, Mohd. Saiful berkata, segalanya bergantung kepada keputusan mahkamah.
Pagi esok, pihak pembelaan bagi kes liwat Anwar akan bertemu dengan dengan Presiden Mahkamah Rayuan, Tan Sri Alauddin Mohd. Sheriff di Putrajaya bagi memohon tarikh awal semakan terhadap keputusan Mahkamah Persekutuan Jumaat lalu. – Utusan
Tiada ulasan:
Catat Ulasan