MULAKAN SETIAP PEKERJAAN KITA DENGAN MEMBACA BISMILLAH SEMOGA MENDAPAT KEBERKATAN ALLAH SWT.

Selasa, 23 Februari 2010

CERITA DI KEDAI KOPI

Baru-baru ini lebih kurang jam 5.00 petang, saya singgah di sebuah kedai kopi yang tidak berapa jauh dari rumah saya. Semasa saya singgah itu ada beberapa orang yang memang saya telah kenali sedang menjamu selera. Saya pun duduk semeja dengan mereka sambil berbual-bual.

Mereka semuanya orang kuat parti PAS. Tetapi mereka semuanya orang baik-baik. Mereka boleh berkawan dengan sesiapa pun. Mereka boleh diajak bercakap fasal politik. Mereka boleh ditegur dan sanggup menegur. 

Setelah menyentuh beberapa perkara dalam perbualan itu lalu saya pun bertanya:

"Apa pendapat awak tentang kes liwat Anwar ini?" 

"Anwar tentu kena?" kata si A.

"Fasal apa awak kata begitu?" tanya saya.

"Tuduhan itu bukan betul," kata si B pula. "Tuduhan itu sengaja dibuat-buat. Mereka memang hendak halang Anwar Ibrahim jadi perdana menteri."

"Awak fikir mudahkah hendak membuat tuduhan kalau seseorang itu tidak bersalah? Anwar itu bukan budak-budak. Dia orang bijak. Siapa berani hendak usik dia," kata saya pula.

(ANWAR, AZIZAH DAN ANAKNYA)
"Dia kerajaan, dia boleh buat apa yang dia suka," jawab si A.

"Kalau kerajaan boleh buat apa yang dia suka, patutnya dulu lagi Anwar sudah disabitkan dengan kes liwat degan adik angkatnya atau dengan pemandu Azizah. Tapi kenapa Anwar dibebaskan? Ini menunjukkan kerajaan tidak berkuasa campur tangan dalam urusan mahkamah. Anwar dipenjarakan kes lain, bukan kes liwat," saya cuba untuk menjelaskannya.

"Kerajaan reka semua itu," kata si A.

Aku tidak berkata apa-apa, cuma ketawa sahaja. Memang susah hendak membetulkan fikiran orang-orang yang taksub sangat dengan pemimpin ini.
(NAJIB DAN NIK AZIZ)
Akhbar Sinar Harian keluaran 22hb. Feb. 2010 di muka hadapan menyebut Agenda Halang Anwar - maksudnya ialah halang penasihat PKR itu jadi Perdana Menteri, mengikut pendapat Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang tersiar di muka dua akhbar itu.
Agaknya semua orang dalam parti pembangkang berfikiran begitu. Mudahkah agaknya hendak bermuafakat untuk menuduh seseorang. Barangkali mereka mengetahui perkara sebenar - tetapi sengaja nak buat kecoh. Allahuakbar.

1 ulasan:

  1. Assalamualaikum Tuan Hj Ahmad,

    Minta maaf kerana baru terbaca komen kat bigrace II semalam. itu pun orang rumah yang bagi tau. Semuga Tuan Haji dan keluarga sentiasa dalam perlindungan Allah hendaknya.

    Sebenarnya teringin juga nak menziarah Tuan Hj dan keluarga. Pernah satu hari tu janji dengan sahabat lama Tuan Hj nama Wan Mohd Said bin Wan Seman juga bekas pegawai polis. Sebelum dia pencen kami kerja satu tempat di Caw. Kem Komandan Bukit Aman. Dia pun berhajat sangat nak jumpa Tuan Haji. HP dia 0192239897 , dia la ni buat kerja sambilan jual buku kat Kl ni. Penulis juga dia ni.

    Insyaallah kalau ada kelapangan kami nak pi ziarah Tuan Haji.

    Blog saya http:/www.bigrace-cbazmi.blogspot.com.

    Terima kasih.

    BalasPadam