MULAKAN SETIAP PEKERJAAN KITA DENGAN MEMBACA BISMILLAH SEMOGA MENDAPAT KEBERKATAN ALLAH SWT.

Khamis, 11 Mac 2010

HUKUM BERSENTUHAN ANTARA LELAKI DAN PEREMPUAN YANG BUKAN MAHRAM.

Mengikut Mazhab Syafie sekiranya segaja menyentuh atau tersentuh antara lelaki dan perempuan yang bukan mahram, jawabnya adalah haram. Berdosa. Kalau kita ada wudhuk, batal wudhuk itu. Syafie memang sedikit keras dan tegas dalam masalah ini.

Dalam Syafie walaupun orang yang kita sentuh itu isteri atau suami kita ketika berwudhuk jawabnya batal wudhuk kita. Tetapi tidak haram kalau kita menyentuhnya ketika kita tidak berwudhuk. Pengecualian ini hanya kepada pasangan suami isteri sahaja. Kalau belum menjadi suami isteri, hukumnya tetap haram dan berdosa.

Maksud tersentuh ini termasuklah bersalaman. Lelaki dan perempuan yang bukan mahram, haram bersalaman.

APA PANDANGAN SHEIKH MOHAMMED SAYED TANTAWI
Saya masih ingat lagi pada tahun 80an, ketika Sheikh Mohammed Sayed Tantawi datang melawat Malaysia (Sheikh Mohammed Sayed Tantawi telah meninggal dunia pada 10hb. Mac 2010 dalam usia 82 tahun kerana sakit jantung - Al-Fatihah untuk ulamak besar ini) dan telah dijemput untuk memberi ceramah TV1 dengan menggunakan jurubahasa. Kalau tidak silap saya, Allahyarhamlah yang memberi ceramah itu.

Mengikut Allahyarham, Islam membolehkan kita bersentuh kerana bersalaman dengan wanita atau lelaki yang bukan mahram. Tetapi sentuhan itu janganlah disertakan dengan syahwat. Kalau dengan syahwat katanya, menyentuh anak sendiripun jawabnya adalah haram. Mazhab Maliki membolehkan persentuhan itu dengan syarat ikhlas dan tidak disertakan dengan syahwat.

Menyentuh perkara yang sama, Ustaz Razali ketika memberikan kuliah subuhnya di Masjid al-Naim Durian Tunggal, menyatakan bahawa Baginda Rasulullah SAW pernah mengucup dahi Aishah ketika hendak sembahyang. Selepas mengucupnya baharulah Baginda SAW sembahyang. Kata Ustaz Razali, dia lebih bersetuju dengan sunnah Nabi ini. Ini adalah hadis yang sahih, katanya.

Ustaz Yaakob Mohd. Amin yang mengajar malam rabu di Masjid al-Naim juga menyatakan boleh bersentuah atau bersalaman tetapi biarlah dengan lelaki atau perempuan yang sudah lanjut usia, yang tidak ada syahwat lagi. Orang-orang muda patut elakkan  dari bersalaman kerana dibimbangi perkara lain pula yang terjadi.

Ustaz Rahim Al Hafiz yang mengajar di Masjid al Azim Melaka tetap tegas mengatakan hukum lelaki dan perempuan yang bukan mahram bersalaman atau bersentuhan adalah haram. Lebih baik katanya, pacakkan paku panas ditapak tangan kita dari bersalaman. Wallahualam.

TEPUK DADA TANYA IMAN

4 ulasan:

  1. smua kenyataan itu disandarkan pada ustaz itu ustaz ini.. tidak pada sandaran ilmiah yang betul iaitu sumber hukum yang di ambil.. dari ulamak mana.. dari kitab mana.. dari dalil mana.. harap lebih akademik dalam penulisan.. kerana ianya bakal terjerumus dalam jenayah akademik

    BalasPadam
  2. tlg beri kenyataan yg benar tentang hukum sekiranya suami isteri yang sudah berwudhuk,adakah terbatal wudhuknya apabila dengan tdk sengaja tersentuh sesama sendiri...

    BalasPadam
  3. ad ustaz yg kata boleh,ad yg xboleh..ad ustaz yg kata tetap haram bersentuhan walaupun tanpa sayhwat,ad yg mengatakan boleh bersentuhan dgn syarat tanpa syahwat..pening ar..

    BalasPadam
  4. macam nie laa... kita ikut mazhab kite... imam shafie kata.. bersentuhan antara lelaki ngan perempuan itu haram. malah perhubungan tanpa sebab yang munasabah juga haram... maka kita ikut lah yg itu...
    Kalau dengan orang tua... tundukkan sedikit kepala dan senyum pun dh kira hormat. Dia pun paham kita orang Islam, ade had dan batasannya. Kalau sama jantina, salam sajalah.
    suami dan isteri sudah berwuduk, bersentuh memang batal air sembahyang sebab mereka bukan mahram. tapi hubungan ketika tidak berwuduk itu halal kerana mereka sudah ada ikatan sah di sisi Allah s.w.t.

    BalasPadam