MULAKAN SETIAP PEKERJAAN KITA DENGAN MEMBACA BISMILLAH SEMOGA MENDAPAT KEBERKATAN ALLAH SWT.

Khamis, 18 Mac 2010

DULU KAWAN RAPAT SEKARANG MUSUH KETAT......

APA DAH JADI.........YB Zahrain memang rapat dengan Anwar. Terlalu rapat. Dunia pun tahu mereka memang rapat, kalau tidak masakan Anwar memilih dia untuk bertanding jadi wakil rakyat.

Tiba-tiba jadi musuh ketat. Nak salahkan siapa. Saya sendiri sebagai orang luar tidak sanggup hendak mendegar umpat keji Zaharain yang tentu amat memalukan Anwar. Sikap hipokrit Anwar didedahkan oleh kawan rapatnya itu. Siapa suruh. Nak tahu ceritanya bacalah surat khabar. Semua surat khabar mendedahkan hal ini dengan jelas. Tepat dan padat. Utusan Malaysia sebut hal ini dengan jelas. Ah, tak sanggup aku nak baca. Apatah lagi orang yang punya diri. MALU BEB MALUUUUU......

Politik, politik juga. Ini sudah lebih. Sudah didedah.

Mungkin ini kehendak Allah. Tetapi ini bukan balasan dosa-dosa yang telah dicipta sendiri.Allah itu Maha Besar, Maha Agung. Kita tidak tahu semua rahsia itu. Allah tahu. Jangan bohong.

Kalau nak bohong sampai bilalah agaknya. Nik Aziz yang kita sanjung selama ini dianggap sebagai ulamak terumpah. Kata Zaharain, terumpah ini dipakai untuk dibawa ke tandas saja.

YAB Nik Aziz kena ambil perhatian ini. Malu tuan guru. Carilah yang lain yang boleh membantu menegakkan kebenaran dan keadilan. Allah sayangkan hamba-hambnya yang saleh.

Marilah kita renungkan bersama.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan