MULAKAN SETIAP PEKERJAAN KITA DENGAN MEMBACA BISMILLAH SEMOGA MENDAPAT KEBERKATAN ALLAH SWT.

Jumaat, 12 Mac 2010

NENEK 129 TAHUN MANUSIA TERTUA DI DUNIA DAN CERPEN KE DUAKU TAHUN 2010 YANG TERSIAR DALAM MINGGUAN PERDANA - PUSARA ATUK.

(Bahan dari Kosmo)
TBILISI - Seorang wanita di Georgia mendakwa dia berusia kira-kira 129 tahun sekali gus menjadikannya manusia tertua di dunia yang masih hidup, lapor sebuah akhbar semalam.

Beberapa dokumen pengenalan diri yang ditemui sebuah stesen televisyen tempatan menyatakan wanita itu, Antisa Khvichava (gambar) lahir pada 8 Julai, 1880.

Dia kini tinggal di kampung Sachino, pedalaman Banjaran Caucasus, kira-kira 272 kilometer dari sini bersama seorang anak lelakinya, beberapa cucu dan sejumlah cicit.

"Nenek saya berusia 130 tahun," kata seorang cucu perempuannya, Shorena Khvichava.

Seorang pegawai Agensi Pendaftaran Awam Georgia, Gia Vashadze berkata, dia berharap dapat membuktikan usia Khvichava dalam buku Guinness Book of World Records.

Ketika ini, gelaran rasmi kategori berkenaan dipegang seorang warga Jepun yang berusia 114 tahun. - Agensi

CERPEN - PUSARA ATUK
 
ALHAMDULILLAH - sebenarnya tajuk cerpen itu telah dipinda. Tajuk asal yang aku cadangkan ialah AKU NAK TEMBAK DIA.....tetapi telah dipinda tajuknya menjadi Pusara Atuk. Saya suka cerpen ini kerana ianya mengisahkan  dendam seorang lelaki kepada komunis yang telah menghancurkan, negara, bangsa dan keluarganya. Malangnya telah berlaku kesilapan cetak yang menyebabkan beberapa rangkap ayatnya tidak jelas maksudnya.
 
Biarlah. Terima Kasih MP kerana siarkan cerpenku itu.

2 ulasan:

  1. Assalamualaikum Tuan, saya ingin bertanya sama ada boleh kah saya dapatkan cerpen² tuan seperti gambar Yang bertujuan untuk rujukan tugasan saya?

    BalasPadam