MULAKAN SETIAP PEKERJAAN KITA DENGAN MEMBACA BISMILLAH SEMOGA MENDAPAT KEBERKATAN ALLAH SWT.

Ahad, 14 Mac 2010

FITNAHKAH......?

DOSA HARAKAH (Petikan dari Utusan Malaysia - 13.3.20100

KALAU nak disenaraikan, fitnah yang dibuat oleh Harakah memang amat dahsyat. Kalau pembaca masih ingat, satu fitnah yang paling dahsyat ialah pada waktu Anwar Ibrahim ditahan di zaman Tun Dr. Mahathir Mohamad. Di muka depan Harakah dipaparkan ‘Anwar diracun’ dengan dakwat merah dan dihiasi dengan tompokan darah.

Masa berlalu dan tiada pun kesan Anwar diracun, tetapi kesan daripada paparan tersebut telah menyebabkan timbulnya kebencian di kalangan masyarakat terhadap pemerintah dan penyokong kerajaan.

Angkara daripada fitnah ini jugalah yang telah hampir menyebabkan Melayu kehilangan kuasa di bumi bertuah ini. Ini belum lagi dikira cakap-cakap dusta di kalangan masyarakat akibat perbuatan pengarang Harakah. Tidak terfikir oleh kita, betapa banyak dosa para pemfitnah ini sehingga kini. Fitnah sedahsyat ini pun sanggup dibuat oleh Harakah yang ditunjangi Pas yang kononnya berjiwa Islam (pada kulitnya sahaja).

Pada saya Pas jangan lagi mempermain dan mempersenda agama untuk tujuan mendapat kuasa politik. Usah menjual agama untuk dunia yang sedikit. Contoh, solat hajat untuk bala kepada calon yang melompat parti. Mereka sendiri pun tidak yakin bahawa Allah akan menerima solat sebegitu, akan tetapi yang mereka mahu ialah imej buruk kepada calon dan kerajaaan amnya.

MZARMAN
Alor Setar

Tiada ulasan:

Catat Ulasan