MULAKAN SETIAP PEKERJAAN KITA DENGAN MEMBACA BISMILLAH SEMOGA MENDAPAT KEBERKATAN ALLAH SWT.
Memaparkan catatan dengan label IKHLAS ITU PENTING.. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label IKHLAS ITU PENTING.. Papar semua catatan

Khamis, 11 Mac 2010

HUKUM BERSENTUHAN ANTARA LELAKI DAN PEREMPUAN YANG BUKAN MAHRAM.

Mengikut Mazhab Syafie sekiranya segaja menyentuh atau tersentuh antara lelaki dan perempuan yang bukan mahram, jawabnya adalah haram. Berdosa. Kalau kita ada wudhuk, batal wudhuk itu. Syafie memang sedikit keras dan tegas dalam masalah ini.

Dalam Syafie walaupun orang yang kita sentuh itu isteri atau suami kita ketika berwudhuk jawabnya batal wudhuk kita. Tetapi tidak haram kalau kita menyentuhnya ketika kita tidak berwudhuk. Pengecualian ini hanya kepada pasangan suami isteri sahaja. Kalau belum menjadi suami isteri, hukumnya tetap haram dan berdosa.

Maksud tersentuh ini termasuklah bersalaman. Lelaki dan perempuan yang bukan mahram, haram bersalaman.

APA PANDANGAN SHEIKH MOHAMMED SAYED TANTAWI
Saya masih ingat lagi pada tahun 80an, ketika Sheikh Mohammed Sayed Tantawi datang melawat Malaysia (Sheikh Mohammed Sayed Tantawi telah meninggal dunia pada 10hb. Mac 2010 dalam usia 82 tahun kerana sakit jantung - Al-Fatihah untuk ulamak besar ini) dan telah dijemput untuk memberi ceramah TV1 dengan menggunakan jurubahasa. Kalau tidak silap saya, Allahyarhamlah yang memberi ceramah itu.

Mengikut Allahyarham, Islam membolehkan kita bersentuh kerana bersalaman dengan wanita atau lelaki yang bukan mahram. Tetapi sentuhan itu janganlah disertakan dengan syahwat. Kalau dengan syahwat katanya, menyentuh anak sendiripun jawabnya adalah haram. Mazhab Maliki membolehkan persentuhan itu dengan syarat ikhlas dan tidak disertakan dengan syahwat.

Menyentuh perkara yang sama, Ustaz Razali ketika memberikan kuliah subuhnya di Masjid al-Naim Durian Tunggal, menyatakan bahawa Baginda Rasulullah SAW pernah mengucup dahi Aishah ketika hendak sembahyang. Selepas mengucupnya baharulah Baginda SAW sembahyang. Kata Ustaz Razali, dia lebih bersetuju dengan sunnah Nabi ini. Ini adalah hadis yang sahih, katanya.

Ustaz Yaakob Mohd. Amin yang mengajar malam rabu di Masjid al-Naim juga menyatakan boleh bersentuah atau bersalaman tetapi biarlah dengan lelaki atau perempuan yang sudah lanjut usia, yang tidak ada syahwat lagi. Orang-orang muda patut elakkan  dari bersalaman kerana dibimbangi perkara lain pula yang terjadi.

Ustaz Rahim Al Hafiz yang mengajar di Masjid al Azim Melaka tetap tegas mengatakan hukum lelaki dan perempuan yang bukan mahram bersalaman atau bersentuhan adalah haram. Lebih baik katanya, pacakkan paku panas ditapak tangan kita dari bersalaman. Wallahualam.

TEPUK DADA TANYA IMAN