MULAKAN SETIAP PEKERJAAN KITA DENGAN MEMBACA BISMILLAH SEMOGA MENDAPAT KEBERKATAN ALLAH SWT.

Ahad, 14 Mac 2010

HENTIKAN FITNAH.....

FORUM (Petikan daru Utusan Malaysia 13.3.2010)

Hentikan menabur fitnah, siasat dahulu sebelum buat dakwaan

TERPAMPANG di muka depan Harakah mengenai kononnya Perdana Menteri dan isteri mempunyai dana membeli ahli Parlimen PKR yang keluar parti. Begitu sekali dahsyatnya fitnah sebuah parti politik yang kononnya lebih Islamik di Malaysia. Kepada ahli Pas yang amat taksub tentu sahaja percaya sangat tanpa usul periksa akan dakwaan ini.

Tanyalah kepada empat ahli Parlimen PKR berkenaan, berapa mereka dibayar oleh Perdana Menteri. Janganlah membuat tuduhan, apa lagi fitnah dahsyat seperti ini.

Siasat dahulu sebelum membuat tuduhan. Kalau ada bukti, bawalah ke mahkamah, tidak perlu menipu para penyokong anda. Bawa ke mahkamah dan bersedia dengan segala bukti.

Dahulu pun Tun Dr. Mahathir difitnah juga, macam-macam tuduhan rasuah. Tetapi tidak satu pun yang dibawa ke mahkamah oleh Pas. Hentikan sahaja membuat dosa seperti ini.

Baru-baru ini, ugutan untuk mengadakan solat hajat agar Ahli Parlimen Bagan Serai ditimpa bencana kerana keluar parti. Mana ada dalam Islam ajaran seperti ini.

Untuk makluman semua tok guru dalam Pas, pada saya setakat keluar parti bukanlah mengkhianati rakyat selagi wakil rakyat berkenaan menjalankan amanah membela nasib rakyat.

YB berkenaan menang kerana diyakini oleh rakyat dan dapat berbakti serta berkhidmat dengan baik kepada rakyat. Kalau YB berkenaan khianat kepada rakyat, tidak kira dari parti apa pun barulah berdosa.

Jadi pemimpin bersedialah kena tegur, tidak kira siapa yang menegur kerana tok guru pun buat salah. Apabila ditegur, janganlah marah kepada yang menegur.

Misalnya dengan berkata Mufti Perak ejen UMNO dan pelbagai lagi. Apa semua ini? Lim Guan Eng terang-terang buat salah. Tegurlah kalau berani wahai tok guru. Kalau Guan Eng tidak buat salah, tentu rakyat tidak membuat protes.

Maka hentikanlah perbuatan mengikut nafsu serakah wahai Harakah. Fahamlah akibat mata pena yang lebih tajam daripada mata pedang. Maknanya, akibatnya amat berat, dosanya juga amat berat.

BANJAR PERAK INSAF
Tanjung Karang, Selangor

Tiada ulasan:

Catat Ulasan