MULAKAN SETIAP PEKERJAAN KITA DENGAN MEMBACA BISMILLAH SEMOGA MENDAPAT KEBERKATAN ALLAH SWT.

Ahad, 17 Januari 2010

BENARKAH POLITIK ITU SATU PERMAINAN PALING KOTOR....


(Allahyarham Datuk Onn Jaafar - ayahnda Allahyarham Tun Husin Onn - Ninda Datuk Hishamudin Husin. Allahyarham Datuk Onn adalah pengasas UMNO. Perjuangan UMNO diteruskan oleh Allahyarham Tunku Abdul Rahman Putera al-Haj. UMNO yang dipimpin oleh pemimpin-pemimpin yang berkebolehan tetap merupakan parti pemerintah sehingga ke hari ini.)

Guru agama saya, Tuan Haji Abdul Rahman, yang pernah menuntut ilmu di Mekah al-Mukaramah di bidang al Quran, pernah berkata kepada saya: "Selepas bersara nanti rajin-rajinkanlah diri itu pergi ke masjid. Banyakkan ibadah. Banyakkan membantu orang-orang yang memerlukan."
           "Insya-Allah," kataku.
           "Tapi ada satu saya nak pesan...."
           "Apa dia?"
           "Jangan main politik...."
           "Kenapa?"
           Guruku tidak berkata apa-apa. Dia hanya ketawa sahaja.
           Dan aku pernah terbaca sebuah majalah. Entah majalah apa saya dah lupa. Seorang wartawan dari German menyatakan: "Politik adalah satu permainan paling kotor....."
           Dan kalau kita lihat pengertian 'politik' dalam kamus dewan bermaksud:  Politik ertinya ilmu. Ilmu politik, ilmu siasah, ilmu kenegaraan - ilmu pemerintahan negara yang mengamalkan dasar pemerintahan secara demokrasi.....
          Panjang kalau saya nak sebutkan semuanya dari apa yang tercatat dalam kamus dewan itu. Memadailah kalau saya sebutkan, politik adalah amat penting untuk rakyat dan negara. Bagaimanapun, terpulanglah kepada kita untuk memunafaatknnya ke jalan yang diredhai Allah SWT.
          Katakan kita ada sebilah pisau. Pusau boleh dibuat berbagai-bagai kegunaan. Kalau pisau digunakan untuk siang ikan, potong daging atau potong sayur, itu adalah penggunaan yang betul. Tetapi kalau pisau digunakan untuk membunuh orang, itu penggunaannya sudah salah. Salah pada segi undang-undang.


MERDEKA, MERDEKA, MERDEKA.


(TUNKU ABDUL RAHMAN PUTERA AL HAJ)
Allahyarham Tunku Abdul Rahman telah menggunakan pentas politik untuk menuntut kemerdekaan negara. Beliau seorang tokoh yang amat terkenal dan bijak memainkan peranannya. Kita dapat kemerdekaan melalui rundingan bukan peperangan. Masa itu UMNO adalah parti utama negara. Bagaimanapun UMNO telah bergabung dengan MCA dan MIC yang dikenali sebagai PERIKATAN bagi membentuk sebuah kerajaan yang kuat dan disokong oleh semua rakyat.


(TUN ABDUL RAZAK, PERDANA MENTERI KEDUA, BAPA PEMBANGUNAN NEGARA)
Tetapi sekarang ini keadaan sudah berubah. Tuduh menuduh dan fitnah memfitnah begitu berleluasa. Sesiapa juga yang menjadi perdana menteri akan dituduh berbagai-bagai tuduhan. Perdana menteri boros, tak pandai takbir negara, kaki perempuan, rasuah dan macam-macam lagi. Dan hampir semua fitnah-fitnah itu datang dari parti-parti pembangkang. Boleh dikatakan semua tuduhan itu sengaja diada-adakan. Dan kalau pembakang jadi kerajaan disuatu masa akan datang, BN jadi pembakang, saya rasa macam itu jugalah keadaannya. Orang awam seperti kita ini pandai-pandailah mencari yang lebih benar.
Kadang-kadang ulamak sendiri sengaja mereka-reka berbagai-bagai cerita. Itu dipanggil orang ulamak politik. Dia gunakan ayat-ayat Quran untuk membuat berbagai-bagai fitnah. Malah ada yang sanggup mengkafikirkan orang Islam sendiri.
Semua itu terjadi semata-mata kerana kuasa. Kerana nak jadi Perdana Menteri, Ketua Menteri atau Menteri Besar mereka sanggup berdosa. Mereka barangkali sanggup masuk  neraka dunia dan neraka akhirat semata-mata kerana kuasa. Pendeknya, kerana kuasa mereka sanggup melakukan apa sahaja. Politik yang begitu indah menjadi kelabu.

(ALLAHYARHAM TUN HUSIN ONN PERDANA MENTERI KE 3 TERKENAL DENGAN PANGGILAN BAPAK PERPADUAN)
                                                                              
Allahuakbar. Walallahualam.

Sabtu, 16 Januari 2010

SEDIHNYA IBU BAPA BUANG ANAK DAN HIBANYA ANAK BUANG IBU BAPA


KISAH kanak-kanak dibuang di dalam lobang najis, dalam tong sampah atau dicampakkan di dalam longkang atau sungai sentiasa kita temui kisahnya di dada-dada akkbar. Memang itu satu perbuatan yang kejam dan zalim. Di dunia mungkin dia terlepas, tetapi di akhirat kelak pasti akan mengadap Allah SWT juga untuk menerima hukumannya. Pada tulisanku yang lalu ada aku tuliskan tentang hal ini. Amat menyedihkan. Kemungkinan anak yang dibuat itu ialah anak haram. Ketika melakukan kerja-kerja terkutuk itu, mereka tidak pernah barangkali memikirkan akibatnya. Mereka ingin berseronok sahaja. Tetapi kenapa pula anak yang menjadi mangsa. Oh, amat menyedihkan.

(GAMBAR INI HIASAN SAJA)
Disamping kisah buang bayi, banyak kisah anak derhaka yang mencampakkan ibu atau bapanya ditempat-tempat awam agar dipungut oleh orang lain. Dan ramai yang dihantar di pusat-pusat menjagaan orang-orang tua. Amat menghibakan. Ada kisah, seorang ibu yang telah meninggal dunia di pusat penjagaan orang-orang tua tidak dituntut mayatnyta oleh si anak. Tidak dibantu untuk dimandi, sembahyang dan dikebumikan. Sebaliknya, sianak datang ketika mayat ibunya hendak dikebumikan hanya untuk menutut harta peninggalan ibunya. Anak apakah namanya ini. Ketika mereka kecil-kecil dahulu ibu bapa menjaganya bagaikan menatang minyak yang penuh. Seekor nyamuk pun tidak akan dibenarkan untuk menghinggapnya. Bila sudah besar mereka bersikap kejam dan derhaka. Lebih-lebih lagi bila ibu bapanya dalam keadaan sakit, kencing dan beraknya tidak menentu, lebih lagilah bencinya si anak kepada ibu atau bapanya.

(IBU DAN BAPA INI TERLALU BERDUKACITA TENTANG KEHILANGAN ANAKNYA. MARILAH KITA SAMA-SAMA BERDOA SEMOGA ANAKNYA DIKEMBALIKAN. AMIN)

Bertanyalah dengan orang yang pernah kehilangan anak, sama ada anaknya hilang kerana dicolek atau hilang kerana kematian.Tentu sekali amat sedih dan amat mendukacitakan. Bertanyalah dengan mereka yang pernah menghadapi masalah itu. Arwah ayah dan ibuku bagaikan orang hilang akal bila anak angkatnya (NOOR AZIZAH) meninggal dunia ketika berumur empat atau lima bulan. Begitulah kasih dan cintanya si ibu bapa kepada anak-anaknya. Tidakkah begitu menyedih dan mendukacitakan bila si anak bertindak membuang ibu atau bapanya.

(TIDAK ADA SESIAPAKAH IBU INI?)
Kalau hendak dibalas jasa ibu bapa memang tidak terbalas. Mati hidup balik pun tidak dapat dibalas. Kasihnya ibu membawa ke syurga, kasih bapa sanggup berkorban dan kasih saudara masa berada. Kata ulamak, syurga anak di bawah telapak kaki ibu.
Aku terfikirkan diriku yang sudah tua ini. Sudah pun 66 tahun. Sehingga ini kesihatanku agak baik juga walaupun aku seorang pengidap penyakit tiga sekawan (lemah jantung, darah tinggi dan kecing manis) kadang-kadang aku masih boleh pergi ke masjid dan kenduri-kenduri kahwin. Semoga Allah terus memelihara aku. Semoga aku tidak disisihkan oleh anak-anak.
(SEMUA GAMBAR DIAMBIL DARI GOOGLE IMEJ. HANYA UNTUK HIASAN SAHAJA)

Khamis, 14 Januari 2010

GEMPA BUMI DI HAITI - 7 SKALA RICHTER - TANDA-TANDA KIAMAT.


                (KERATAN AKHBAR UTUSAN MALAYSIA 14.1.2010)


(KERATAN AKHBAR UM 15.1.2010)
KATA ulamak, salah satu dari tanda-tanda kiamat ialah kerap berlakunya gempa bumi. Tidak dapat dinafikan sejak kebelakangan ini gempa bumi memang sering berlaku di mana-mana. Malaysia walaupun tidak pernah dilanda gempa bumi, tetapi gegarannya dapat dirasakan sekiranya gempa itu berlaku dikawasan-kawasan yang berhampiran dengan negara kita. Dan gempa bumi yang berlaku di Padang, Indonesia tahun lalu, traumanya masih terasa oleh rakyat negara itu hingga ke hari ini. Malah Malaysia yang memberikan setiap bantuan yang diperlukan juga turut merasa traumanya. Khabarnya gempa bumi di Haiti ini juga telah meragut beribu-ribu nyawa. Mangsa-mangsa yang tertimbus dalam runtuhan dari bangunan-bangunan tinggi itu masih belum dapat dikeluarkan.

                           (PERHATIKANLAH KEMUSNAHANNYA ITU)
Alhamdulillah, negara kita sehingga kini masih selamat dari gempa bumi. Kita sepatutnya bersyukur kepada Allah SWT. Allah telah membantu dan menyelamatkan Malaysia dari bencana-bencana yang dahasyat itu.  Mungkin dinegara kita ini masih banyak ulamak-ulamak yang doa mereka itu masih dimakbulkan oleh Allah SWT. Teruskan ibadah dan doa kita kepadaNYA.

(ISTANA HAITI - SEBAHAGIAN DARINYA RANAP)
KALAU hendak terus selamat seluruh rakyat Malaysia hendaklah sentiasa bersatu. Bekerjasama disegi apa sekalipun. Jangan khianat mengkhianati antara satu dengan lain. Jangan bergaduh sesama sendiri. Pilih pemimpin-pemimpin yang taat kepada Allah. Bukan pemimpin-pemimpin yang jahat. Penakut. Bukan pemimpin yang suka masuk pintu belakang. Bukan pemimpin seperti kaum Nabi Luth Alaihisalam. Dan bukan pemimpin yang gemar menuduh yang bukan-bukan sesama Islam. Bukan pemimpin yang merasakan dirinya yang paling betul.Bijaklah kita membuat pilihan, Insya-Allah akan selamatkan kita dan negara kita. Selamat kita dunia dan akhirat.

                                         (RANAP DALAM SEKELIP M ATA)
ANAK-ANAK muda sekarang kena ingat-ingatlah. Jangan lupa diri. Taatlah kepada Allah SWT dan Rasulnya. Taatlah kepada ibu bapa kita. Dengarlah nasihat mereka. Kalau kita lupakan Allah, dibimbangi Allah pun lupakan kita. Kalau kita sentiasa ingatkanNYA, semoga DIA menyelamatkan kita dari segala bencana seperti GEMPA BUMI, BANJIR, KEBAKARAN ATAU THUNAMI. Ingatlah Allah supaya Allah selamatkan kita.

(SEMOGA ALLAH SELAMATKAN KITA)


KASIHAN


MASIH MENCARI MANGSA YANG TERTIMBUS

                                              
(BANJIR LUMPUR DIPHILIFINA)

(BENCANA KEBAKARAN NEGARA KITA)

SAYA amat simpati apa yang berlaku di Haiti. Marilah kita sama-sama hadiahkan Al-Fatihah kepada rakyatnya ytang beragama Islam. Semoga Allah SWT memasukkan roh mereka ke dalam Syurga. Amin, amin ya Rabbulalamin. Allahuakbar......
(GAMBAR-GAMBAR DIPETIK DARI GOOGLE DAN YAHOO)

Rabu, 13 Januari 2010

KISAH MASYARAKAT ZAMAN CUCU CICIT NABI LUTH ALAIHISALAM


INI cerita zaman dahulu kala. Cerita dongeng. Banyak yang tidak betul dari yang betul. Kita cuma boleh renung dan fikir-fikirkan sahaja. Dulu-dulu kala cerita macam ini sudah berlaku. Apatah lagi dizaman sekarang ini. Berlaku dimana-mana. Tetapi mereka ini masih bebas. Masih belum menerima kadhak Allah.
Ini kisah manusia-manusia zaman anak cucu Nabi Luth Alaihisalam. Kejadian berlaku di Kampung Angin Pasang di Negara Putar Alam. Negara Putar Alam ini terletak di sebelah Timur Dunia. Disebelahnya ialah Kampung Ahmad Al-Bab. Cerita temberang jugalah.

Kampung Angin Pasang ini ramai juga penduduknya. Jumlahnya tidak kurang dari tiga ribu orang. Orangnya pula cantik-cantik. Sama ada lelaki atau perempuan semuanya cantik-cantik. Kulit mereka puteh melepak macam orang Cina atau orang Jepun. Perempuannya pun amat mengiurkan. Silap-silap boleh rosak iman kita dibuatnya. Rakyat di negara itu terbahagi kepada tiga puak. Puak Depan, Puak Belakang dan Puak Atas. Ketiga-tiga puak ini tidak bersefahaman. Mereka selalu bercakaran sesama sendiri. Punca utama mereka bercakar itu ialah kerana ingin merebut kuasa. Tuduh menuduh hina menghina antara satu puak dengan puak yang lain amat dahsyat. Malu kalau orang luar dengar. Sekarang Puak Depan memerintah Negara Putar Alam itu.

Maka tersebutlah kisah seorang lelaki kacak dari Puak Belakang. Namanya Antua Ibdi (AI). Satu perangai buruk AI ialah dia lebih menyukai lelaki dari perempuan. Walaupun isteri serta perempuan-perempuan lain begitu cantik di negara itu, tetapi si AI gemarkan lelaki. Banyak sudah aduan-aduan yang diterima dari rakyat. Tetapi AI ini amat bijak. Dia pandai bercakap dan pandai putar belitkan fakta. Lalu rakyat mengatakan dia difitnah dan dikhianati. Kerajaan Puak Depan yang bertanggung jawab memberkasnya, telah menuduhnya di mahkamah rakyat zaman dulu. Dia tak mengaku salah. Dia nak lawan kes itu. Ajak bersumpah dia takut. Nak ajak jumpa bomoh besar dia takut. Mati-mati dia tak mahu pergi. Entah apa yang ditakutkan sangat tak tahulah. Dan tiapkali kes hendak dibecarakan oleh hakim, macam-macam hal dia buat untuk tangguhkan kes itu. Pening kepala hakim dibuatnya.

Ada orang yang mencadangkan agar AI ini ditangkap dan disumbatkan sahaja dalam penjara. Tapi pemerintah Puak Depan tidak mahu buat begitu. Kalau kita buat begitu kita zalim katanya. AI bukan hamba abdi zaman dulu. Dia orang bijak. Cuma perangainya saja buruk. Dia cenderung belakang dari depan. Kalau bininya sendiri lari, nanti dia tuduh Puak Depan sudah pujuk bininya. Pengaruh AI sangat hebat. Tetapi bini dan anak-anaknya tahu siapakah si AI itu.

AI sudah dalam ketakutan sekarang. Lalau diapun berkata pada dirinya sendiri: "Seluruh rakyat sudah dapat aku perbodohkan. Aku nak tunggu pemilihan pemimpin masa akan datang. Aku yakin aku akan menang. Dan kalau aku menang aku akan dilantik jadi Menteri Tinggi. Tetapi aku tidak mahu jadi Menteri Tinggi. Aku hendak menjadi Menteri Agong. (Menteri agong itu macam presidenlah sekarang ini). Bila aku jadi Menteri Agong semua Raja-Raja Daerah dan Raja Negara aku hapuskan. Akulah Menteri Agong yang penoh berkuasa. Kes aku itu aku tutup saja. Aku upah orang supaya bercakap yang kes itu adalah falsu dan fitnah. Lepas aku. Bijak tak kepala aku?
 
ASKAR ATAU POLIS AKAN DIPERALATKAN DENGAN SEPNUHNYA...
Polis dan askar zaman dulu kalalah. Bila dah terlalu gila kuasa sangat. Akhirnya kadhak Allah pun sampai. Dengan tidak disangka, tengah sedap-sedap dengan lelaki-lelaki buah hatinya, tiba-tiba dia sakit. Kemaluannya terasa sakit yang amat sangat. Kerana tidak tertahan sakit, lalu dia bertaubat segera sebelum Maslikalmaut cabut nyayanya. Dia mengaku segala dosa yang telah dilakukan. Surat khabar zaman dahulu pun menulis kisahnya secara besar-besaran. Dia malu besar. Semua orang yang hilang kuasa itu dapat kuasa semula..AI pun meninggallah.....

(SEMUA GAMBAR DIPETIK DARI GOOGLE IMEJ DAN YAHOO, HANYA UNTUK HIASAN SAHAJA. CERITA INI DONGENG SEMATA-MATA TIDAK KENA MENGENA WALAU DENGAN SESIAPAPUN. SAMA ADA YANG MASIH HIDUP ATAU YANG TELAH MENINGGAL DUNIA.)

Selasa, 12 Januari 2010

APAKAH PERPADUAN KAUM DI NEGARA INI SUATU RETORIT.....?


KEKUATAN SATU MELAYSIA
KALAU kita bertanya dengan rakyat di negara ini rata-rata akan berkata bahawa mereka cintakan keamanan dan kedamaian hidup di negara ini. Mereka mahukan perpaduan hidup antara kaum mesti dipertingkatkan dan diperkuatkan lagi. Tetapi dalam masa yang sama berbagai-bagai perkara ditimbulkan yang boleh membangkitkan sensetiviti rakyat di negara ini. Dimanakah salah dan silapnya. Sejak berlakunya peristiwa 13 Mei sehinggalah sekarang ini berbagai-bagai krisis kaum terjadi. Walaupun krisis-risis kaum itu tidak seburuk peristiwa 13 Mei, tetapi sebagai rakyat Malaysia cintakan keamanan dan kedamaian merasa tergugat dengan kejadian-kejadian mengaitkan kaum dan agama. Sekian lama kita dididik supaya bersatu  bagaikan suatu keluarga tetapi kenapa timbul juga masalah-masalah yang tidak disenangi oleh masyarakat. Kata pepatah Melayu, BERSATU KITA TEGUH DAN BERCERAI KITA ROBOH.

HIDUP HARMONI SEPERTI INI BUKANKAH BAGUS
Apakah punca dan sebabnya maka pergeseran kaum ini terjadi. Apakah di kalangan rakyat ini lebih bersikap manis dibibir tetapi hati diselaputi perasaan khianat mengkhianati antara satu dengan lain. Sikap perkauman begitu tebal di hati mereka. Mulut manis tapi hati benci. Inilah yang menjadi masalah. Masing-masing mendakwa bahawa kaumnya lebih berhak dan lebih berkuasa di negara ini. Dan bila ditanya oleh wartawan atau sebagainya, mereka lebih bersikap berpura-pura. Bilakah agaknya negara ini pulih dari perangai buruk ini. Bilakah agaknya perpaduan ini benar-benar dihargai oleh semua pihak, bukan sekadar retorit sahaja. Jadikanlah Malaysia ini hak kita bersama tanpa ada sikap cemburu memcemburui antara satu dengan lain. Sama-samalah kita nikmati kekayaan negara ini.

BERSATU, BERSATU DAN BERSATU.
Bersatu itu kuat. Bersatu itu aman. Beersatu itu mesra. Bersatu itu kaya. Bersatu itu harmoni. Apkah ada tangan-tangan jahat yang sengaja membangkitkan semangat rakyat untuk benci membenci antara satu kaum dengan kaum yang lain. Apakah ada manusia-manusia jahat yang memburu kepentingan diri sendiri dengan 

BEGINILAH YANG KITA HENDAK. NIKMATILAH BERSAMA KEKAYAAN MALAYSIA.
sengaja mengkuca-kacirkan suasana damai negara ini. Macam-macam perkara yang dibangkitkan untuk dijadikan isu agar rakyat memberontak dan sebagainya. Soal-soal kecil seperti hak ketuanan Melayu, hak istimewa orang melayu, bumiputera dan lain-lain segaja diujudkan oleh pihak-pihak tertentu.

SETIAP PEMIMPIN KITA AMAT BERSEM ANGAT PERPADUAN.
Pemimpin-pemimpin kita yang datang silih berganti, boleh dikatakan semuanya bersemangat perpaduan. Sejak Tunku Abdul Raham, Tun Abdul Razak, Tun Hussin Onn, Tun Mahathir, Tun Abdullah Ahmad Badawi dan Perdana Menteri yang ada sekarang, Yang Amat Berhormat Datuk Seri Najib Tun Razak adalah pemimpin yang cintakan perpaduan. Peristiwa 13 Mei itu barangkali sudah cukup mengajar mereka kenapa perpaduan itu perlu dijaga dan hormati. Satu Malaysia yang ditaja oleh Najib sepatutnya menjadi budaya kepada kita semua demi sebuah bangsa negara Malaysia yang hebat dan kuat. Marilah sama-sama kita perhatikan siapakah yang menjadi SYAITAN untuk meroboh istana kedamaian negara kita. Allahuakbar. Wallahualam.

Ahad, 10 Januari 2010

bisisik-bisik mingguan AWANG SELAMAT


(gambar dari google imej)
SEBENARNYA banyak perkara yang hendak saya tuliskan dalam blog saya ini, macam-macam saya boleh tulis kerana blog ini hak peribadi saya. Tetapi hari ini saya lebih tertarik tentang tulisan Awang Selamat dalam bisik-bisik mingguan dalam akhbar Mingguan Malaysia (akhbar kegemaran saya).
 Untuk pengetahuan Awang Selamat saya dahulunya adalah penyokong paling kuat Anwar Ibrahim. Saya sanggup bertegang leher malah sanggup bertumbuk dengan sesiapapun sekiranya ada orang yang cuba memburuk-burukkan beliau. Apa juga tomahan yang dilemparkan kepada Anwar saya meanggapnya adalah fitnah. Semuanya fitnah.Lebih kuat lagi sokongan saya bila Anwar tidak diberi rawatan sewajarnya ketika di dalam pejara.
Pendirian saya sekarang tidak semacam dahulu lagi. Kerana dia enggan bersumpah, enggan beri kerjasama dengan polis untuk dapatkan DNAnya dan sikapnya yang asyik mohon penaangguhan perbicaraannya kes liwatnya - adalah diatara sebab-sebabnya yang saya tidak yakin pada kejujurannya. Saya setuju seratus peratus apa yang ditulis oleh Awang Selamat itu. Kenapa dia takut? Inilah persoalannya yang mesti dirungkai.
Tetapi penyokong Anwar masih ramai. Dia bijak memutar belitkan sesuastu isu untuk memihak kepadanyanya. Memang Anwar juara di sini. Yang peliknya, orang ramai masih terus percaya padanya. Tentang isu Kalimah Allah ini, UMNO pula yang disalahkan dengan alasan yang tidak masuk akal. Tetapi orang terus percaya apa yang disebutkan itu.
Biar dan biarlah. Kita menyembah Allah yang sama. Firaun yang begitu hebat dan mengaku dirinya tuhan, akhirnya lemas dalam lautan. Berapa lamalah orang yang .................boleh berkuasa, akhirnya akan tumbang juga ditangan Allah kerana dosanya. Tunggu dan sama-samalah kita perhatikan.Berani kerana benar, takut kerana...........betulkah? Lu fikirlah sendiri...........
Allahuakbar. Wallahualam.

Sabtu, 9 Januari 2010

BUAT APA DIBAKAR GEREJA ITU? JAGALAH KEHARMONIAN NEGARA....


KITA dibenarkan membuat bantahan tentang penggunaan kalimah Allah di gereja, tetapi bantahan itu hendaklah dibuat secara aman dengan tidak menjejaskan keharmonian rakyat dinegara ini. Atas kebenaran itu beberapa buah masjid di negara ini, termasuklah Masjid Negara telah mengadakan perhimpunan  secara aman bagi menunjukkan bantahan itu. Tetapi janganlah melampau sangat. Janganlah mengeluarkan kata-kata yang kesat kepada orang lain. Jangan sampai menyentuh hati dan perasaan orang lain. Kedamaian hidup mestilah dijaga.

Semalam petang, selepas menunaikan sembahyang maghrib berjemaah dengan isteri, saya pun buka tv 3 untuk melihat Buletin Utama. Kalau warta berita ini saya memang gembar menonton tv 3, entah kenapa saya pun tak tahu. Tetapi alangkah teperanjatnya berita-berita pembakaran beberapa buah gereja telah berlaku di negara ini. Saya semacam tidak percaya kejadian itu. Orang Melayu yang amat terkenal dengan sifat-sifat tawadhuknya, tiba-tiba berani bertindak diluar batas kemanusiaan.

Negara kita ada undang-undang, ada peraturan dan ada mahkamah. Walaupun mahkamah telah membenar penggunaan kalimah Allah itu oleh gereja, tetapi kita boleh bertidak secara yang dibolehkan oleh undang-undang. Kita boleh merayu semula di mahkamah. Itu cara yang paling terbaik. Atau kita serahkan atas keputusan dari Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Yang DiPertuan Agong. Hanya agong yang boleh menguasai kuasa mahkamah. Itupun saya rasa hanya perkara-perkara yang berkaitan agama sahaja.

Sekarang negara kita masih aman. Masih dapat mengawal keadaan yang berlaku di negara kita ini. Jadilah satu bangsa yang baik dan sentiasa menghormati orang lain.


BANGSA yang paling kejam didunia ini ialah Yahudi. Yahudi adalah pembunuh kanak-kanak, wanita, orang-orang tua dan pemusnah masjid dan perosak keharmonian orang-orang Palestin di Semenanjung Gaza. Harap-harap kita menjadi umat Islam yang hebat pada segi budi dan akhlak. Kita bukan penghisap darah seperti Yahudi.

Kata guru saya yang mursyid, Tuan Guru Haji Mohammad Sufi, cara yang paling baik untuk menyelesaikan masalah ini ialah dengan mengadaskan musyawara. Berbincang baik-baik. Bagitahu mereka kalimah Allah ini adalah hak orang Islam. Dan kalau kalimah ini boleh dikongsi dengan  mereka, diharap dapat mereka berikan sebab-sebabnya. Bincang secara aman damai supaya tidak mengecilkan hati sesiapa pun.

Masalah kalimah Allah yang mula dicetuskan oleh gereja, telah menerbitkan rasa marah oleh sebahagian besar penduduk-peduduk Islam khususnya orang Melayu yang tidak berpuas hati. Dalam suasana yang tidak menentu ini sepatutnya setiap parti plitik mesti memberikan pendapat yang positif. Tetapi segelintir orang-orang pas menuduh UMNO pula yang cetuskan masaslah ini. Diharap semua orang dinegara ini faham dan fikirlah secara mendalam. Bukan secara terburu-buru. Wallahualam.
(SEMUA GAMBAR INI ADALAH HIASAN SEMATA-MATA YANG DIPETIK DARI AKHBAR-AKHBAR UTUSAN MALAYSIA, BERITA HARIAN, GOOGLE IMEJ DAN MALAYSIA KINI.)

Jumaat, 8 Januari 2010

ELAKKAN DARI PAKAIAN YANG TIDAK SENONOH....



SEBAGAI ORANG ISLAM saya amat gembira melihat wanita-wanita yang bersopan. Bersopan maksud saya ialah menutup auratnya. Aurat wanita ialah seluruh badanya kecuali muka dan tangan. Wanita bertudung dan berpakaian menutup aurat amat sedap mata memandang. Tetapi janganlah memakai pakaian yang ketat dan sendat. Malah kebanyakan wanita sekarang suka memakai pakaian yang menyolok mata. Baju sengkat di atas pusat dan seluar pulat sendat pinggangnya di bawah pusat. Sudahlah begitu, tidak bertudung pula. Pakaian-pakaian yang semacam ini tidak bercirikan sebagai wanita Islam. Lebih dari itu ianya boleh menbangkitkan nafsu syahwat lelaki yang mungkin boleh menggalakkan berlakunya kes-kes rogol dan sebagaimanya.
(PENYANYI NORANIZA IDERIS KELIHATAN MUDA DARI USIA)

WANITA yang tidak bertudung dan tidak menutup aurat sentiasa dihinggapi dosa. Kalau wanita itu masih belum bersuami, ibu bapanyalah akan mendapat dosa sama. Kalau sudah berusmi, suaminyualah yang tanggung sama disa isterinya. Melainkan kalau dia sudah janda.


Menutup aurat dan bertudung mestilah dilatih sejak anak-anak lagi. Itulah yang sebaik-baiknya. Itupun bergantung jugalah dengan sikap dan peribadi ibu bapanya. Kalau ibu bapanya seorang yang warak pastilah anaknya dilatih supaya memakai tudung. Kalau tidask dilatih, hendak tunggu sampai anak-anak itu dewasa, jawabnya wanita itu tidak bertudunglah sehingga datang keinsafan pada dirinya.

Peliknya wanita-wanit yang tidak bertudung itu, kalau pergi ke Mekah membuat Umrah, padai pula dia memakai tudung. Bila balik dari Mekah dicampakkanlah tudung itu. Inilah buruknya perangai sesorang itu. Bagiku hipokeritlah namanya, pura-pura atau lebih tepat lagi berperangai munafik.emoga Allah menjauhi diriku dan anak-anakku bersikap buruk itu.

PILIHLAH cara bertudung paling baik.

Khamis, 7 Januari 2010

PEMBUNUHAN KEJAM DI BUKIT ROKAN, GEMENCHEH....


AMAT menyayat hatiku membaca berita pembunuhan ke atas empat orang dalam satu keluarga dan pembunuhnya pula aadalah di kalangan keluarganya sendiri juga. Khabarnya sipembunuh itu adalah seorang pemuda yang kurang waras. Mengikut jiran-jiran mangsa (berita dari Bulutin Utama TV 3) pemuda itu selalu dilihat suka bercakap sendirian.
Tempat kejadian ini sebenarnya ialah dalam kawasan PDRM Tampin. Aku pernah bertugas di Tampin berbelas tahun lamanya. Kawasan itu memang biasa sangat aku lawati. Dan kejadian semacam itu pernah berlaku di kawasan itu ketika aku menjadi pegawai pendakwa dahulu. Aku tidak ingat faktor yang lengkap tetapi apa yang aku ingat seorang pemuda Melayu yang kurang waras telah bertindak membunuh seorang lelaki Cina. Pemuda itu memang suka termenung, bercakap sendiri dan ketawa sendirian. Katanya, dia telah mendengar suara ghaib mendesaknya supaya membunuh lelaki Cina itu.
Kalau mengikut hukum Islam, orang gila tidak berdosa walau kesalahan apa pun yang dilakukannya, sekiranya pada ketika melakukan kesalahan itu dia tidak waras. Dalam hukum sivil juga tidak boleh disabitkan kesalahan ke atas orang gila.

Berseerah sahajalah kepada Allah SWT. Jodoh pertemuan dan ajal maut adalah ketentuan Allah. Sebagai makhluk Allah kita hanya mamp;u berdoa. Dan berdoalah kita agar kejadian-kejadian itu tidak menimpa pada diri kita dan keluarga kita.
Hanya sekian. Asalamualaikum WRT. Wallahualam.

Selasa, 5 Januari 2010

TAHUN BARU KARYA TERBARU.....


TAHUN baru ini sajak pertamaku tersiar dalam Dewan Sastera bertajuk SEORANG LELAKI TUA. Alhamdulillah terlalu bersyukur aku kepada Allah SWT. Semoga ada lagi karya-karyaku tersiar di mana-mana. Insya-Allah. Sajak ini aku tujukan kepada semua lelaki-lelaki tua seperti aku.


 Biasanya orang tua lebih dulu mati dari orang muda. Kerana kita orang tua ini mesti sentiasa berhati-hati supaya tidak melalaikan diri kepada Allah walau sesaat pun.


Sebenarnya orang muda juga mesti berhati-hati. Ada ketikanya orang muda lebih dahulu pergi mengadap Allah SWT dari orang tua. Pendeknya sama-sama kita berwaspada.
Ini dia sajakku yang tersiar itu:

SEORANG LELAKI TUA

Seorang lelaki tua
mundar-mandir di pinggir desa
bertapak lemah longlai
memikul segunung dosa
kesalan meratap hidup
yang amat menyiksakan

Seorang lelaki tua
meraba-raba dalam gelap gelita
melangkah mencari cahaya
sehingga dia tersungkur
dibumi nyata
letih lesu tidak bermaya
bagaikan sudah dihampiri
jalan kepenghujungnya

Seorang lelaki tua
tiba-tiba tersedar dari khayalan
setelah mati kian mendekati
warna-warni hidup tidak bererti lagi
tetapi jalan pulangnya masih berduri

Seorang lelaki tua
berada di alam penuaannya
dia lalu melangkah ke pangkal jalan
mencari kedamaian abadi
yang kekal selama-lamanya

(semua gambar yang tersiar ini hanya sekadar hiasan sahaja)