MULAKAN SETIAP PEKERJAAN KITA DENGAN MEMBACA BISMILLAH SEMOGA MENDAPAT KEBERKATAN ALLAH SWT.

Selasa, 15 Disember 2009

ULAMAK HAJI AHMAD BIN HAJI MOHD. KASIM (1901 M -1943 M) (1319 H - 1361 H)

HAJI Ahmad bin Haji Mohd. Kasim adalah seorang ulamak terkenal di Negeri Melaka. Beliau yang berasal dari Kampung Paya Rumput, Melaka, telah dilahirkan di Jelebu, Negeri Sembilan (1901 M) atau  (1319 H). Ayah beliau Haji Mohd. Kasim adalah seorang anggota polis yang sentiasa berpindah-randah dari satu negeri ke satu negeri. Hanya selepas bersara baharulah Haji Mohd Kasim kembali ke kampung asalnya, Kampung Paya Rumput.

Kalau hendak dibandingkan dengan negeri-negeri lain di Tanah Melayu ini, barangkali di Negeri Melakalah kurang mendapat perhatian tentang ulamak-ulamaknya. Saya tidak fikir Negeri Melaka kekurngan ulamak berbanding dengan negeri-negeri lain seperti Kelantan, Terangganu, Negeri Sembilan dan lain. Mungkin barangkali tidak ada pendedahan yang dibuat terhadap ulamak-ulamak Melaka.
      Terus terang saya mengatakan, walaupun saya memang berasal dari Melaka, tetapi saya jarang terbaca tulisan-tulisan yang berkaitan dengan ulamak-ulamak Melaka. Yang saya kenal dan yang sering saya mendengar namanya disebut-sebut ialah Haji Abdullah dan Haji Wahid.
      Mengikut majalah RUHANIYYAT Bil. 4 menyatakan Tuan Haji Ahmad mendapat pendidikan awal dari ayahnya sendiri kerana ayahnya juga seorang yang berpengetahuan agama yang agak baik juga. Ilmu yang didapati dari ayahnya ialah tentang membaca al-Quran dan ilmu asas agama.
      Ketika umurnya meningkat 13 tahun beliau dihantar belajar secara pondok dengan seorang guru yang mushid bernama Mat Ali di Sungai Udang.. Selepas itu Haji Ahmad pergi ke Palembang, Indonesia selama 4 tahun belajar dengan seorang guru terkenal bernama Haji Mokhtar Palembang.
     Setelah kembali dari Palembang, Haji Ahmad melanjutkan pelajarannya di selama 12 tahun (1919 - 1931) dan berguru dengan ramai ulamak-ulamak terkenal. Antara guru-gurunya yang
terkenal ialah Sheikh Mokhtar al Tarid, Sheikh Umar Hamdan, Sheikh Ahmad Zin Dahlan dan ramai lagi.
     Setelah balik ke tanahair tahun 1931, Haji Ahmad mula menaburkan ilmunya di merata masjid dan surau diseluruh Negeri Melaka, Negeri Sembilan dan Johor. Haji Ahmad dikatakan dapat menguasai semua bidang ilmu termasuklah ilmu fikah, tasauf, bahasa arab, akidah dan lain-lain.
     Haji Ahmad boleh dikatakan hampir seangkatan dengan ulamak-ulamak besar seperti Tuk Kenali, di Kelantan, Sheikh Haji Mohammad Said Linggi, Tuan Tulis Negeri Sembilan dan lain-lain.
     Selama 12 tahun di Mekah, Haji Ahmad telah diberi kepercayaan untuk mengajar pada pelajar-pelajar yang baharu sampai di Mekah sebelum memasuki sesuatu kelas yang ditetapkan.
     Mengikut kata seorang cucu saudaranya Haji Ahyead bin Haji Alias, imam dua Masjid Kampung Hulu, Melaka, bahawa Haji Ahmad ini seorang yang amat mulia akhlaknya dan ketika di Mekah beliau amat dihormati oleh masyarakat di sana.

Gambar Haji Ahyead, wajahnya hampir serupa dengan wajah Tuan Haji Ahmad.
     Antara karamah Tuan Guru Haji Ahmad ialah beliau mengetahui maksud dan tujuan sesorang yang datang untuk menemuinya. Sebelum orang yang datang itu menerangkan maksudnya, Haji Ahmad telah menyata jawapannya.

Ahad, 13 Disember 2009

KERETA LEMBU

BERCAKAP fasal kereta lembu tidak dapat tiada akan dikaitkan dengan Negeri Melaka. Memang tidak boleh dinafikan Negeri Melaka amat terkenal dengan kereta lembu. Di suatu masa dahulu, saya sering membantu ayah saya membuat kereta lembu mainan yang dijual dengan harga RM1.50 sebuah pada awal tahun 60an.
     Pada tahun-tahun 50an dan awal tahun 60an, kereta lembu masih menjadi alat pengangkutan utama di negara ini. Ayah saya dan ayah-ayah saudara saya dianggap orang berada kerana mempunyai kereta lembu. Ninda saya yang terkenal dengan panggilan BABA KUAN mempunyai kereta lembu yang selalu disewa oleh orang-orang kampung untuk mengangkut barang-barang jualan seperti kayu api, ubi, keledek, pisang, keladi, nenas dan lain-lain. Kerana itu anak-anak datuk saya boleh dikatakan semuanya mempunyai kereta lembu.

      Seorang ayah saudara saya yang bernama Mat Sin, selain dari mempunyai kereta lembu dia juga mempunyai matokar. Kereta lembu dan matokarnya sentiasa disewa orang. Cerita yang saya dengar, ayah saudara saya itu orang paling cantik di Kampung Durian Tunggal. Entahlah, ini cakap orang. Selain dari itu dia memang orang berada kerana ada kereta lembu dan ada matokar. Tuk Ana, ulamat besar Durian Tunggal pernah menyatakan kepada saya, ke mana-mana dia pergi, dia menggunakan kereta ayah saudara saya itu. Ketika dia hendak pergi Mekah dan balik dari Mekahi, bapa saudara saya inilah yang menolongnya. Kebetulan Tuk Ana dan ayah saudara saya ini kawan rapat dan hampir sebaya pula. Kini kedua-duanya sudah tidak ada lagi, ayah saudara saya telah pergi jauh lebih awal darinya sebelum kedatangan Jepun. Saya pun tidak pernah melihatnya selain dari melihat gambar sahaja.

     Ayah saya bukan sahaja mempunyai kereta lembu, tetapi dia juga turut berniaga lembu. Diawal tahun 60an ayah saya juga membeli sebuah kereta jenis Hillman nombor pendaftarannya M 1688. Hebatkan?
    Apa yang hendak saya kisahkan, saya selalu diajak oleh ayah saya untuk menemaninya membawa kayu atau apa-apa sahaja untuk dijual di  bandar Melaka. Ayah ajak saja untuk temankan dia. Dan bila lembu tidak berupaya menarik kereta lembu itu ayah suruh sasya membantu menolaknya dari belakang. Dan bila kereta lembu itu hendak terjongket ke belakang, ayah suruh saya duduk di bom kereta berhampiran lembu menarik itu supaya dapat diselaraskan beratnya supaya tidak terjongket.
     Fasal kereta lembu ini aku betul-betul banyak pengalaman. Semoga Allah SWT merahmati usahaku itu. AM IN.


Jumaat, 11 Disember 2009

"KERANA ANAK", "ANAK PAK JAMIL" DAN "TERPINGGIRNYA SEORANG PEJUANG"


(GAMBAR YANG MENJADI HIASAN CERPEN KERANA ANAK)
DUA buah cerpenku telah tersiar; sebuah di dalam majalah KELUARGA HARMONI (KH) bertarikh 15. 12.09 dan sebuah lagi dalam MINGGUAN PERDANA (MP) keluaran bertarikh 20.12.09. Cerpen dalam KH itu bertajuk KERANA ANAK manakala yang tersiar dalam MP bertajuk ANAK PAK JAMIL. Dukacita sedikit cerpen yang tersiar dalam KH itu tidak mencatakkan nama saya sebagai penulis cerpen ini. Biarlah.

(GAMBAR HIASAN CERPEN SAYA DALAM MINGGUAN PERDANA)
Saya sebenarnya berhasrat agar dapat menyiarkan 12 buah sahaja karya kreatif tersiar sepanjang tahun 2009 ini, tetapi dengan izin Allah 13 semuanya karya kreatif saya yang tersiar. Alhamdulillah. Lebih satu dari yang saya sasarkan.
SAJAK: Saya baharu saja dapat tahu dari seorang sahabat menyatakan Sajak saya bertajuk TERPINGGIRNYA SEORANG PEJUANG PEJUANG telah tersiar dalam akhbar WASILAH keluaran 13 December 2009, ini bererti keseluruhan karya kreatifku yang tersiar ialah 14 semuanya sepanjang tahun 2009. Alhamdulillah. Semoga aku bertambah berjaya. AMIN.    


(Akhbar Wasilah yang baharu sahaja aku miliki setelah menemuinya disebuah kedai buku di Tampin. Inilah rupa sajakku yang tersiar itu.)

Khamis, 10 Disember 2009

LANGSUIR ATAU PUNTIANAK......?



INI bukan cerita rekaan. Ini cerita benar. Benar-benar telah berlaku.
      Pada tahun 1996 saya masih belum bersara. Adik saya, Nordin, yang telah menetap di Kuang, Selangor sedang sakit kuat. Pada bulan Jun atau bulan Julai saya mengambil cuti selama sebulan kerana membawa ayah dan ibu saya pergi balik dari Melaka ke Kuala Lumpur. Setiap hari saya berulang-alik dari Melaka ke Kuala Lumpur semata-mata kerana hendak membawa ayah dan ibu saya untuk menlihat adik saya itu. Adik saya mengelami sakit usus perut. Perutnya itu terpaksa dipotong sebahagiannya dan disambung semula. Sebahagian tulang di kakinya juga terpaksa diambil untuk menggantikan tulang ditengkuknya yang telah rosak.
     Apa yang hendak saya ceritakan, suatu hari, saya dalam perjalanan hendak pergi ke Hospital Besar Kuala Lumpur untuk melihat adik saya yang terbaring di icu. Kebetulan, ayah saya ingin balik ke kampung setelah dua hari berada di Kuang. Saya bertolak dari rumah lebih kurang jam 11.00 pagi. Badan saya terlalu letih. Mata pula terasa begitu mengantuk.
     Saya lalu mengambil kesempatan untuk berihat sebentar. Saya berhenti ditempat berihat antara Rembau ke Seremban. Saya berhentikan kereta saya di bawah sepohon pokok. Orang ramai disekitar tempat berehat itu.
     Saya turun tempat menyandar kereta itu dan terus menelentangkan badan saya. Sebelum saya terlena saya terdengar bunyi orang berjalan. Saya buka mata. Tidak ada sesiapa di situ. Saya lelapkan mata saya semula, bunyi berjalan itu makin hampir. Bila saya buka mata, saya nampak seorang perempuan muda yang cantik, kulitnya puteh, rambutnya panjang mengurai, badannya nampak gempal dan berbaju kurung.
     Pergi sekarang, emak kau di Kuang itu sudah meninggal dunia. Saya tersentak dan segera bangun. Mata saya hilang mengantuk. Saya terus memandu kereta semula dan berhenti sebentar di minum kopi o di tempat perhentian di Seremban.
     Masa itu saya belum ada hand phone lagi. Saya gunakan telefon awam untuk menelefon di Kuang tetapi tidak ada jawapan. Saya telefon isteri saya di Tampin kalau dia ada mendengar apa-apa berita. Tetapi isteriku bagitahu, tidak ada apa-apa.
    Selepas minum aku terus ke Hospital Besar. Bila sampai di hospital, saya tidak dibenarkan masuk ke wad kecemasan itu kerana belum tiba waktu melawat. Wad kecemasan di tingkat empat. Saya terus naik menerusi tangga belakang hospital. Bila sampai di tingkat atas itu, adik saya masih macam biasa. Keadaannya tidak berubah. Dia masih koma (sebenarnya sudah lebih dari sebulan adik saya itu pengsan atau koma)
    Bila tengok keadaan adik saya seperti biasa, saya terus tinggalkan dia di wad itu kerana telah ada isteri dan anaknya yang menjaga dia.
    Saya memandu dengan penuh berhati-hati. Sebaik sampai di rumah adik saya di Kuang, saya lihat ibu saya sedang menyapu sampah di halaman rumah.
    Alhamdulillah, walaupun saya penik bila hantu menyampai maklumat itu, ibu dan adik saya selamat. Adik saya masih hidup sehingga sekarang dan ibu saya telah meninggal dunia pada tahun 2002.
    Langsuir atau puntianak yang saya temui itu? Wallahualam. 

Rabu, 9 Disember 2009

AKU HORMATI ORANG GILA KERANA......?



SEORANG ulamak dan ahli sofi yang terkenal yaitu Hasan Basri berkata;
a)      Aku menghormati orang tua kerana orang tua itu lebih dahulu hidup dari aku dan dia lebih dahulu mempelajari ilmu agama dari aku. Kerana itu aku perlu menghormatinya.
b)     Aku menghormati guruku kerana ilmu agamanya yang tinggi.
c)     Aku menghormati kanak-kanak kerana kanak itu suci dan bersih.
d)    Aku menghormati orang gila kerana apa juga yang dilakukan oleh orang gila itu tidak berdosa.
ULASAN


Kalaulah seorang orang tua kita mesti menghormatinya, apatah lagi kalau orang tua itu ialah ibu atau bapa kita. Kalaulah tidak kerana ibu dan bapa kita, tentu kita tidak dapat melihat dunia yang penuh dengan rahmat dan nikmat Allah ini. Jangan kita kecilkan hati ibu dan bapa kita. Sayangilah mereka. Jagalah hati dan perasaannya. Sumbangkanlah sedikit wang untuk menyuka dan menggembirakan mereka. Jangan bersuara tinggi dan kasar dengan mereka.
Segala perintah ibu bapa mestilah diturut, kecuali yang ada unsur maksiat. Kalau perintah yang berunsur maksiat kita wajib membantahnya. Orang-orang muda sekarang banyak yang sudah terlajak. Biadap dengan ibu bapa dan biadap dengan orang-orang tua. Apalah salahnya ketika bersalam dengan ibu atau bapa kita cium tangan dan cium dahinya. Hormatilah juga orang-orang tua yang ada pertalian darah dengan kita seperti  ayah atau ibu saudara atau di kalangan adik-beradik kita yang lebih tua. Dan apalah salahnya kita tunduk sedikit ketika bersalaman dengan orang-orang yang tua dari kita. Islam menuntut kita hormat menghormati antara satu dengan lain.


2)    Hormati jugalah guru-guru kita atau orang-orang yang berilmu walaupun dia lebih muda dari kita. Kita hormati ilmunya dan kita sanjungi daya usahanya sehingga menjadi seorang yang berilmu. Orang-orang sekarang bagaikan sudah hilang kesopanan hidup. Mereka tidak tahu untuk menghormati dan menyangi guru-guru mereka. Kita wajib menghormati guru kita walaupun kita hanya diajar alif sahaja.

3)    Kanak-kanak adalah makhluk Allah SWT yang suci bersih. Wajib kita sayangi dan hormatinya. Tidak kiralah sama ada kanak-kanak itu dari orang Islam atau bukan Islam. Sepanjang mereka menjadi kanak-kanak kita sayangilah mereka. Walaupun kanak-kanak itu dari benih luar nikah. Yang bersalah bukanlah kanak-kanak itu, tetapi ibu dan bapanya. Jangan dihina kanak-kanak itu. Malah ibu bapa yang melahirkannya sanggup pula mencampakkan kanak-kanak itu dalam tandas, longkan atau dalam sungai. Tidak kurang yang perangai seperti POLONG yang sanggup membunuh anak itu sebelum mencampakkannya. Sedih, sedih....
4)    Hasan Basri berkata, orang gila ialah orang yang tidak berdosa walau apa juga yang dilakukannya. Tidak kiralah sama ada orang gila itu dari kalangan orang Islam atau bukan Islam. Jangan hina mereka, sebaliknya kita kena sayangi dan hormati mereka. Kalau gila yang boleh memudharatkan orang lain janganlah pula kita bebaskan nanti dibunuhnya pula kita. Maksud disini gila yang tidak merbahayakan orang lain.

Ketawa sendiri, bercakap sendiri, perangai macam budak-budak. Biarkanlah mereka, bagilah mereka makan dan minum. Sebenarnya sama ada gila merbahaya atau tidak kita mesti menghormatinya, tidak kiralah sama ada mereka berada di Tampoi atau di Tanjung Rambutan. Hormat dan bantulah mereka. Dan kalau kita ada memelihara orang-orang yang kurang akal itu teruslah kita memelihara mereka dengan baik. Jangan dihina dan dikasari mereka.
Sekian. Terima kasih. Wallahualam.....

Selasa, 8 Disember 2009

SAJAK PERTAMAKU YANG TERSIAR

ADA yang berkata penulis kreatif (maaf kalau boleh dikatakan sasterawan) adalah manusia-manusia yang suka berkhayal. Malah ada yang berkata sasterawan adalah golongan 'syok sendiri'. Sebenarnya sejak dahulu lagi aku memang tidak bersetuju sekiranya kaum sasterawan dianggap begitu.

Sajakku yang pertama tersiar dalam majalah 'Sateria Malaysia' ketika aku bekerja di Singapura sebagai seorang anggota polis dari 1964 - 1967. Sebelum Singapura menyertai Malaysia tahun 1963 polis dan askar Singapura ada menerbitkan majalah 'Perkawalan'. Selepas itu majalah Perkawalan ditukar namanya Sateria Malaysia. Selepas Singapura berpisah dari Malaysia tahun 1965, majalah Perkawalan ini diterbitkan semula.Dalam majalah perkawalan itulah sajakku bertajuk LAHIRNYA ANAK siarkan tahun awal tahun 1966.
Sebenarnya waktu sajak itu disiarkan aku masih bujang lagi. Bagiku itu bukan khayalan atau syok sendiri. Sebagai seorang penulis kreatif, pandangan kita agak jauh. Jauh sehingga orang lain tidak terfikirkan. Banyak cerpen, novel, sajak atau drama yang meneritakan tentang alam ghaib atau seumpamanya. Kalau dia bukan sasterawan mungkin dia tidak boleh menciptanya kerana alam yang belum pernah ditempuhinya. Alam kubur atau alam akhikrat umpamanya, adakah orang mati hidup semula dan menceritakan tentang alam akhirat yang telah ditempuhinya itu.
Sasterawan memerah oraknya. Berfikir terlalu jauh. Atau berpandukan dari pembacaannya yang kemudian diubah dan dipinda untuk menjadikan lebih indah dan menarik lagi dalam sesebuah karya itu.
Walaupun kisah yang dipersembahkan itu bukan melalui pengalamannya sendiri tetapi mungkin dapat menarik minat ramai orang untuk membacanya dan seterusnya menjadikan iktibar.
Sajakku LAHIRNYA ANAK ketika aku masih bujang lagi sebenarnya mengutamakan keindahan bahasa sasteranya mengikut kemampuanku waktu itu. Dari sajak itu juga pembaca boleh menjadikan sebagai iktibar  betapa gelisahnya seorang suami yang diperantauan kerana bertugas kepada negara  dan ketika itu isterinya sedang menahan sakit untuk melahirkan anaknya di kampung.
Sajak keduaku bertajuk KENYATAAN yang tersiar dalam Utusan Zaman tahun 67 dan waktu itu aku telah pun bertugas di Negeri Cik Siti Wan Kembang.

Tidak ada apa yang menariknya sasjak di atas, biasa saja. Tetapi sajak itu kutujukan kepada Tengku Abdul Rahman Putera al Haj yang menjadi perdana menteri waktu itu. Waktu itu barangkali ada suara-suara sumbang yang mengeritiknya. Jadi, sebegai rakyat Malaysia aku tempil untuk mempertahankan kebenarannya.
Sebagai penulis, aku tentunya merasa lebih bangga karya-karyaku tersiar dalam akhbar dari majalah. Tetapi kalau majalah yang ternama seperti Dewan Sastera, Dewan Masyarakat dan lain-lain tentunya kita merasa lain sedikit.
Yang lebih peting tersiar.

Ahad, 6 Disember 2009

KETIKA MEREKA KANAK-KANAK.....


KAK INAH yang baju puteh

SYA-SYA di Padang Arfah ketika berumur 7 tahun.

GEGEE....DI PUNCAK JABAL RAHMAH.

SYA-SYA yang suka bersolek....

TAK SANGKA KE......INI KAK INTANLAH

KAK INTAN JUGAKLAH.....

DAH KENAL.....EMAK SI DENISH

KAK NGAH DAN KAK CHIK DENGAH ALLAHYARHAMAH NINDA MEREKA.



INI DIKLIN - DAH BESAR DAH




SIAPA INI? MACAM TAK KENAL. KAK NGAHKAH? AWIKAH? AWINKAH? ATAU NOR ARIFAH - IBU SIHANA.





KAK NGAH DAN KAK CIK KITA DAH KENAL. NAK TUNJUKKAN KERETA KETIGA YANG ABAH PAKAI SELEPAS FORD ESCOUT.(BX 4327) DAN AUSTIN (JD 6417).


INI GAMBAR ANAK LELAKIKU YANG SEORANG ADI ARIFF KETIKA KANAK-KANAK

DUA TOKOH TERKENAL : TOK KENALI DAN PENDETA ZAABA

TOK KENALI atau nama penuhnya Muhammad Yusof bin Ahmad (lahir 1868 - 19.11.1933) adalah seorang tokoh agama yang amat disanjungi dan dihormati oleh rakyat Malaysia, khususnya rakyat Negeri Kelantan. Pendeta Zaaba atau nama penuhnya Zainal Abidin bin Ahmad (16.5.1895 - 23.10.73) adalah seorang cendiakawan Melayu, Tokoh Bahasa dan Pengasas Tulisan jawi yang menjadi kebangaan seluruh rakyat di negara ini. Tok Kenali dilahirkan di Kubang Kerian Kelantan manakala Zaaba dilahirkan di Batu Kikir Negeri Sembilan.
Apa yang ingin saya sebutkan disini kedua-dua tokoh yang hebat ini pernah bertemu dan bergambar bersama di Kota Bharu atas sesatu urusan.  Tetapi bilakah gambar itu dirakamkan? Allahyarham ulamak Tok Kenali wafat pada 1933, saya rasa mungkin gambar itu dirakamkan disekitar hujung tahun dua puluhan atau awal tahun tiga puluhan. Tok Kenali mungkin telah berumur hampir 50 tahun waku itu manakala Allahyarham Zaaba di sekitar dua puluhan atau lebih sedikit. Kedua-dua tokoh ini adalah penulis. Zaaba kita telah ketahui tulisannya, tetapi Tok Kenali dikatakan boleh menulis cerpen, sajak dan pernah menjadi pengarang Majalah Pengasuh pada awal penerbitannya.
Orang-orang Kelantan mungkin dapat mengenali orang-orang yang terdapat dalam gambar ini. Saya cuma kenal Tok Kenali dan Zaaba sahaja. Semoga kedua-dua orang tokoh ini di tempatkan di dalam syurga Allah dengan penuh kenikmatan kelazatannya. Al-Fatihah untuk mereka. Bahan-bahan ini saya ambil dari Laman Web Tok Kenali dan Zaaba. Terima kasih anda yang menulis tentang mereka.


Jumaat, 4 Disember 2009

HAJI ABDULLAH - ULAMAK BESAR YANG BERASAL DARI DURIAN TUNGGAL, MELAKA.


HAJI ABDULLAH NIN HAJI SAHABUDIN 1912 - 8.8.99 (87 th.)

HAJI ABDULLAH bin Haji Sahabudin adalah anak watan di Kampung Durian Tunggal, Melaka. Sesungguhnya beliau adalah seorang ulamak besar. Beliau telah meninggal dunia 8.8.99 yang lalu. Beliau pernah menjadi kadhi Daerah Alor Gajah beberapa tahun lamanya sebelum beliau menarik diri dari menjadi kadhi atas masalah peribadi. Beliau amat dihormati oleh seluruh masyarakat Negeri Melaka, khususnya masyarakat Durian Tunggal.
     Haji Abdullah membahasakan dirinya 'ANA' apabila bercakap dengan sesiapapun; lalu beliau dipanggil oleh orang-orang kapung 'TUK  ANA', bagi masyarakat Durian Tunggal, bila sebut TUK  ANA sahaja semua orang sudah tahu siapakah yang dimaksudkan itu. Di kalangan anak-anak muda dan anak-anak saudarnya, Tuk Ana dipanggil PAK NGAH.
    Haji Abdullah menghabiskan masa mudanya di Mekah al Mukaramah kerana menuntut ilmu di bidang Usuluddin dan khabarnya beliau pernah mengajar di sana.


    Beliau amat aktif mengajar di masjid-masjid dan surau-surau Negeri Melaka. Beberapa kisah menariknya yang dapat saya kutip ialah beliau amat menggalakkan murid-muridnya berwirid 'Alhamdulillah' sebanyak mungkin yang dapat.
    Beliau juga terlalu susah hati bila ada sesiapa yang memarahinya dan enggan bertegur sapa dengannya. Ada satu kisah seorang peniaga ayam telah marah padanya kerana Haji Abdullah menegurnya mencuri dacing ketika membeli ayamnya. Peniaga ayam itu marah dan enggan menegur Haji Abdullah. Demi hendak menjaga hubungannya dengan peniaga ayam itu, Haji Abdullah menyuruh seseorang mamanggil peniaga ayam itu kerana hendak menjual ayam lagi kepadanya.
    Hubungannya dengan peniaga ayam rapat semula, tetapi peniaga ayam itu tidak lagi mencuri timbangannya. Sebenarnya ada banyak lagi tetang kisah ulamak besar ini. Cukuplah setakat apa yang saya sebutkan itu. Semoga kita mendapat munafaatnya. Insya-Allah.

Khamis, 3 Disember 2009

ORANG GEMUK DALAM PESAWAT DAN ORANG PALING TINGGI DI INDONESIA.



GANJIL nampaknya. Orang terlalu gemuk dalam pesawat. Gambar ini dirakamkan oleh seorang peramugari pesawat itu mungkin diluar pengetahuan orang gemuk itu. Kasihan. Petikan dari Kosmo online 3/12/09.

Superwono paling tinggi di Indonesia. Tingginya 2.42 meter. Umur 25 tahun. Butiran dari Kosmo online pada 3/12/09.

Rabu, 2 Disember 2009

CERPEN PERTAMAKU DI AKHBAR - BECA HADIAH DARI MERTUA


SETIAP penulis kreatif seperti puisi, cerpen, novel, drama dan lain-lain amat-amat mengharapkan tulisannya diterbitkan. Tidak kira sama ada tulisan itu tersiar di akhbar, majalah, televisyen, radio atau dibukukan akan memberikan kepuasan kepada penulisnya. Pembayaran bukanlah soal utama tetapi yang penting disiarkan tulisan itu.
Saya memulakan karya kreatif saya dengan menulis cerpen. Sebelum cerpen saya tersiar di akhbar-akhbar perdana dan majalah-majalah yang besar dan berpengaruh, cerpen-cerpen saya pernah tersiar di majalah-majalah yang kurang ternama walaupun majalah itu mengutamakan sastera sebagai mesej utamanya untuk diterbitkan seperti majalah MEDAN SASTERA (MS) yang diterbitkan di Singapura. MS kurang sambutan di kalangan rakyat negara ini berbanding dengan DEWAN SASTERA (DS), MASTIKA(M) atau DEWAN MASYARAKAT(DM).
Sebenarnya cerpen BECA HADIAH DARI MERTUA (BHDM) adalah cerpen pertama saya yang tersiar dalam akhbar perdana yaitu MINGGUANG MALAYSIA (MM) pada 19.11-1967. Allah SWT sahaja yang mengetahuinya betapa gembiranya saya. Saya belanja makan dengan rakan-rakan rapat saya di Kota Bharu waktu itu.
Walaupun sebelum ini memang pernah beberapa buah cerpen saya tersiar dalam majalah-majalah seperti majalah MS, majalah Satria Malaysia dan lain-lain tetapi kali ini cukup membangga dan mengembirakan saya. Banyak juga cerpen-cerpen yang telah saya kirimkan ke akhbar ini, tetapi tidak tersiar. Cerpen tajuk BHDM ini agaknya memberi sedikit tuah kepada saya. Cerpen ini rekaan semata-mata saya seorang anggota polis waktu itu, bukan penarik beca.
Selepas tersiarnya cerpen BHDM di MM itu, tidak berapa lama selepas itu turut tersiar cerpen-cerpen lain dalam akhbar itu dan lain-lain akhbar seperti UTUSAN ZAMAN, BERITA MINGGU dan lain-lain.



(REBAH ADALAH ANTARA BEBERAPA BUAH CERPEN YANG TERSIAR DALAM MINGGUAN MALAYSIA. SAYA AMAT SUKA CERPEN INI).
Sebagai penulis, saya akan merasa begitu hampa dan kecewa apabila sesebuah karya yang saya kirimkan di mana-mana penerbitan, tetapi tidak disiarkan, padahal saya merasakan karya itu cukup baik. Namun begitu, saya tidak pernah berputusasa, saya menulis dan terus menulis.
Tidak juga saya nafikan, memang ada ketikannya kita rasakan hendak bersara sahaja dari menulis bila karya-karya kita menjadi mangsa bakul sampah. Tetapi perasaan itu lenyap dalam diri saya bila ilham mula menyentuh fikiran saya.

Isnin, 30 November 2009

APA MASALAHNYA TUAN GURU NIK AZIZ ?


SEBENARNYA saya dah rasa malas hendak menulis tentang politik atau hendak menyentuh sesiapapun yang ada hubung kaitnya dengan politik. Tetapi apa yang saya harapkan itu tidak kesampaian bila membaca akhbar yang menyatakan Nik Aziz hendak mendoakan supaya Yang Amat Berhormat Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mendapat kesusahan kerana tidak memberikan royalti minyak kepada Kelantan. Kerana itu saya rasa terpanggil untuk memberikan sedikit pendapat dan pandangan.
Bagi saya, sama ada Kelantan berhak mendapat royalti minyak itu atau tidak, itu soal lain. Tetapi yang menarik perhatian kita bila Nik Aziz hendak mendoakan keburukan kepada perdana menteri.


Bolehkah orang Islam mendoakan keburukan sesama Islam. Zalimkah Najib ini? Berapa ramai orang yang tidak berdosa telah dipancung dan dibunuhnya? Adakah dia mengabaikan tanggungjawabnya sebagai perdana menteri untuk kemakmuran rakyat di negara ini? Dan kerana tidak memberi royalti minyak itu bolehkah dia dikatakan zalim? Soalnya masalah royalti itu belum diputuskan di mana-mana mahkamah. Itu hanya pendapat Nik Aziz dan konco-konconya yang mengatakan Kelantan patut dibayar royalti. Kerajaan Pas patut saman kerajaan pusat terlebih dahulu untuk mendapatkan keputusannya.
Saya berpendapat Nik Aziz ini terlalu angkuh tentang keulamakannya itu. Sesuatu yang tidak sehaluan dengan pendiriannya patut dimusnahkan. Itu pendapatnya. Jadi jalan terbaik yang terfikir di kepalanya ialah dengan melakukan sembahyang hajat dan berdoa kepada Allah. Berdoa untuk menghancurkan sesiapa sahaja yang  tidak sehaluan dengannya. Kononnya dialah yang paling betol di dunia ini.
Ketika Datuk Seri Anwar Ibrahim dipecat oleh Tun Dr. Mahathir dahulu, Nik Aziz pernah mengepalakan orang ramai untuk membuat sembahyang hajat dengan tujuan tertentu. Stadium Sultan Muhammad ke IV itu penuh orang. Beratus ribu orang turut sama buat sembahyang hajat itu. Tidak cukup di Malaysia, mereka pergi ke Mekah pula untuk berdoa. Alhamdulillah, Mahathir tak apa-apa pun.


(Dr. Mahathir amat tegas ketika menjadi perdana menteri. Dia lansung tidak bagi muka orang-orang yang biadap dan kurang ajar. Dia memang hebat dizamannya. Tetapi kegemilangannya itu tidak dapat diteruskan oleh penggantinya Tun Abdullah Ahmad Badawi. Dimana silapnya tidaklah diketahui. Tetapi dia memang berani, benar, tegas dan ikhlas. Perdana Menteri Datuk Sri Najib Tun Razak nampaknya lembut seperti Tun Abdullah juga. Kita berharap Najib akan bergerak tegas seperti Muhathir. Itulah harapan seluruh rakyat Malaysia yang cintakan keamanan).


Tetapi Mahathir saya lihat makin sihat dan makin hebat. Allah tetap melindungi orang-orang yang tidak bersalah.
Nik Aziz dan sebahagian besar pengikutnya menilaikan seseorang dari luaran sahaja. Sebenarnya dia tidak tahu perkara sebenarnya. Baginya, sesiapa sahaja yang menentang kerajaan adalah orang-orang yang benar. Sesiapa sahaja yang menentang kerajaan Pas di Kelantan adalah orang-orang jahat. Seorang pembunuh, ;perasuah, pezina, penipu atau sebagainya sekiranya menyokong perjuangannya, maka orang itu adalah orang baik, begitulah pendapat Nik Aziz. Orang itu patut dibela dan disokong kalau ada sesiapa yang cuba menangkapnya.
Pembunuh, penipu, pembohong, pezina, perompak dan sebagainya boleh berlakon menjadi ulamak besar. Dia boleh jadi imam sembahyang dan boleh baca khutubah Jumaat atau sebagainya. Nik Aziz sepatutnya memahami semua ini.


Yahudi adalah orang kafir paling zalim di muka bumi ini kerana menzalimi dan menghancurkan masjid tempat beribadah umat Islam. Setiapkali selepas sembahyang kita berdoalah agar Allah SWT menghancurkan Yahudi dan menyelamatkan negara dan umat Islam di Pelastin itu. Rakyat Pelastin mengharapkan doa dari tuan guru. Allahu Akbar.