MULAKAN SETIAP PEKERJAAN KITA DENGAN MEMBACA BISMILLAH SEMOGA MENDAPAT KEBERKATAN ALLAH SWT.

Sabtu, 31 Oktober 2009

1) KERETA BERUMUR KEBIH 15 TAHUN 2) PENDUDUK TETAP BAGI PENDATANG INDIA.

1) KEENDERAAN 15 TAHUN KE ATAS.
Mulai tahun hadapan kereta-kereta yang berumur lebih dari 15 tahun perlu dibuat pemeriksaan akom. Alasan kerajaan ialah kerana kereta yang yang berumur lebih 15 tahun sering terlibat dalam kemalangan. Betulkah itu? Kerajaan khususnya Dato' Mukhriz Mahathir telah membuat penyelidikan yang menyeluruh atau agak-agak saja. Tindakan ini saya lansung tidak setuju. Kerajaan bagi saya tidak perihatin keadaan rakyat. Kereta tua bagi orang-orang kampung amat perlu. Mereka gunakan kereta tua untuk angkut getah, angkut anak-anak atau cucu-cucu ke sekolah, untuk pergi ke masjid atau ke pasar. Kalau kerajaan teruskan juga rancangan ini, pasti undi BN pada pilihan raya akan datang akan merosot. Saya yakin ini. Saya sendiri walaupun seorang nahli Umno tapi saya dapat rasakan rungutan rakyat itu. Walaupun saya seorang ahli umno, saya tidak mengatakan betul kalau apa yang dilakukan oleh kerajaan itu boleh menyiksakan rakyat.

2) BAGI TARAF PENDUDUKAN TETAP KEPADA ORANG INDIA
Kerajaan BN yang ada sekarang terlalu LEMBUT. Amat LEMBUT. Amat bertimbangrasa dengan pendatang-pendatang ke negara ini. Saya rasa tindakan NAJIB ini tidak betul. Kita sudahpun tahu orang-orang itu adalah pengacau keamanan. Patut mesti diusir bukan diberi taraf keraayatan penduduk tetap. Orang-orang seberang yang banyak diberi kerayaatan bukanlah tahu membalas budi. Orang-orang itu jugalah yang tak habis-habis hendak menganyang kita. Mereka mencari kekayaan di negara ini. Bila balik kampung - kita pula yang hendak diganyangnya. Macam kacang lupakan kulit. Bagaikan melepaskan anjing tersepit. Lagi sekali lagi saya katakan, NAJIB sudah TERSILAP.
Jangan kerana hendak dapatkan sedikit undi dan sokongan dari mereka - Sebalik boleh terjadi disebaliknya. Kalau mereka sudah celik dan cerdek ......siaplah.

Sabtu, 24 Oktober 2009

CERPEN: TANAH TIGA EKAR.

SEBUAH cerpenku telah tersiar dalam Mingguan Warta Perdana bertajuk TANAH TIGA EKAR. Cerpen ini mengisahkan pemilik tanah tiga ekar di Kampung Solok Durian, Jalil, telah menutup jalan dikebunnya yang boleh pergi ke Kampung Baru Dua. Sikap Jalil itu amat tidak disenangi oleh penduduk-penduduk Kampung Baru Dua yang terdiri dari berbagai-bagai kaum. Jalil dikatakan tidak mempunyai semangat 1Malaysia yang patut dijiwai oleh sesiapa sahaja rakyat Malaysia ini.
Sebenarnya sikap Jalil itu bersebab. Dia marah kerana Guan Seng, pemilik tanah yang bersempadan dengan kebun getahnya itu juga ditutup. Ternyata itu satu kes balas dendam. Namun begitu Pak Sudin, ayah Jalil, telah bertindak untuk menyelesaikan masalah itu. Jalil dan Guan Seng mesti meroboh pagar masing-masing untuk kemudahan masyarakat kampung.

SAJAK UNTUK DATUK WIRA BORHAN MD. YAMAN




SEBUAH sajakku telah tersiar dalam Berita Harian (Sabtu) 24.10.2009 bertajuk SAJAK UNTUK SEORANG PEJUANG. Sebenarnya sajakku itu kutujukan kepada Datuk Wira Borhan Md. Yaman seorang pejuang kemerdekaan, pejuang bangsa dan negara dan seorang pejuang seni dan sastera. Saya amat meminati beliau sejak saya kanak-kanak lagi. Di tahun-tahun 50an saya sering melihat dia bersyarah dipentas-pentas politik di Kampung Durian Tunggal, kampung kelahiranku, bercakap tentang politik dan tentang negara bangsa. Saya amat menyanjung dan menghormatinya sebagai seorang pejuang yang jujur dan ikhlas tanpa mengharapkan apa-apa habuan diri. Bagi saya beliau tidak ada kepentingan diri dan memperjuangkan nasib anak bangsanya.
Saya mula mengenali beliau secara dekat ialah ketika bertemu di Kelanta Jaya untuk menghantar seseorang yang hendak menunaikan fardhu haji. Aku menegurnya terlebih dahulu dan mengenalkan diriku. Rupa-rupanya Datuk Wira Borhan juga telah mengenali nama saya tanpa mengenali orangnya. Saya berbual panjang dengannya tentang berbagai-bagai topik. Bagaimanapun kami banyak menyentuh tentang sastera.
Datuk Wira Borhan Md. Yaman atau nama samarannya Burmy, Melaka, adalah seorang guru sehingga bersara. Sekian lama beliau berjuang dalam politik UMNO adalah dengan penuh jujur dan akhlas. Beliau berjuang semata-mata kerana negara bangsa. Saya hormati dan sanjungi beliau kerana kerana keikhlasannya itu. Beliau tidak pernah berasa kecewa dan kecil hati kerana tidak terpilih sebagai wakil rakyat. Dan mungkin juga beliau tidak pernah memintanya jawatan-jawatan itu. Beliau adalah seorang pejuang tulin.
Allahyarham ayahnda saya, Haji Dugol bin Baba adalah kenalan rapat Datuk Burhan. Tetapi ayahnda saya hanya menjadi pengikut setia sahaja. Dia tidak berbakat untuk bercakap dan bersyarah di hadapan khalayak. Dan ayahnda saya juga sering memuji-memuji tentang keikhlasan Datuk Wira Bohan. "DIA BERJUANG PENUH IKHLAS...." kata ayahnda saya.
Seorang lagi sahabat rapatnya ialah Datuk Ahmad bin Haji Abdullah (Allahyarham). Datuk Ahmad yang seorang guru dan aktif juga dalam politik seperti Datuk Wira Borhan, akhirnya mendapat haknya untuk bertanding dalam pilihan raya beberapa penggal, lebih dari itu beliau pernah dilantik sebagai Senator. Datuk Borhan Senator pun tidak merasa. Inilah hebatnya seorang yang bernama BORHAN MD. YAMAN.
Cukuplah kusebutkan kehebatannya itu dalam sebuah sajak. Antara lain bait-bait sajak itu ialah:
Aku selami dirimu
benarlah kau seorang pejuang sejati
semata-mata kerana sebuah negara bangsa
tidak punya kepentingan diri

Aku dalami hatimu
perjuanganmu lurus suci
(Sesiapa yang membaca blogku ini, panjangkanlah apa yang aku tulis ini kepada YAB Perdana Menteri kita, semoga sesuatu penghormatan dapat dikurniakan kepada Datuk Wira Borhan)

Khamis, 22 Oktober 2009

RASUL MELAYU DAN TIAN CHUA

(GAMBAR: rasul melayu dengan dua orang anak gadisnya. bertaubatlah kahar, taubat nasoha).
1) RASUL MELAYU
Ajaran Sesat Rasul Melayu Abdul Kahar Ahmad yang mengaku bersalah dijatuhi hukuman penjara 10 tahun 6kali sebat dan denda RM 16, 500.00. Alhamdulillah, diharap akan menjadi tauladan kepada semua orang terutamanya kepada pengajar-pengajar agama sesat yang lain. Pelik, macam mana orang ramai boleh percaya dengan ajaran sesat itu. Mereka mungkin tidak ada ilmu yang menyebabkan mereka mudah terjebat. Anak lelaki Kahar pun macam ayahnya. Astaghfirullah alazim. Bagaimana dengan kisah Ayah Pin yang masih bebas. Ke mana dia hendak lari agaknya.....
2) YB TIAN CHUA
Ahli Parlimen Batu, Tian Chua dijatuhkan hukuman penjara 6 bulan dan denda RM 3000.00. Bagi saya orang yang kurang ajar patut kita ajar. Biarlah dia appeal kes itu. Peguam boleh dapat duit lebih sedikit. Kalau KAU wahai Tian Chua di gigit, macam mana KAU rasa. Inilah dia orang kaki kacau. KACAU....KACAUUUUUU....

Rabu, 21 Oktober 2009

ORANG PALING GEMUK DIDUNIA

POUL MASON, 48 , DARI IPSWISH ENGLAND, MERUPAKAN ORANG PALING GEMUK DI DUNIA, BERATNYA IALAH 444.52 Kilogram.

BENARKAH IBRAHIM ALI INGIN KEMBALI KE PANGKUAN UMNO


TIDAK sesiapa pun boleh menafikan bahawa Datuk Ibrahim Ali adalah orang yang amat berpengaruh di Kawasan Parlimen Pasir Mas. Walaupun beliau kerap melompat dan bertukar parti, saya rasa itu tidak salah. Ibrahim pun pernah berkata bahawa dia bertukar parti bukan bertukar agama. Lagi pun lompat melompat parti sering berlaku di kalangan rakyat dinegara ini. PKR dan PAS kebanyakan ahlinya adalah dari orang UMNO yang melompat ke parti-parti itu.
Ibrahim Ali ingin kembali ke pangkauan UMNO, saya rasa pemimpin-pemimpin UMNO mesti memandang positif tentang niat Ibrahim itu, janganlah dikenakan berbagai-bagai syarat dan jangan diungkit-ungkit sejarah lama. Saya rasa Ibrahim mesti diberi tempat. Parlimen Pasir Mas saya rasa tidak jadi masalah dikekalkan untuk Ibrahim.
Soalnya sekarang adanya perasaan gila kuasa di kalangan sebahagian dari orang-orang UMNO. Masing-masing berebut-rebut hendak menjadi ketua dan wakil rakyat. Sikap dan gila semacam inilah yang menyebabkan sesebuah parti politik itu hancur. Bukan di Malaysia saja rasanya, malah dimana-mana saja begitulah keadaannya.
Terimalah Ibrahim semula....
***Berita terbaru menyatakan Ibrahim Ali belum berminat untuk kembali kepada UMNO dalam masa terdekat ini, tetapi akan terus menyokong UMNO***

Selasa, 20 Oktober 2009

PERDANA MENTERI MENGINGATKAN PEMBAKANG

Yang Amat Berhormat Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak telah mengingatkan pembakang supayatidak mengganggu Persidangan Dewan Undangan Negeri pada 28 Oktober ini. Kata perdana menteri persidangan itu adalah sah pada segi undang-undang.
Saya harap Najib mesti tegas menangani masalah ini. Bagi saya mereka adalah manusia 'kurang ajar' yang patut diajar. Saya fikir kerajaan dan polis sudah cukup bersabar. Harap-harap Hishamudin Tun Husin dan Ketua Polis Negara tidak akan bertolak ansur dengan mereka. Kerajaan mesti tegas. Penderhaka-penderhaka itu jangan dibagi muka. Bukankah ISA itu belum dimansuhkan.
Tidak bolehkah ISA digunakan? Kalau tidak boleh, kenapa? Najib, Hishamudin dan Musa Hasan mesti jawab ini. Saya mengatakan, kalau ada apa-apa yang berlaku sehingga menggugat keamanan negara, pemimpin-pemimpin yang yang saya sebutkan namanya itu akan bertanggungjawab. Apakah kita mesti biarkan orang-orang yang gila kuasa dan gila talak macam itu menghancurkan keharmonian negara kita ini. Polis barangkali sudah mempuyai cukup bukti untuk menahan mereka di bawah ISA. Kalau ISA itu tidak boleh gunakan saya rasa baik mansuhkan undang-undang ISA itu.
Mereka yang biadap itu mesti dilayan dengan biadap juga.

Ahad, 18 Oktober 2009

SAYA DIARAHKAN MENGARANG DAN MENGARAH DRAMA SEBABAK....


(Gambar: Sebelum drama Dgang Di Ambang Sore, Angkatan Setia Jaya pernah mengarahkan drama bertajuk Kutu Di Tepi Jalan karangan dan arahan Allaharyam Omar Ahmad. Gambar yang dipaparkan ini adalah gambar pelakon-pelakon Kutu Di Tepi Jalan dan pelakon-pelakon itu juga terlibat dalam drama Dagang Di Ambang Sore'. Gambar yang dipaparkan ini juga pernah tersiar di akhbar Berita Minggu. Aku dah lupa tarikhnya.)
KETIKA hendak menyambut Hari Belia Malaysia pada awal tahun 1962 saya telah diarahkan oleh Pengerusi Persatuan Belia Angkatan Setia Jaya (ASJ) Kampung Durian Tunggal Cikgu Ahmad bin Haji Abdullah (Datuk, Allahyarham) supaya mengarang sebuah drama sebabak untuk dipentaskan di Dewan Perbandaran Melaka pada sambutan hari belia itu nanti. Waktu itu umur saya baharu sahaja mencecah 18 tahun, namun begitu saya merasa amat bangga diberikan kepercayaan itu. Kesempatan itu saya gunakan dengan sebaik-baiknya - tanpa sesiapa pun yang membantunya saya mengarang sebuah skrip drama pentas yang saya beri tajuk DAGANG DIAMBANG SORE.
Saya bekerja keras lebih dari sebulan saya dan pelakon-pelakon terlibat untuk membuat latihan. Sebelum sampai hari belia itu, pertunjukkan pemilihan dari berbagai-bagai acara yang diadakan di Dewan Perbandaran. Alhamdulillah, drama sebabak saya terpilih. Saya tidak ingat berapa buah dramakah yang dipentaskan pada hari pemilihan itu. Pelakon-pelakon DDR ialah terdiri dari Allahyarham Yusoff Md. Som (Serang), Yaakob Mahmood (Rustam), Aminah Hj. Abdullah (Kekasih Rustam), Allahyarham Husin Rashid (penyanyi latar - lagu Selamat Tinggal Bungaku),

Allahyarhamah Saodah Wahid (Ibu) dan Mamat Keling (ayah). Ketika drama saya ini dipetaskan Usman Awang dan Firdaus Abdullah turut sama menyaksikannya. Sebenarnya berbabagai acara yang dipersembahkan pada malam itu. Tetapi drama DAGANG DIAMBANG SORE barangkali menjadi persembahan UTAMA pada pertunjukan hari belia itu. Kalau tidak silap saya, Allahyarhamah GOOK BEE turut sama berlakon sebagai sahabat watak heroin. Gook Bee ketika berlakon belum menjadi seorang Muslim, selepas beberapa bulan dari itu baharulah beliau memeluk agama Islam dan berkahwin dengan seorang ustaz.

Jumaat, 16 Oktober 2009

PERHIMPUNAN AGUNG UMNO KE 60.....


Perhimpunan Agung UMNO yang dirasmikan oleh presidennya Yang Amat Berhormat Datuk Seri Najib Tun Razak amat menarik hati kepada semua pihak. Tun Dr. Siti Hasmah Mohd. Ali begitu sebak mendengar ucapan Najib ketika merasmikan perhimpunan agung itu. Memang menarik dan memang cantik walaupun itu adalah ucapan sulung Najib sejak menjadi Perdana Menteri. Namun begitu, bagi saya ada sedikit kekurangannya walaupun tidak cacat. Cuma kurang sedikit mengikut pendapat dan pandangan saya.

Bercakap untuk menguatkan dan mengembalikan kegemilangan UMNO, saya rasa Najib mesti menyeru atau mengajak rakan-rakan UMNO yang telah lari dari UMNO atas banyak sebab. Mereka lari mungkin kerana dipecat dan, mungkin mereka merajuk kerana tidak mendapat kemudahan itu dan ini atau mungkin mereka tidak mendapat kuasa atau kedudukan sebagai mereka mimpikan. Sepatutnya atau lebih baik pada pandangan saya, Najib mengajak semula mereka kembali kepada UMNO untuk menyokong 1 Malaysia dan satu kepimpinan.

Mereka yang kembali semula kepada UMNO seperti Ezam Mohd. Nor dan rakan-rakannya sepatutunya disentuh oleh Najib. Dengan sentuhan itu mungkin mereka yang kembali itu merasakan dirinya dihormati dan dihargai.

Fikir-fikir dan panjang-panjangkanlah pendapat dan pandangan saya ini.

Rabu, 14 Oktober 2009

SIASATLAH MEREKA DEMI KEBAIKAN RAKYAT DAN NEGARA

BANYAK pihak mendesak agar Anwar Ibrahim disiasat berhubung pendedahan yang mengatakan Anwar terlibat dalam mengawal 20 akaun induk yang melibatkan kewangan bernilai 3 bilion. Khairy Jamaluddin menantu Pak Lah paling lantang mendesak agar Anwar disiasat. Anwar dalam satu kenyataannya bersedia untuk disiasat tetapi Anwar juga mengesyorkan agar Khairy juga mesti disiasat. Nampaknya Khairy juga bersedia untuk disiasat. Demi nama baik kedua-dua orang tokoh itu saya rasa eloklah kedua-duanya disiasat. Cerita rasuah yang melampau melibatkan pemimpin-pemimpin negara termasuk pemimpin dari parti pembakang. Sesungguhnya mereka perlu disasat demi kebaikan rakyat, bangsa dan negara dan demi kebaikan diri mereka sendiri.

Isnin, 12 Oktober 2009

BENARKAH ANWAR IBRAHIM ADA AURA....

AKU pernah mendengar orang bercakap Anwar Ibrahim ini ada aura. Dia kelihatan hebat di kalangan sesetengah orang. Lalu apa katanya diyakini dan percayai pengikut-pengikutnya. Anwar Ibrahim menutup kesilapan dan kelemahannya dengan kata-kata yang memerangsangkan. Pengikut-pengikutnya yang taksub lalu bertindak dan melakukan apa sahaja yang diperintahkan oleh Anwar. Betulkah itu? Anwar banyak sahabat dan banyak musuh. Dari sahabat menjadi musuh pun ramai. Dari musuh menjadi sahabat pun ramai. Ezam Mohd. Nor umpamanya, kawan rapat jadi musuh ketat. Walau berat macam mana sekalipun keburukan Anwar didedahkan oleh Ezam. Anwar nampaknya masih hebat. Serahkan segala-segalanya kepada Allah SWT.
Kita renungkan penyanyi MAWI WORLD atau Mawi raja SMS pun dikatakan ada aura. Banyak orang yang terperangkap dalam jebak worldnya. Tetapi akhirnya Mawi mundur juga. Auranya tidak menyinar lagi. Dalam banyak pertandingan lagu dia dikalahkan oleh penyanyi lain. Ini bererti peminatnya kian merosot. Apakah Anwar juga akan menjadi seperti Mawi.

JKK DAN WAKIL RAKYAT UBAH SIKAP

KEMENANGAN BN di Bagan Pinang petanda baik masa hadapan semua parti politik dalam BN. Harap-harap begitulah. Wakil-wakil rakyat BN mesti ubah sikap. Jangan jadi macam dulu. Sombong, bongkak, penting diri sendiri, rasuah dan sebagainya. Ambil beratlah hal rakyat. Dekatilah mereka. Tanyalah masalah mereka. Bantu kalau boleh bantu. Suatu masa dulu saya pernah hadapi masalah. Saya pergi jumpa wakil rakyat minta tolong. Cakap sedap, tapi habok pun tak ada. Lansung tak mahu tolong. JKK pun nak pandai jaga hati rakyat. Ada setengah itu TERLALU sombong. Kita tersilap cakap saja - boleh menjadi kemarahannya. Selepas itu lansung tidak mahu memperdulikan kita. Kononnya hebat sangatlah dia JKK itu. Wakil rakyat dan JKK sombong macam itu patutlah dilingkupkan.

Ahad, 11 Oktober 2009

TANIAH BARISAN NASIONAL....

(GAMBAR: Kenapa Pas marah dengan SPR. SPR bukan parti politik.)
KEMENANGAN Barisan Nasional di Bagan Pinang (N31) amat besar ertinya bagi kerajaan yang ada sekarang. Kemenangan ini bererti kepimpinan yang ada ini disenangi oleh semua rakyat. Selogan 1Malaysia - rakyat didahulukan pencapaian diutamakan telah dapat diterima oleh rakyat. Tentunya kemenangan ini cukup manis dan cukup indah bagi semua parti dalam BN.
2) Kemenangan ini juga membuktikan suara Dr. Mahathir Muhamad, bekas perdana menteri, tidak laku lagi. Mungkin rakyat pun sudah mual mendengar suara dan cadangannya. Sepatutnya Dr. Mahathir tidak perlu campur lagi dalam soal politik negara. Baiklah dia tutup mulut dan menjadi seorang negarawan yang sentiasa dihormati.
3) Ketika menulis ini saya belum mengetahui reaksi pembakang, khususnya parti Pas yang kalah teruk. Tapi saya sudah dapat agak. Pembakang akan buat macam-macam tomahan dan tuduhan punca kekalahannya itu. Mereka tidak boleh menerima rakyat sudah dan akan terus menolaknya. Undi hantu, ugut, tipu, rasuah dan sebagainya pasti akan menjadi senjata pembakang.
4) Kalau kita masih ingat, Pas pernah menuduh orang-orang UMNO kafir dan sebagainya. Sebabnya semata-mata kerana UMNO bekerja sama dengan MCA dan MIC malah mereka tidak bersetuju orang-orang bukan Islam jadi pemimpin. Rakyat barangkali sudah buka mata sekarang. Mereka sudah menolak orang-orang yang memperalatkan agama demi kepentingan parti dan kepentingan diri.
5) Mengikut laporan akhar-akhbar, pembakang terlalu sangat membuat kacau. Banyak fitnah-fitnah yang ditaburkan. Dimasa-masa yang lalu mereka membuah rusuhan demi rusuhan untuk mengganggu gugat keamanan negara. Cara ini sudah lapuk, saya fikir. Sejarah telah menunjukkan, beberapa buah negara di Tenggara Asia ini telah mengamalkan tektik ini. Walaupun sikap itu amat buruk tetapi dunia tetap mengiktiraf kemenangan puak-puak pembakang itu. Sekarang rakyat sudah cerdik. Sudah boleh menilai mana yang baik dan mana yang buruk.
6) Kemenangan ini juga pasti akan menggerunkan sesetengah pemimpin dan penasihat parti tertentu yang mempunyai kes di mahkamah. Mereka mungkin hendak memerintahkan mahkamah supaya menolak kesnya apabila mereka menang kelak. Bukan itu saja, mereka juga akan menghapuskan orang-orang yang tidak berpihak kepadanya. Mudah-mudahan BN terus menang supaya mereka terus diadili. Wahai mahkamah, janganlah tangguh-tangguh lagi sesuatu kes itu......
7) Najib saya rasa, tidak pernah pergi di mana-mana sahaja pilihan raya kecil yang diadakan. Najib harapkan timbalannya sahaja bergerak dan berkempen. Saya tak tahu kenapa Najib enggan pergi. Mungkin barangkali Najib tak sanggup nak dengar orang-orang menjerit 'Attantuya' yang ditujukan kepadanya. Saya cuma agak saja. Tapi saya puji Najib - saya puji dia kerana dia sanggup bersumpah. Dia berani bersumpah kerana dia tahu dia tidak bersalah. Mungkin ada dalang yang memainkan watak-watak yang buruk itu. Tapi ada orang yang takut kena sumpah kalau bersumpah. Bagaimanapula kalau kamu dijerit? Tak baik hina orang macam itu. Tidak takut berdosakah?

DIPERSINGGAHAN INI

Apa yang aku maksudkan - kita mesti jujur pada kehidupan ini. Dunia hanyalah sementara sahaja bagi setiap makhluk. Akhirat adalah tempat kita yang kekal abadi. Orang-orang tua seperti aku ini sebenarnya sudah pun berada di hujung kehidupan. Allah SWT berkuasa mencabut nyawa kita pada bila-bila masa sahaja yang dikehendakinya. Namun begitu ada manusia tua seperti aku yang lupa diri. Mereka masih lalai. Mereka masih lupakan kematian. Mereka masih berpesta dengan kerja-kerja mungkar dan maksiat. Mereka masih melaungkan lagi pembohongan dan pendustaan. Mereka lakukan semua itu semata-mata kerana gila kuasa dan gila meterial. Mereka mungkin mempunyai ajenda yang tersendiri. Mereka mungkin ingin mahu menutup pekongnya yang busuk itu. Mereka yakin hanya KUASA sahaja yang dapat menghapuskan kemungkaran yang dilakukan tanpa diambil sebarang tindakan.....

Itulah antara maksud sajakku yang tersiar dalam DEWAN SASTERA Oktober 2009. Dapatkan Dewan Sastera Oktober 2009 dan hayatilah sajakku itu. Terima Kasih.

Khamis, 8 Oktober 2009

PAS BAGAIKAN TIDAK ADA PENDIRIAN.....

(Gambar: anggota tentera berbaris untuk melakukan undi pos).

TIDAK keterlaluan kalau saya mengatakan Parti Pas tidak mempunyai pendirian yang konsisten untuk menjadi sebuah parti yang bermaruah lagi disegani. Pas sebenarnya sentiasa bersikap negatif terhadap UMNO. Diawal-awal pilihan raya sehinggalah menjelang abad 21 ini. Dulu mereka marah kerana kononnya UMNO parti yang bekerja sama dengan orang-orang bukan Islam. Itu alasan Pas. Lebih dari itu mereka mengatakan UMNO mengangkat orang-orang bukan Islam menjadi pemimpin. Sekarang sudah terbalik. Pas sudah menjilat ludahnya semula. Mereka sudah berpeluk-peluk dengan orang bukan Islam. Lebih dari itu, Pas menghalalkan pula orang-orang bukan Islam membacakan ayat-ayat Quran. Kononnya untuk menguatkan hujah orang-orang bukan Islam boleh membacakan ayat-ayat suci itu di kyalayak. Padahal, orang Islam sendiri kalau hendak memegang Quran mestilah mempunyai wudhuk. Saya rasa Pas patut tukar nama. Janganlah peralatkan Islam padahal mereka sebenarnya adalah orang-orang yang berjuang untuk diri sendiri. Saya harap pemimpin-pemimpin Pas patut bertaubat dan jauhkan diri dari sifat-sifat munafik.

Isnin, 5 Oktober 2009

SEMOGA IRAN MENJADI NEGARA KUASA BESAR DUNIA.


SEORANG sahabat rapatku ketika mengunjungi rumahku pada hari raya yang lalu telah menyatakan ada beberapa orang sahabatnya yang menyokong syiah. Malah katanya, ada di kalangan penulis muda negara yang begitu terkenal condong ke arah negara itu. Sahabat saya itu sebenarnya seorang ulamak besar, Profesor, malah seorang penulis tersohor di negara ini. Dia telah menziarahi hampir seluruh dunia termasuklah Iran.Sebenarnya saya tidak begitu jelas apa yang maksudkan oleh sahabat saya itu. Adakah maksudnya bahawa orang-orang yang maksudkan itu mengamalkan ajaran syiah atau sekadar menyokong perjuangan syiah untuk menghapuskan yahudi dan menentang Amerika Syarikat.
Menyentuh tentang ajaran Syiah itu, bagiku cuma sedikit terpesong dari sunni. Syiah meanggap Abu Bakar, Omar dan Othman adalah khalifah yang merampas hak Ali. Ketiga-tiga khalifah ini dianggap perompak. Perompak kedudukan khalifah yang sepatutnya menjadi milik Ali. Selain dari itu, Syiah meagong-agongkan Ali lebih dari Nabi Muhammad SAW sendiri. Inilah antara lain fahaman mereka yang tidak selari dengan Sunni. Bagaimanapun fahaman itu tidak boleh jejaskan akidah orang-orang syiah selagi mereka percaya Allah SWT itu satu dan Nabi Mohammad SAW adalah PesuruhNya. Mereka tetap Islam.
Sahabat saya itu tidak menyebut nama orang-orang yang dimaksudkannya itu. Saya juga tidak berminat untuk tahu.
Kata sahabat saya ini lagi, dia (sahabat saya itu) telah berkali-kali pergi ke Iran. Keyakinannya kepada Ahli Sunnah tetap utuh. Dia kesal dengan orang yang dimaksudkan itu yang hanya baharu beberapa hari sahaja berada di Iran sudah mula menyokong Syiah.
Pendirian aku lain. Fahaman mazhab syiah aku tolak. Tetapi mereka tetap saudara Islam kita. Perjuangan orang-orang syiah menentang zionis dan Amerika Syarikat aku sokong seratus peratus. Dan aku sentiasa berharap agar Iran menjadi negara terkuat di Teluk dan digeruni oleh negara-negara bukan Islam.
Dan aku juga berdoa agar Syiah dan Sunni boleh bekerjasama untuk membina kekuatan menetang musuh-musuh Islam itu.
Pernah aku mencipta sebuah cerpen bertajuk BERDAMAILAH (antara Sunni dan Syiah) tetapi tidak disiarkan oleh akhbar Mingguan Malaysia.
Aku harap Iran terus mengumpul kekuatan untuk menentang musuh-musuh Islam itu. Kalau sudah cukup kuat jangan hentam negara-negara Islam pula sebagaimana yang dilakukan oleh Iraq terhadap Kuwait. Allah SWT pasti tidak izinkan sikap jahat dan gila kuas itu.

GEMPA BUMI DI PADANG INDONESIA.....

GAMBARKAN KALAU KITA DITIMPA KEMALANGAN SEPERTI ITU? BAGAIMANA KALAU KITA TERTIMBUS DALAM TANAH DAN TIDAK BERUPAYA UNTUK KELUAR.
SETIAPKALI SELEPAS SEMBAHYANG BERDOALAH SEDIKIT UNTUK KEAMANAN DAN KESEJAHTERAAN NEGARA KITA YANG TERCINTA.

SELURUH dunia umat manusia bersimpati dengan nasib malang yang menimpa bumi Padang, Indonesia. Sekelip mata gempa bumi yang sekuat 7.6 sekala richter meleburkan bumi Allah itu yang mengorban beribu-ribu nyawa dan entah berapa bilion harta benda yang musnah. Dan Malaysia yang amat bersimpati dengan nasib malang Indonesia itu segera menghantarkan bantuan bagi membantu dan mencari mangsa yang masih tertimbus. Semoga Allah SWT menyelamatkan bumi Malaysia.


Namun begitu ada segelintir rakyat Indonesia yang masih mahu mengganyang Malaysia. Mereka lupa bahawa di Malaysia terlalu ramai rakyat Indonesia - sama ada yang masuk secara halal atau pun haram. Rakyat Malaysia sayangkan mereka, kecuali yang jahat-jahat dan yang kaki merompak itu.


Dan kita rakyat Malaysia patut bersyukur. Ketika negara-negara lain sedang dilanda berbagai-bagai bencana seperti gempa bumi, banjir, taufan dan lain-lain Malaysia terus berdiri tegak aman dan damai dengan izin dan pertolongan Allah SWT. Marilah kita terus berdoa semoga negara kita terus aman, damai dan tenteram.

PILIHANRAYA KECIL BAGAN PINANG

MAMPUKAH Barisan Nasional mengekalkan kerusinya di Bagan Pinang? Bagi saya Bagan Pinang adalah kawasan kubu kuat UMNO. UMNO mesti menang di kawasan ini. Kalau UMNO atau BN menang di sini bererti masa hadapan UMNO cukup cerah. Kalau kalah, entahlah. Tetapi saya yakin UMNO ada harapan, lebih-lebih lagi calon UMNO adalah orang yang benar-benar berpengaruh - Datuk Isa Samad, bekas Menteri Besar Negeri Sembilan. Isa memang seorang yang berpengaruh di Negeri Sembilan.
Pembakang nampaknya sudah semacam takut kalah. Mereka sudah mula memainkan tektik kotor yang amat menjijikkan orang ramai. Mereka mempertikaikan tentang undi pos yang kononnya tidak telus. Tetapi kalau kawasan pembakang semuanya TELUS. Biasalah itu - main kotor wajib bagi mereka, yang penting UMNO mesti dikalahkan. Lebih menjijikkan bila pembakang main penumbuk. Dah tumbuk orang tak mengaku pula. Nik Aziz pun mempertahankan kejahilan orang-orangnya. Mangsa, Datuk Azeez Abd. Rahim ketua Putera UMNO dikatakan berbohong. Kenapa Azeez mesti berbohong? Bohong boleh dapat pengaruhkah?.... Azeez mesti saman si penumbuk itu.
Astaghfirullah al 'azim.

SYAWAL 1430 HIJRAH KIAN BEREDAR....


(Gambar: Sebahagian dari jemaah bergambar kenang-kenangan ketika di Turki)

JUTAAN terima kasih kepada saudara-mara, rakan-rakan dan masyarat sekampung yang hadir ke rumahku pada 1, 2 dan 3 hari raya yang lalu. Aku amat-amat bangga dan bersyukur kepada Allah SWT atas kehadiran mereka. Dan paling membanggakan ialah kehadiran sahabat yang sama-sama denganku ke Turkye iaitu saudara Yuuzar Sahim dan isterinya Zaiton Adam. Semoga silaturahim kami berpanjangannya. Bagiku Yuuzar dan Zaiton adalah sahabat yang mulia dan tinggi budi pekertinya. Bilakah agaknya aku berkesempatan menziarahi rumahnya.
Walallahualam.....