MULAKAN SETIAP PEKERJAAN KITA DENGAN MEMBACA BISMILLAH SEMOGA MENDAPAT KEBERKATAN ALLAH SWT.

Ahad, 18 Oktober 2009

SAYA DIARAHKAN MENGARANG DAN MENGARAH DRAMA SEBABAK....


(Gambar: Sebelum drama Dgang Di Ambang Sore, Angkatan Setia Jaya pernah mengarahkan drama bertajuk Kutu Di Tepi Jalan karangan dan arahan Allaharyam Omar Ahmad. Gambar yang dipaparkan ini adalah gambar pelakon-pelakon Kutu Di Tepi Jalan dan pelakon-pelakon itu juga terlibat dalam drama Dagang Di Ambang Sore'. Gambar yang dipaparkan ini juga pernah tersiar di akhbar Berita Minggu. Aku dah lupa tarikhnya.)
KETIKA hendak menyambut Hari Belia Malaysia pada awal tahun 1962 saya telah diarahkan oleh Pengerusi Persatuan Belia Angkatan Setia Jaya (ASJ) Kampung Durian Tunggal Cikgu Ahmad bin Haji Abdullah (Datuk, Allahyarham) supaya mengarang sebuah drama sebabak untuk dipentaskan di Dewan Perbandaran Melaka pada sambutan hari belia itu nanti. Waktu itu umur saya baharu sahaja mencecah 18 tahun, namun begitu saya merasa amat bangga diberikan kepercayaan itu. Kesempatan itu saya gunakan dengan sebaik-baiknya - tanpa sesiapa pun yang membantunya saya mengarang sebuah skrip drama pentas yang saya beri tajuk DAGANG DIAMBANG SORE.
Saya bekerja keras lebih dari sebulan saya dan pelakon-pelakon terlibat untuk membuat latihan. Sebelum sampai hari belia itu, pertunjukkan pemilihan dari berbagai-bagai acara yang diadakan di Dewan Perbandaran. Alhamdulillah, drama sebabak saya terpilih. Saya tidak ingat berapa buah dramakah yang dipentaskan pada hari pemilihan itu. Pelakon-pelakon DDR ialah terdiri dari Allahyarham Yusoff Md. Som (Serang), Yaakob Mahmood (Rustam), Aminah Hj. Abdullah (Kekasih Rustam), Allahyarham Husin Rashid (penyanyi latar - lagu Selamat Tinggal Bungaku),

Allahyarhamah Saodah Wahid (Ibu) dan Mamat Keling (ayah). Ketika drama saya ini dipetaskan Usman Awang dan Firdaus Abdullah turut sama menyaksikannya. Sebenarnya berbabagai acara yang dipersembahkan pada malam itu. Tetapi drama DAGANG DIAMBANG SORE barangkali menjadi persembahan UTAMA pada pertunjukan hari belia itu. Kalau tidak silap saya, Allahyarhamah GOOK BEE turut sama berlakon sebagai sahabat watak heroin. Gook Bee ketika berlakon belum menjadi seorang Muslim, selepas beberapa bulan dari itu baharulah beliau memeluk agama Islam dan berkahwin dengan seorang ustaz.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan