SEORANG sahabat rapatku ketika mengunjungi rumahku pada hari raya yang lalu telah menyatakan ada beberapa orang sahabatnya yang menyokong syiah. Malah katanya, ada di kalangan penulis muda negara yang begitu terkenal condong ke arah negara itu. Sahabat saya itu sebenarnya seorang ulamak besar, Profesor, malah seorang penulis tersohor di negara ini. Dia telah menziarahi hampir seluruh dunia termasuklah Iran.Sebenarnya saya tidak begitu jelas apa yang maksudkan oleh sahabat saya itu. Adakah maksudnya bahawa orang-orang yang maksudkan itu mengamalkan ajaran syiah atau sekadar menyokong perjuangan syiah untuk menghapuskan yahudi dan menentang Amerika Syarikat.
Menyentuh tentang ajaran Syiah itu, bagiku cuma sedikit terpesong dari sunni. Syiah meanggap Abu Bakar, Omar dan Othman adalah khalifah yang merampas hak Ali. Ketiga-tiga khalifah ini dianggap perompak. Perompak kedudukan khalifah yang sepatutnya menjadi milik Ali. Selain dari itu, Syiah meagong-agongkan Ali lebih dari Nabi Muhammad SAW sendiri. Inilah antara lain fahaman mereka yang tidak selari dengan Sunni. Bagaimanapun fahaman itu tidak boleh jejaskan akidah orang-orang syiah selagi mereka percaya Allah SWT itu satu dan Nabi Mohammad SAW adalah PesuruhNya. Mereka tetap Islam.
Sahabat saya itu tidak menyebut nama orang-orang yang dimaksudkannya itu. Saya juga tidak berminat untuk tahu.
Kata sahabat saya ini lagi, dia (sahabat saya itu) telah berkali-kali pergi ke Iran. Keyakinannya kepada Ahli Sunnah tetap utuh. Dia kesal dengan orang yang dimaksudkan itu yang hanya baharu beberapa hari sahaja berada di Iran sudah mula menyokong Syiah.
Pendirian aku lain. Fahaman mazhab syiah aku tolak. Tetapi mereka tetap saudara Islam kita. Perjuangan orang-orang syiah menentang zionis dan Amerika Syarikat aku sokong seratus peratus. Dan aku sentiasa berharap agar Iran menjadi negara terkuat di Teluk dan digeruni oleh negara-negara bukan Islam.
Dan aku juga berdoa agar Syiah dan Sunni boleh bekerjasama untuk membina kekuatan menetang musuh-musuh Islam itu.
Pernah aku mencipta sebuah cerpen bertajuk BERDAMAILAH (antara Sunni dan Syiah) tetapi tidak disiarkan oleh akhbar Mingguan Malaysia.
Aku harap Iran terus mengumpul kekuatan untuk menentang musuh-musuh Islam itu. Kalau sudah cukup kuat jangan hentam negara-negara Islam pula sebagaimana yang dilakukan oleh Iraq terhadap Kuwait. Allah SWT pasti tidak izinkan sikap jahat dan gila kuas itu.
Isnin, 5 Oktober 2009
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan