SEBUAH sajakku telah tersiar dalam Berita Harian (Sabtu) 24.10.2009 bertajuk SAJAK UNTUK SEORANG PEJUANG. Sebenarnya sajakku itu kutujukan kepada Datuk Wira Borhan Md. Yaman seorang pejuang kemerdekaan, pejuang bangsa dan negara dan seorang pejuang seni dan sastera. Saya amat meminati beliau sejak saya kanak-kanak lagi. Di tahun-tahun 50an saya sering melihat dia bersyarah dipentas-pentas politik di Kampung Durian Tunggal, kampung kelahiranku, bercakap tentang politik dan tentang negara bangsa. Saya amat menyanjung dan menghormatinya sebagai seorang pejuang yang jujur dan ikhlas tanpa mengharapkan apa-apa habuan diri. Bagi saya beliau tidak ada kepentingan diri dan memperjuangkan nasib anak bangsanya.
Saya mula mengenali beliau secara dekat ialah ketika bertemu di Kelanta Jaya untuk menghantar seseorang yang hendak menunaikan fardhu haji. Aku menegurnya terlebih dahulu dan mengenalkan diriku. Rupa-rupanya Datuk Wira Borhan juga telah mengenali nama saya tanpa mengenali orangnya. Saya berbual panjang dengannya tentang berbagai-bagai topik. Bagaimanapun kami banyak menyentuh tentang sastera.
Datuk Wira Borhan Md. Yaman atau nama samarannya Burmy, Melaka, adalah seorang guru sehingga bersara. Sekian lama beliau berjuang dalam politik UMNO adalah dengan penuh jujur dan akhlas. Beliau berjuang semata-mata kerana negara bangsa. Saya hormati dan sanjungi beliau kerana kerana keikhlasannya itu. Beliau tidak pernah berasa kecewa dan kecil hati kerana tidak terpilih sebagai wakil rakyat. Dan mungkin juga beliau tidak pernah memintanya jawatan-jawatan itu. Beliau adalah seorang pejuang tulin.
Allahyarham ayahnda saya, Haji Dugol bin Baba adalah kenalan rapat Datuk Burhan. Tetapi ayahnda saya hanya menjadi pengikut setia sahaja. Dia tidak berbakat untuk bercakap dan bersyarah di hadapan khalayak. Dan ayahnda saya juga sering memuji-memuji tentang keikhlasan Datuk Wira Bohan. "DIA BERJUANG PENUH IKHLAS...." kata ayahnda saya.
Seorang lagi sahabat rapatnya ialah Datuk Ahmad bin Haji Abdullah (Allahyarham). Datuk Ahmad yang seorang guru dan aktif juga dalam politik seperti Datuk Wira Borhan, akhirnya mendapat haknya untuk bertanding dalam pilihan raya beberapa penggal, lebih dari itu beliau pernah dilantik sebagai Senator. Datuk Borhan Senator pun tidak merasa. Inilah hebatnya seorang yang bernama BORHAN MD. YAMAN.
Cukuplah kusebutkan kehebatannya itu dalam sebuah sajak. Antara lain bait-bait sajak itu ialah:
Aku selami dirimu
benarlah kau seorang pejuang sejati
semata-mata kerana sebuah negara bangsa
tidak punya kepentingan diri
Aku dalami hatimu
perjuanganmu lurus suci
(Sesiapa yang membaca blogku ini, panjangkanlah apa yang aku tulis ini kepada YAB Perdana Menteri kita, semoga sesuatu penghormatan dapat dikurniakan kepada Datuk Wira Borhan)
Salam. Saya sedang melakukan sedikit kajian tentang Datuk Wira Borhan Md. Yaman. Bolehkah saya menemuramah Encik???
BalasPadamUlasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
BalasPadamAssalamualaikum . Saya juga sedang membuat sedikit kajian tentang Allahyarham Datuk Borhan . Boleh saya menemuramah Encik??
BalasPadam