Perhimpunan Agung UMNO yang dirasmikan oleh presidennya Yang Amat Berhormat Datuk Seri Najib Tun Razak amat menarik hati kepada semua pihak. Tun Dr. Siti Hasmah Mohd. Ali begitu sebak mendengar ucapan Najib ketika merasmikan perhimpunan agung itu. Memang menarik dan memang cantik walaupun itu adalah ucapan sulung Najib sejak menjadi Perdana Menteri. Namun begitu, bagi saya ada sedikit kekurangannya walaupun tidak cacat. Cuma kurang sedikit mengikut pendapat dan pandangan saya.
Bercakap untuk menguatkan dan mengembalikan kegemilangan UMNO, saya rasa Najib mesti menyeru atau mengajak rakan-rakan UMNO yang telah lari dari UMNO atas banyak sebab. Mereka lari mungkin kerana dipecat dan, mungkin mereka merajuk kerana tidak mendapat kemudahan itu dan ini atau mungkin mereka tidak mendapat kuasa atau kedudukan sebagai mereka mimpikan. Sepatutnya atau lebih baik pada pandangan saya, Najib mengajak semula mereka kembali kepada UMNO untuk menyokong 1 Malaysia dan satu kepimpinan.
Mereka yang kembali semula kepada UMNO seperti Ezam Mohd. Nor dan rakan-rakannya sepatutunya disentuh oleh Najib. Dengan sentuhan itu mungkin mereka yang kembali itu merasakan dirinya dihormati dan dihargai.
Fikir-fikir dan panjang-panjangkanlah pendapat dan pandangan saya ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan