MULAKAN SETIAP PEKERJAAN KITA DENGAN MEMBACA BISMILLAH SEMOGA MENDAPAT KEBERKATAN ALLAH SWT.

Ahad, 11 Oktober 2009

TANIAH BARISAN NASIONAL....

(GAMBAR: Kenapa Pas marah dengan SPR. SPR bukan parti politik.)
KEMENANGAN Barisan Nasional di Bagan Pinang (N31) amat besar ertinya bagi kerajaan yang ada sekarang. Kemenangan ini bererti kepimpinan yang ada ini disenangi oleh semua rakyat. Selogan 1Malaysia - rakyat didahulukan pencapaian diutamakan telah dapat diterima oleh rakyat. Tentunya kemenangan ini cukup manis dan cukup indah bagi semua parti dalam BN.
2) Kemenangan ini juga membuktikan suara Dr. Mahathir Muhamad, bekas perdana menteri, tidak laku lagi. Mungkin rakyat pun sudah mual mendengar suara dan cadangannya. Sepatutnya Dr. Mahathir tidak perlu campur lagi dalam soal politik negara. Baiklah dia tutup mulut dan menjadi seorang negarawan yang sentiasa dihormati.
3) Ketika menulis ini saya belum mengetahui reaksi pembakang, khususnya parti Pas yang kalah teruk. Tapi saya sudah dapat agak. Pembakang akan buat macam-macam tomahan dan tuduhan punca kekalahannya itu. Mereka tidak boleh menerima rakyat sudah dan akan terus menolaknya. Undi hantu, ugut, tipu, rasuah dan sebagainya pasti akan menjadi senjata pembakang.
4) Kalau kita masih ingat, Pas pernah menuduh orang-orang UMNO kafir dan sebagainya. Sebabnya semata-mata kerana UMNO bekerja sama dengan MCA dan MIC malah mereka tidak bersetuju orang-orang bukan Islam jadi pemimpin. Rakyat barangkali sudah buka mata sekarang. Mereka sudah menolak orang-orang yang memperalatkan agama demi kepentingan parti dan kepentingan diri.
5) Mengikut laporan akhar-akhbar, pembakang terlalu sangat membuat kacau. Banyak fitnah-fitnah yang ditaburkan. Dimasa-masa yang lalu mereka membuah rusuhan demi rusuhan untuk mengganggu gugat keamanan negara. Cara ini sudah lapuk, saya fikir. Sejarah telah menunjukkan, beberapa buah negara di Tenggara Asia ini telah mengamalkan tektik ini. Walaupun sikap itu amat buruk tetapi dunia tetap mengiktiraf kemenangan puak-puak pembakang itu. Sekarang rakyat sudah cerdik. Sudah boleh menilai mana yang baik dan mana yang buruk.
6) Kemenangan ini juga pasti akan menggerunkan sesetengah pemimpin dan penasihat parti tertentu yang mempunyai kes di mahkamah. Mereka mungkin hendak memerintahkan mahkamah supaya menolak kesnya apabila mereka menang kelak. Bukan itu saja, mereka juga akan menghapuskan orang-orang yang tidak berpihak kepadanya. Mudah-mudahan BN terus menang supaya mereka terus diadili. Wahai mahkamah, janganlah tangguh-tangguh lagi sesuatu kes itu......
7) Najib saya rasa, tidak pernah pergi di mana-mana sahaja pilihan raya kecil yang diadakan. Najib harapkan timbalannya sahaja bergerak dan berkempen. Saya tak tahu kenapa Najib enggan pergi. Mungkin barangkali Najib tak sanggup nak dengar orang-orang menjerit 'Attantuya' yang ditujukan kepadanya. Saya cuma agak saja. Tapi saya puji Najib - saya puji dia kerana dia sanggup bersumpah. Dia berani bersumpah kerana dia tahu dia tidak bersalah. Mungkin ada dalang yang memainkan watak-watak yang buruk itu. Tapi ada orang yang takut kena sumpah kalau bersumpah. Bagaimanapula kalau kamu dijerit? Tak baik hina orang macam itu. Tidak takut berdosakah?

Tiada ulasan:

Catat Ulasan