MULAKAN SETIAP PEKERJAAN KITA DENGAN MEMBACA BISMILLAH SEMOGA MENDAPAT KEBERKATAN ALLAH SWT.

Ahad, 27 September 2009

TERKENANG-KENANG MASA SILAM.....(14)

(KALAU DAPAT HARTA KARUN MACAM DIGAMBAR ITU. ADUH....DUH....)
DULU lain sekarang lain. Zaman aku kanak-kanak dahulu ditahun-tahun 50an hidupku tidaklah semacam kanak-kanak zaman sekarang. Kanak-kanak sekarang setiapkali Ramadhan mewah dengan duit raya. Setiap rumah yang mereka kunjungi sama ada bersedirian atau mengikut ibu bapa pasti ada duit raya. Ada ketikanya mereka boleh mengumpul hingga berjumlah ratusan ringgit. Tetapi tidak dizaman aku dulu. Paling banyak aku dapat duit ialah 50 sen. Orang yang bagi duit itu tentunya dari ayahku dan saudara mara yang rapat. Bila dapat duit itu aku boleh naik bas dari kampungku ke Lapangan Terbang Batu Berendam untuk melihat kapal terbang. Kadang-kadang aku pergi tidak ada kapal terbang pun, dapat naik bas saja. Kalau tidak ada kapal terbang aku atau rakan-rakan balik saja dengan bas juga. Kalau ada duit lebih bolehlah minum air batu atau makan mi goreng. Kalau tidak ada duit telan air liur sahaja. Tambang bas cuma 10 sen pergi dan 10 sen balik. Sampai di rumah aku rasa begitu hebat sekali....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan