MULAKAN SETIAP PEKERJAAN KITA DENGAN MEMBACA BISMILLAH SEMOGA MENDAPAT KEBERKATAN ALLAH SWT.

Ahad, 13 September 2009

IKTIBAR - HENDAK MENUNAIKAN FARDHU HAJI TETAPI TIDAK MAHU BELAJAR.

(GAMBAR: BANJIR DIKAABAH PADA TAHUN 1941)
Kejadian berlaku pada tahun 1995 ketika aku menunaikan haji bersama isteri. Seorang jemaah kenalanku enggan belajar ilmu untuk menunaikan fardhu haji itu. Setiapkali aku belajar di Masjid aku tidak pernah nampak dia, cuma isterinya sahaja yang ada. Kebetulan aku dan dia memang hendak menunaikan haji pada tahun yang sama.
Bila bertemu dengannya, aku bertanya dia kenapa dia tidak datang belajar. "Aku dengan ustaz itu sama guru...." katanya padaku. Apa aku nak kata. Sebetulnya sahabat saya inipun memang orang yang celek agama. Dia seorang yang mempunyai pendidikan agama yang agak tinggi. Seperti dirancang aku dan sahabat aku ini mendapat tarikh yang sama berangkat ke Tanah Suci.
Kami menginap di asrama yang sama ketika di Madinah al Munawarah mahu pun di Mekah al Mukaramah. Malah kami sama-sama buat Tawaf, Saie dan ketika di Arfah dan di Mina pun kami bersama.
Sebenarnya aku amat menghormatinya kerana dia orang yang dianggap berilmu. Tetapi dengan tidak disangka-sangka sahabat saya ini menjadi seperti orang bodoh sama ada ketika di Madinah mahu pun di Mekah. Dia tidak tahu apa yang harus dilakukannya selepas tawaf dan ada ketikanya dia mengatakan dirinya tidak bersih selepas mengerjakan tawaf.
Semasa di Mina pula dia sering sesat bersama isterinya. Hari kedua di Mina hampir sahaja aku hendak mengadukan kepada pihak tabung haji kerana sahabat saya ini keluar rumah untuk melontar dan tidak balik sehingga lewat malam.
Ketika di Madinah sahabat saya ini sibuk hendak bertemu dengan wali-wali Allah. Pening juga saya memikirkan tentang gelagatnya itu.
Saya suka menasihatkan saudara-saudara - belajarlah dahulu sebelum pergi ke Tanah Suci sama ada untuk membuat Haji mahu pun Umrah walaupun kita seorang ustaz atau ustazah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan