MULAKAN SETIAP PEKERJAAN KITA DENGAN MEMBACA BISMILLAH SEMOGA MENDAPAT KEBERKATAN ALLAH SWT.

Rabu, 16 September 2009

NENEK SAFIAH TERTUA DI DUNIA?

(Gambar: KERATAN AKHBAR LAMA YANG MENCERITAKAN TENTANG NENEK SAFIAH)
Bila ada kelapangan aku memang suka membelek-belek akhbar atau majalah lama yang tersimpan dalam bilik setor buku aku. Tiba-tiba aku terbaca sebuah akhbar MINGGUAN MALAYSIA terbitan 25 Disember 2005 yang menyiarkan berita tentang nenek Sufiah Yusof yang dikatakan manusia paling tua di dunia kerana telah pun berumur 130 tahun.
Nenek Safiah dari Kampung Butut, Kuala Berang, Kuala Terengganu yang tinggal bersama cucunya Abd. Ghani Ngah, 63, dikatakan telah dilahirkan pada tahun 1875, sedangkan di dalam kad pengenalan mencatatkan nenek Safiah dilahirkan pada 9 September 1908.
Sebenarnya amat rumit untuk mengesahkan apa yang didakwa oleh Nenek Sufiah atau keluarganya tetang tarikh kelahirannya itu. Tidak dapat dinafikan ketika kad pengenalan ini mula diperkenalkan, tarikh lahir seseorang ditulis secara agak-agak sahaja. Malah beberapa kes telah terjadi, adik lebih tua dari abang. Mungkin pada awal abad 20 tidak ada pejabat pendaftaran, kerana itu setiap anak yang baru dilahirkan tidak ada sebarang catatan dibuat.
Apa yang pernah saya dengar bila ada anak yang dilahirkan sibapa akan menanam sebatang pokok kelapa bagi menandakan umur kanak-kanak yang baru dilahirkan itu.
Jadi, berhubung kes nenek Sufiah ini memang terlalu rumit untuk mengesahkannya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan