MULAKAN SETIAP PEKERJAAN KITA DENGAN MEMBACA BISMILLAH SEMOGA MENDAPAT KEBERKATAN ALLAH SWT.

Jumaat, 11 September 2009

KISAH MARIAM 88 TAHUN YANG MENINGGAL DI KOREA SELATAN.

SAYA amat sedih mengikuti kisah Mariam 88 tahun yang telah meninggalkan kampung halamannya, Plentong, Johor kira-kira 64 tahun yang lalu kerana mengikut seorang buruh kerahan tenaga Jepun, rakyat Korea Selatan, Cho Se Won, 1943, lalu terkandas di negara itu.
Mariam telah meninggal dunia pada Sabtu 5hb. Sept. 2009 yang lalu. Paling mendukacitakan bila beliau berwasiat agar dikebumikan secara keristian. Semua ini terjadi gara-gara cinta sesama manusia. Penasihat Majlis Agama Johor, Datuk Nooh Gadut, mengharapkan apa yang belaku keatas Mariam itu patut dijadikan iktibar kepada generasi muda sekarang ini. Janganlah bunuh agama dan keluarga kita kerana cinta sesama manusia. Sebenarnya telah banyak berlaku orang kita yang cintakan rakyat asing. Setelah berkahwin macam-macam masalah berlaku. Ingatkah kita kisah Raja Baharin di Terangganu, kisah ibu muda yang teringatkan anak nya di Indonesia, kisah seorang ibu yang menderita kerana anaknya dilarikan oleh bekas suaminya rakyat Poland. Beberapa tahun lalu seorang pelukis kartun yang terkenal terpaksa berkelana di barat kerana mencari anaknya yang dilarikan oleh bekas isterinya seorang wanita mat saleh. Kita fikir-fikirkanlah....



(Gambar: seorang ibu menderita kerana anaknya dilarikan oleh bekas suaminya rakyat Poland. Dan gambar Mariam Johari yang meninggal dunia di Korea Selatan).

Tiada ulasan:

Catat Ulasan