MULAKAN SETIAP PEKERJAAN KITA DENGAN MEMBACA BISMILLAH SEMOGA MENDAPAT KEBERKATAN ALLAH SWT.

Jumaat, 11 Mac 2011

SEMOGA ALLAH TERUS MEMELIHARA MALAYSIA DARI SEBARANG PETAKA.

Lebih banyak mayat ditemui di Jepun


GAMBAR PETIKAN DARI GOOGLE

TOKYO: Polis Jepun memberitahu sejumlah 200 hingga 300 mayat telah ditemui di pantai timur laut negara itu yang dilanda gempa bumi dan tsunami.

Gempa bumi 8.9 magnitud di luar pantai negara matahari terbit itu mencetuskan tsunami setinggi 10 meter dengan diikuti lebih 50 gegaran susulan selama beberapa jam berikutnya termasuk gempa susulan dengan kekuatan lebih 6.0 magnitud.

Terdahulu, polis mengesahkan sekurang-kurangnya 60 orang terkorban dan 56 lagi hilang. Namun, jumlah kematian didapati semakin meningkat. - Agensi

Komen: Alhamdulillah...Malaysia tetap aman, damai dan sentosa. Harap-harap beginilah seterusnya. Tidak ada peperangan. Tidak ada bencana alam. Begitulah kurnia Allah SWT kepada bumi Malaysia ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan