MULAKAN SETIAP PEKERJAAN KITA DENGAN MEMBACA BISMILLAH SEMOGA MENDAPAT KEBERKATAN ALLAH SWT.

Ahad, 13 Mac 2011

JANGAN TAKUT KALAU KAMU TIDAK BERSALAH....

2011/03/13

KUALA LUMPUR: Kira-kira 50 orang yang mewakili 30 badan bukan kerajaan (NGO) berhimpun bagi mendesak Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim menyerahkan sampel asid deoksiribonukleik (DNA) beliau berhubung kes liwat bekas pembantu peribadinya Mohd Saiful Bukhari Azlan.



Mereka dilihat berkumpul di kawasan kira-kira 100 meter dari Ibu Pejabat PKR di Merchant Square di sini kira-kira 12 tengah hari tadi sebelum berarak ke bangunan ibu pejabat itu sambil memegang sepanduk yang tertera perkataan "Kalau tak salah kenapa tak bagi sampel DNA?", "Anwar Pengecut" dan "Hanya DNA boleh tentukan siapa benar siapa salah". Pengerusi Gagasan Anti Penyelewengan Selangor (GAPS), Hamidzun Khairuddin, berkata Anwar tidak harus menggunakan jawatan beliau sebagai Ketua Pembangkang untuk meremehkan peraturan undang-undang demi mengaburi mata rakyat. "Kita juga mendesak badan kehakiman supaya tidak "double standard" dalam isu ini. Kami rasakan bahawa keadilan tidak hanya diberikan pada Orang Kena Tuduh tetapi juga keadilan diberikan pada mangsa iaitu Saiful Bukhari yang menjadi mangsa liwat, seks di luar tabie ini," katanya.



Pengerusi Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) Selangor Abdullah Mansor pula berkata Anwar perlu tampil menyerahkan sampel DNA beliau jika berasakan dirinya difitnah.



"Berani kerana benar, takut kerana salah. Kalau benar dia tidak bersalah, kenapa susah sangat nak bagi DNA dan lakukan sumpah laknat yang sudahpun dilakukan oleh Saiful," katanya.



Ketua Wira Perkasa, Arman Azha Abu Hanifah berkata Anwar, yang kononnya memperjuangkan keterbukaan, harus juga terbuka dalam menghadapi kes beliau itu.

"Kami juga mahu perbicaraan kes ini dibuat secara terbuka. Rakyat perlu tahu kebenaran sama ada beliau layak atau tidak jadi pemimpin negara," katanya.



Perbicaraan kes liwat itu kini berlangsung di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

Anwar, 63, didakwa meliwat pembantu peribadinya Mohd Saiful, 25, di Unit 11-5-1 Kondominium Desa Damansara di Jalan Setiakasih, Bukit Damansara, antara 3.01 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun 2008. - BERNAMA

Komen: Kenapa takut Anwar? Rakyat jelata ingin mengetahui pekara sebenar.  Kenapa takut? Kenapa...??

Tiada ulasan:

Catat Ulasan