MULAKAN SETIAP PEKERJAAN KITA DENGAN MEMBACA BISMILLAH SEMOGA MENDAPAT KEBERKATAN ALLAH SWT.

Khamis, 17 Mac 2011

BERANI KERANA BENAR, TAKUT KERANA SALAH....

BERITA UTAMA Mahkamah, polis digesa guna kuasa

Oleh ASSIM HASSAN dan RAFIE AZIMI
pengarang@utusan.com.my


Mohd. Mustaffa Hamzah (kanan) melahirkan rasa kesal terhadap Anwar Ibrahim kerana enggan menyerahkan sampel DNA kepada mahkamah pada sidang akhbar Gabungan NGO Malaysia di Kuala Lumpur, semalam.
--------------------------------------------------------------------------------
KUALA LUMPUR 16 Mac – Desakan agar Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim menyerahkan sampel asid deoksiribonukleik (DNA) secara sukarela bagi menyelesaikan misteri lelaki ‘Y’ terus disuarakan lebih 30 wakil pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang berhimpun di Hotel Grand Seasons, di sini hari ini.



Malah, kesemua yang hadir pada perhimpunan anjuran Gabungan NGO Malaysia (GNM) itu turut sependapat meminta mahkamah serta Polis Diraja Malaysia (PDRM) menggunakan kuasa bagi mendesak Ketua Pembangkang tersebut berbuat demikian sekiranya beliau masih berdegil.



Menjelaskan desakan NGO-NGO itu, Ahli Majlis Tertinggi Pertubuhan Kebajikan dan Dakwah Islamiah (Pekida) Malaysia, Syahril Abdul Aziz berkata, ia bukan bertujuan melangkaui kehakiman negara.



“Kami pelik kerana seakan-akan ada kekebalan pada Anwar. Mengapa susah hendak mendapatkan sampel DNA daripadanya. Kalau individu biasa rasanya tidak sesukar begitu.



“Kalau dibiarkan begini, maka akan ada ramai pesalah liwat dan rogol pada masa hadapan yang tidak akan membenarkan DNA mereka diambil bagi menyelesaikan kes. Alasannya kerana Anwar juga tidak beri,” katanya.



Antara wakil NGO yang hadir ialah Ketua Wira Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Arman Azha Abu Hanifah, Naib Presiden Pertubuhan Alumni Belia 4B Malaysia, Razali Latif serta Presiden Pertubuhan Profesional Melayu dan Pewaris Bangsa (ProWaris), Feriz Omar.



Sementara itu, Pengerusi GNM, MD. Radhi Daud meminta Anwar agar tidak menyukarkan perkara yang sememangnya mudah untuk diselesaikan.



“Pepatah mengatakan berani kerana benar. Jadi Anwar tidak perlu takut kerana dia mendakwa difitnah. Berilah sampel DNA agar segala persoalan terjawab dalam waktu yang singkat.



“Usahlah berpolitik 24 jam sehari hingga hujung tahun. Ini adalah petanda yang tidak baik. Kita faham perkara termaktub dalam undang-undang dan disebabkan itu, ia tidak perlulah dipolitikkan,” katanya.



Bagi Pegawai Kerja Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Mohd. Mustaffa Hamzah tindakan Anwar yang enggan berbuat demikian hanya menambah kesangsian rakyat terhadap beliau.



“Jika sebelum ini dia berpidato tentang keadilan dan menyatakan kerajaan sekarang tidak mengamalkan keadilan, maka hari ini kami warga marhaen menuntut keadilan ke atas bekas pembantu Anwar, Mohd. Saiful Bukhari Azlan.



“Kenapa perlu takut jika beliau tidak melakukan perkara itu? Kami berhimpun bukan atas dasar kepentingan peribadi tetapi untuk ‘menyekolahkan’ Anwar bagi menegakkan keadilan,” katanya.



Ditanya tidakkah para pemimpin NGO berkenaan gentar dengan tindakan peguam Anwar, Karpal Singh membuat permohonan agar dikenakan tindakan menghina mahkamah terhadap mereka yang mendesak Ketua Pembangkang itu menyerahkan DNA baru-baru ini, Arman berkata:



“Sebelum ini bukankah Anwar kononnya memperjuangkan keterbukaan, kebebasan bersuara dan berhimpun.



“Apabila isu kena padanya, beliau hendak suruh tangkap pula. Apakah beliau hanya memperjuangkan retorik selama ini? Mengapa hendak dihalang kebebasan berhimpun rakyat marhaen seperti kami,” soalnya.

Komen Osman Dol: Tak payah nak pening-pening kepala kenapa takut kalau kita tidak bersalah....LU FIKIRLAH SENDIRI....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan