MULAKAN SETIAP PEKERJAAN KITA DENGAN MEMBACA BISMILLAH SEMOGA MENDAPAT KEBERKATAN ALLAH SWT.

Rabu, 24 Jun 2009

TERKENANG-KENANG MASA SILAM...(3)

SEMASA menyertai Pasukan Polis Hutan (PPH) pada hujung tahun tujuh puluhan sehingga awal tahun lapan puluhan (4 tahun) ada satu peristiwa yang tidak dapat kulupakan. Peristiwa itu ialah ketika membuat operasi 'SELAMAT SEWADI' disempadan Malaysia-Thai. Kalau tidak silap kejadian berlaku pada tahun 78 atau tahun 79. Aku berpangkat Inspektor waktu itu dan menjadi Platon Komander 5. Aku dengan 40 orang anggota sedang mendaki sebuah gunung yang setinggi lebih dari 5,000 kaki dari paras laut. Kami begitu berhati-hati kerana takut terpijak jerangkap samar. Komunis memasang jerangkap samar bukan sahaja ditrek-trek yang ada, malah ditempat-tempat yang tidak disangka pun terdapat jerangkap samar. Celaka komunis ini. Saya berjalan kalau tidak silap nombor empat dari belakang. Tiba-tiba aku terdengar bunyi letupan di puncak gunung dan terdengar suara menjerit. Mungkin ada anggotaku yang terkena jerangkap samar, fikirku. Tanpa rasa takut aku terus berlari ke puncak gunung. Benar, seorang anggotaku terpijak jerangkap samar. Dia cedera dikaki dan tangan. Masa itu juga aku hubungi Markas PPH supaya menghantar helikopter untuk mengangkut mangsa ke hospital. Mangsa selamat. Kami lalu membuat pengkalan di puncak gunung itu. Bila pihak anti-jerangkap samar datang membuat pemeriksaan - terdapat 26 lagi jerangkap samar yang masih aktif disitu.....Sayang, masih ada orang yang sanggup membela nasib bapak komunis itu.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan