MULAKAN SETIAP PEKERJAAN KITA DENGAN MEMBACA BISMILLAH SEMOGA MENDAPAT KEBERKATAN ALLAH SWT.

Isnin, 29 Jun 2009

TEKENANG-KENANG MASA SILAM.....(4)

Setelah aku darjah empat atau darjah lima baharulah aku dihatar mengaji Koran oleh ayahku dengan seorang guru, Nenek Haji Yah di Kampung Padang Kerbau. Berjarak kira-kira dua kilometer dari rumahku di Kampung Bukit Balai. Pergi dan balik mengaji jalan kaki sahaja. Jam lima petang pergi dan balik jam sembilan atau sepuluh malam. Masa itu ada tempat-tempat yang aku dengar orang berkata ada hantu. Setiapkali melintas tempat itu aku merasa seram. Takut. Kerana hendakkan ilmu, aku terus memberanikan hatiku. Pada zaman itu, tahun 1955 atau 1956 kereta terlalu kurang. Satu atau dua jam baharulah lalu sebuah kereta. Disuatu malam ketika aku sampai disatu tempat yang dikatakan berhantu (kira-kira setengah kilometer lagi hendak sampai kerumahku) tiba-tiba satu lembaga yang berselubung mengejar aku dari arah depan. Aku terlalu takut. Menggigil. Kerana tidak tahu entah apa yang mesti aku lakukan, aku terus terkam dan tumbuk hantu itu. Rupanya bukan hantu, kawanku sendiri yang jadi hantu. Sejak itu kawanku jadi baik, dia tidak mahu jadi hantu lagi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan