MULAKAN SETIAP PEKERJAAN KITA DENGAN MEMBACA BISMILLAH SEMOGA MENDAPAT KEBERKATAN ALLAH SWT.

Isnin, 30 Julai 2012

BERTUKAR KE KUALA LUMPUR

BERAT rasa hati hendak meninggalkan Kelantan setelah mendapat arahan bertukar ke Kuala Lumpur pada tahun 1973. Waktu itu aku telah pun menduduki peperiksaan HSC. Keputusan peperiksaan tidaklah begitu baik. Tetapi bolehlah, berbanding rakan-rakan yang lain yang malas hendak belajar lagi. Semasa bertukar ke Kuala Lumpur itu beberapa orang rakanku, antaranya ialah Cikgu Abdullah Tahir, Sutung Umar rs telahpun berhijrah ke Kuala Lumpur. Abdullah Tahir menjadi tutor di UM manakala Sutung Umar rs sidang pengarang di Dewan Bahasa dan Pusaka. Abdullah Tahir yang baik hati mencadangkan padaku supaya masuk ke universiti. Beliau boleh membantu kalau aku mahu. Tapi aku sudah tidak minat lagi untuk meneruskan pelajaranku. Seolah-olah sudah cukup dengan kelususan HSC itu. Awal tahun 1973 kalau tidak silap aku telah masuk temuduga untuk jawatan penilai skrip drama di RTM. Permulaan gaji ditawarkan ialah RM 1,000.00 waktu itu. Dah lumayan seribu ringgit itu. Pada mulanya mereka kata aku dapat jawatan. Rupanya disaat-saat akhir aku ditolak. RTM telah mengambil Atondra untuk mengisi jawatan itu walaupun beliau tidak hadir pada temuduga itu. Selepas itu aku pergi pula untuk menghadapi temuduga sebagai wartawan di Jabatan Perpaduan Negara bersama-sama dengan Dato'Wariya. Tapi aku telah menarik diri dari temuduga. Selepas aku keluar itu aku tidak tahu apa terjadi pada Dato' Wariya. Mungkin tidak ada rezekiku di situ. Dan pada tahun 74 ada ura-ura dari jabatan agar aku ditukarkan ke Jabatan Perhubungan Awam PDRM dan pada waktu yang sama aku juga dikatakan akan dinaikkan ke pangkat Inspektor. Aku menolak pergi Jabatan Perhubungan Awam dan hanya pada tahun 1975 hujung tahun aku telah diterima menjadi pegawai kanan polis berpangkat inspektor. Bulan 3 tahun 1976 aku mula menjalani latihan inspektor polis di Pulapol. Hampir 3 tahun di Kuala Lumpur aku tidak menulis apa-apa. Aku sepi sesepinya.....

6 ulasan:

  1. Tahniah ayahanda, cerpen Buang yang Keruh di MWP edisi 12 Ogos.

    Sudah lama hantar?

    BalasPadam
  2. Terima kasih maklumat ini....dah lama dah hantar itu, fikirkan tak keluar. Alhamdulillah.

    BalasPadam
  3. Em, ayahanda di tempat ayahanda ada lagi tak Metro Perdana? Di sini anakanda dah tak jumpa untuk keluaran Julai.

    BalasPadam
  4. Salam tuan hj...

    1 Nov 1976 saya masuk Pulapol menjalani latihan Konstabal. Kita pernah jumpa kat Padang kawat kut?....hehehe

    Semuga terus berkarya.

    BalasPadam
  5. Tetamu Istimewa: dah lama tak terpandang Metro Perdana. Entahlah. Masa beli Mingguan Warta Perdana ayahnda buka majalah Perempuan, terpandang cerpenmu....tahniah anaknda.

    BalasPadam
  6. Tuan CB Azmi: boleh jadi kita pernah berjumpa, tapi tak perasan. Silaturrahim kita bermula di Gemas, NS.

    BalasPadam