MULAKAN SETIAP PEKERJAAN KITA DENGAN MEMBACA BISMILLAH SEMOGA MENDAPAT KEBERKATAN ALLAH SWT.

Selasa, 10 Julai 2012

BUMI KELANTAN ADALAH BUMI BERTUAH BAGI SAYA.

Pada tahun 1967 saya bertukar ke Kota Bharu sebagai anggota polis. Minat menulis yang ada pada diriku ini terus membara. Namun begitu, di Kota Bharu saya tidak kenal sesiapa pun penulis. Penulis-penulis seperti S.Othman Kelantan, Alias Harun, Abdullah Tahir, Zahari Affandi, Norhisham Mustafa, Anirahman L Redan semuanya duduk di Kota Bharu. Saya pula belum berminat untuk menemui mereka dalam waktu terdekat itu. Niat untuk mengenali penulis2 terkenal itu memang ada. Tetapi masih belum ada kesempatan lagi. Saya tidak lama bertugas di Kota Bharu. Kalau tidak silap saya cuma tiga bulan saja. Dari bulan Mei hingga Ogos 1967. Selepas itu saya ditukarkan Balai Polis Cherang Ruku, Semerak, Pasir Puteh. Sebenarnya di Pasir Putehlah cahaya penulisan saya mula bersiar. Ketika di Pasir Putehlah Cerpen, drama radio, drama pentas, novel, puisi mula mendapat tempat di akhbar, majalah, radio. Pada mulanya saya terasa malas hendak mencari rakan-rakan penulis di Pasir Puteh dan Kota Bharu. Tiba-tiba sebuah majalah hiburan meenyiarkan sebuah cerpen saya berserta gambar. Dan seorang penulis di Pasir Puteh, Wan Mohammad Adam (Arduka)dapat mengenali saya dari gambar saya yang tersiar itu. "Awaklah OSMAN DOL" yer, kata Arduka. Arduka atau Wan Mohammad Adam masih aktif menulis. Tapi beliau menjadi wartawan "Bernama". Penulis2 yang bermastautin di Pasir Puteh waktu itu ialah Abdullah Tahir, Wan Jaafar Ahmad, Cikgu Daud Yusoff dan ramai lagi yang tidak dapat kubariskan nama mereka. Arduka mengenalkan aku dengan penulis-penulis Pasir Puteh itu. Dan pada tahun 1970 (kalau tidak silap) saya bersama-sama Abdullah Tahir, Wan Jaafar Ahmad, Arduka dan Cikgu Daud Yusoff lalu menubuhkan SUDUT PENULIS PASIR PUTEH kemudiannya di kenali PUSPA. Dari Pasir Puteh saya mula mengenali penulis-penulis besar Kelantan di Kota Bharu seperti S.Othman Kelantan, Alias Harun, Sutung Umar RS, Alias Muhammad, Anir Rahman L Redan dan ramai lagi yang saya telah lupa nama mereka. Dan saya pernah dilantik sebagai AJK Persatuan Penulis Kelantan. Banyak karya-karyaku yang tersiar di Kelantan. Tahun 1974 saya bertukar ke Kuala Lumpur. Kelantan yang penuh dengan kenangan.....

6 ulasan:

  1. Salam, dah lama ayahanda tidak mencatat sesuatu di blog ini. Ayahanda, tahniah cerpen ayahanda FARDU AIN-Seindah Taubat.

    BalasPadam
  2. Terima kasih maklumat ini: Ayahnda belum sempat membeli Fardu Ain. Semoga anaknda sejahtera.

    BalasPadam
  3. Sudah lama ke hantar cerpen ini?

    BalasPadam
  4. Beberapa hari internet tidak berfungsi. Maaf. Rasa-rasanya dalam tempuh dua bulan. Terima kasih anaknda. Bagaimana anaknda kirimkan cerpen dalam Harmoni? Bagaimana alamat e-melnya?

    BalasPadam
  5. Anakanda hantar guna emel. majalah.harmoni.uksb@gmail.com

    BalasPadam