MULAKAN SETIAP PEKERJAAN KITA DENGAN MEMBACA BISMILLAH SEMOGA MENDAPAT KEBERKATAN ALLAH SWT.

Sabtu, 30 Julai 2011

Lelaki mohon tukar nama Aleesha Farhana meninggal dunia



2011/07/30

KUALA TERENGGANU: Mohd Ashraf Abd Aziz, 26, (gambar) yang gagal dalam permohonan menukar namanya kepada Aleesha Farhana meninggal dunia jam 4.50 pagi tadi selepas dimasukkan ke wad ICU, Hospital Sultanah Nur Zahirah, di sini, awal pagi semalam.

Allahyarham dilaporkan mengalami tekanan darah rendah akibat kemurungan apabila permohonannya menukar nama ditolak Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu, baru-baru ini. Komen AndaGuna Facebook id anda.

Komen Osman Dol: Allah SWT lebih menyayanginya....

Jumaat, 29 Julai 2011

Ku Li dipelawa terajui pembangkang


Oleh SAIFULIZAM MOHAMAD

pengarang@utusan.com.my

ZAHRAIN Hashim mengadakan sidang akhbar mengenai Tengku Razaleigh Hamzah di Hotel One World, semalam.

PETALING JAYA 28 Julai – Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah dikatakan dipelawa oleh pihak pembangkang memegang jawatan Ketua Pembangkang sebagai persediaan jika Datuk Seri Anwar Ibrahim disabit bersalah dalam kes liwat yang dihadapinya ketika ini.

Menurut Ahli Parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim, maklumat mengejutkan itu diterimanya pagi ini daripada rakan-rakannya yang masih berada di dalam Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Beliau berkata, pucuk pimpinan pembangkang dikatakan telah menemui Tengku Razaleigh baru-baru ini bagi membincangkan perkara tersebut memandangkan kebarangkalian Anwar disabitkan bersalah dalam kes liwatnya adalah besar.

‘‘Saya terkejut menerima maklumat ini kerana tanpa disangka-sangka mereka tawarkan jawatan ini kepada seorang pemimpin lama UMNO. Saya penuh yakin dan percaya Tengku Razaleigh tahu tentang perkara ini.

‘‘Selain menjadi Ketua Pembangkang, saya percaya ini juga sebagai persediaan pihak pembangkang untuk menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-13 akan datang. Mereka amat memerlukan seorang pemimpin yang berkaliber bagi menggantikan Anwar,’’ katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Zahrain berkata, berdasarkan pengamatannya tindakan terbaru pihak pembangkang itu turut dikaitkan dengan keperluan kepada seorang pemimpin yang mampu meneutralkan Pas dan DAP seperti mana peranan Anwar selama ini.

‘‘Saya juga diberitahu keputusan ini telah dibuat secara kolektif antara pemimpin Pas, DAP dan PKR. Nampaknya, kriteria untuk menjadi Ketua Pembangkang mestilah dalam kalangan pemimpin yang telah lama berkhidmat di dalam UMNO.

‘‘Inilah realiti yang berlaku sekarang. Di dalam pembangkang sendiri tidak ada pemimpin yang boleh menggantikan Anwar. Jika dilantik Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sudah tentu Penasihat DAP, Lim Kit Siang tidak bersetuju dan begitu juga sebaliknya,’’ katanya.

Dalam pada itu Zahrain berharap Ketua UMNO Bahagian Gua Musang itu menolak pelawaan tersebut jika benar ia berlaku demi masa depan orang Melayu yang kini semakin berpecah.

‘‘Di saat orang Melayu yang semakin berpecah, pelantikan Tengku Razaleigh sebagai Ketua Pembangkang akan memburukkan lagi keadaan. Perpaduan orang Melayu akan bertambah parah,’’ katanya.

Zahrain berkata, pihak yang pasti gembira dengan perkembangan terbaru itu sudah tentu DAP kerana sememangnya parti berkenaan mahu melihat orang Melayu berpecah-belah.

Ketika ditanya sejauh mana kesahihan maklumat tersebut, Zahrain berkata, beliau yakin perkara tersebut berlaku dan sekiranya dakwaan itu tidak benar, Tengku Razaleigh perlu tampil menjelaskan kedudukan sebenar.

Beliau turut yakin perkembangan terbaru itu juga menunjukkan saat kehancuran PKR semakin hampir apabila parti berkenaan ketandusan pemimpin berkaliber.

Komen Osman Dol: Nama Zahrain begitu terkenal dewasa ini....beliau salah seorang yang boleh merob ohkan impian pembangkang untuk menguasai negara ini.
TAJUK-TAJUK BERITA LAIN:

• Ku Li dipelawa terajui pembangkang

• Biometrik: PM bidas pembangkang

• SPR tempelak pembangkang buat keputusan melulu

• Keengganan Pas ada muslihat - Puad

• Rakan Beng Hock dakwa DAP bertanggungjawab

• Menteri Besar salahkan media

• Kerajaan PKR Selangor gagal serah geran tanah

Khamis, 28 Julai 2011

Florida murderer caught 32 years after prison escape



By Colleen Jenkins
Reuters – 13 hrs ago

......This combo made from photos provided by the Florida Department of Corrections and the U.S. Marshal's Service shows Frederick Barrett in 1979, left, and on Wednesday, July 27, 2011. Barrett, who escaped from …more a Florida prison in 1979 while serving a life sentence for murder, was arrested Wednesday outside the town of Montrose, Colo. (AP Photo) less



....tweet33EmailPrint......ST. PETERSBURG, Fla (Reuters) - Authorities on Wednesday captured a man in Colorado who escaped nearly 32 years ago from the Florida prison where he was serving a life sentence for murder.



Frederick Barrett, 60, slipped away from the Union Correctional Institution in Raiford during a nighttime power outage on August 17, 1979.



U.S. Marshals Service officers, dressed as U.S. Forest Service firefighters, arrested Barrett early on Wednesday at his cabin in Montrose County, Colorado. He had been living in the remote, mountainous area under the name Neil Meltzer, Florida officials said.



A tattoo of a cross and dot on his right hand helped officers confirm they had the right man, said Steve Davenport, a special agent supervisor for the Florida Department of Law Enforcement.



Davenport said investigators had been looking for Barrett in earnest since 2009, when a new fugitive initiative in Florida set its sights on finding a dozen long-term prison escapees with violent histories.



"It's really, really difficult to track somebody who's been out 30 years," Davenport told Reuters. "The trail was cold."



But using public records and databases, investigators found evidence Barrett had traveled to Hawaii, California, Tennessee and Maryland since his escape and eventually appeared to settle in Colorado.



In addition to escape charges in Florida, Barrett now faces drug and gun charges in Colorado after marshals found a marijuana grow house and multiple firearms in his home, officials said.



Barrett was convicted of killing a traveling companion on the Florida Turnpike in February 1971.



According to officials, he choked Carl Ardolino from behind as Ardolino was driving. Barrett and another man then stopped the car, carried Ardolino to a shallow ditch filled with water and held his head underneath until he died.



Margaret Archer, Ardolino's niece, said her 26-year-old uncle had picked the men up at a rest stop as he drove from New Jersey to Florida for a vacation.



The deceased man's family members welcomed the news of Barrett's capture after so many years.



"Unbelievable," Archer said. "We were thrilled to say the least."

DENGARLAH CAKAP WAN AHMAD TU....

Kemukakan bukti jika benar ada pengundi tidak sah: SPR


2011/07/28

KOTA KINABALU: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) hari ini meminta mereka yang mendakwa wujud pengundi bukan rakyat Malaysia yang sah dalam daftar pemilih terutama di Sabah supaya mengemukakan bukti.

Timbalan Pengerusinya, Datuk Wan Ahmad Wan Omar berkata, ini kerana dakwaan tanpa bukti seolah-olah mempersendakan pengiktirafan kewarganegaraan seseorang yang dikeluarkan Jabatan Pendaftaran Negara. "Kalau ada yang syak wasangka, jangan terus buat andaian yang bukan-bukan. Saya minta mereka tampil tunjukkan bukti," katanya kepada pemberita selepas mengadakan perjumpaan dengan Pejabat Pilihan Raya Sabah, di sini. Kenyataan beliau itu susulan isu pengundi hantu dan penduduk yang mempunyai MyKad tidak sah, yang dibangkitkan dalam perjumpaan terbabit.

Wan Ahmad berkata, SPR juga melantik pembantu pendaftar (PP) daripada kalangan parti politik.

Bagaimanapun katanya, terdapat borang pendaftaran yang dihantar PP berkenaan terpaksa ditolak kerana terdapat pendaftaran rakyat yang sudah sah menjadi pemilih, bertaraf penduduk tetap dan rakyat yang belum mencapai usia 21 tahun.

Wan Ahmad berkata, setakat Mei lalu, seramai 864,941 rakyat Sabah didaftarkan sebagai pemilih daripada 1,169,884 yang layak. - BERNAMA

Komen Osman Dol: Jujurkah mereka....

Ahad, 24 Julai 2011

Buat apa saya tipu

Buat apa saya tipu
Allah SWT lebih mengetahui segala-segala. Sejarah telah membuktikan PDRM tidak pernah melindungi kesalahan-kesalahan anggotanya. Sehingga kini sudah hampir ribuan orang anggotanya yang terlebat dalam berbagai-bagai kesalahan. Mungkin PAS tak perasan atau buat-buat tak perasan. Orang lain dia tak perasan. Member dalam seluar sendiri pun mereka tak kisah. Desaklah suruh dia BERTAUBAT atau ajak bersumpah kalau orang tu tak bersalah.
Dulu UMNO bawan dengan MCA dan MIC mereka kata kafir. Sekarang PAS pulak bersekongkong dengan DAP. UMNO tak tuduh kafir pun. Yang diidam-idamkan oleh PAS ialah untuk menumbangkan UMNO. Sekarang UMNO dah pun tumbang dibeberapa buah negeri termasuklah Pulau Pinang. Tidakkah PAS kita telah kehilangan kuasa....Bersatulah ,,,,

Jumaat, 22 Julai 2011

SANDIWARA ITU TAK MENJADI NAMPAKNYA...????

PDRM tidak halang Mohamad Sabu saman polis – KPN


22/07/2011 10:03pm

KUALA LUMPUR 22 Julai – Polis tidak menghalang hasrat Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu yang dilapor mahu menyaman Polis Diraja Malaysia (PDRM) atas dakwaan dilanggar sebuah kereta polis semasa perhimpunan haram di ibu negara, 9 Julai lepas.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar berkata, polis tidak boleh menghalang mana-mana pihak atau individu yang mahu menyaman PDRM termasuk oleh anggota dan pegawai polis sendiri.

"Itu hak individu, kita (PDRM) tak menghalang (saman). Kita agensi yang profesional.

"Kita dah jalankan tugas kita dengan memberi penjelasan dan gambaran apa yang berlaku itu semalam (tayangan video)... terpulang kepada mana-mana pihak untuk buat penilaian,” katanya pada sidang media selepas majlis Penganugerahan Balai League Table (BLT) Siri 1/2011 di sini hari ini, bagi balai polis terbaik seluruh negara.

Ismail berkata demikian sebagai mengulas mengenai komen Mohamad di dalam sebuah portal pembangkang yang mahu menyaman polis selepas didakwa melanggar motosikal yang diboncengnya pada perhimpunan haram tersebut.

Polis semalam menyiarkan rakaman video yang menunjukkan motosikal yang dibonceng Mohamad tidak dilanggar Pajero polis seperti didakwa tetapi ketika melakukan pusingan U, motosikal itu terkena ”fender” Pajero polis di kawasan Perumahan Seri Persekutuan, yang akhirnya menyebabkan motosikal itu hilang kawalan sebelum terbabas di bahu jalan. – Bernama

Komen Osman Dol: Siapa nak saman siapa....?
KALAU BELUM BACA SINAR HARAP BACA
PENDUSTA PATUT DIHUKUM.

Khamis, 21 Julai 2011

BAPA APAKAH NAMANYA ITU....

Bapa simbah asid rindu keluarga
Oleh SITI AIRUNNISA ALAUI

utusanterengganu@utusan.com.my


Che Ku Zaimah bersama Nurul Dahyatul Fazlinda dan dua lagi anaknya membaca surat yang dikirim suaminya, Mat Haizan Mat Yasin dari penjara Marang ketika ditemui di rumahnya di Kampung Sekayu, Hulu Terengganu, semalam.
--------------------------------------------------------------------------------
HULU TERENGGANU 20 Julai - Diselubungi perasaan bersalah, bapa kepada Nurul Dahyatul Fazlinda, 9, memohon maaf atas tindakannya menyimbah asid sehingga mencacatkan wajah anaknya itu, dalam surat yang ditulis dari penjara.
Haizan Mat Yassin, 29, (gambar) yang sedang menjalani hukuman penjara selama 10 tahun di Penjara Marang atas kesalahan yang dilakukan pada Ogos tahun lalu turut berharap bekas isterinya, Che Ku Huzaimah Che Ku Awang, 29, dapat memulihkan parut kesan asid demi masa depan anak mereka itu.
Che Ku Huzaimah ketika ditemui di rumahnya di Kampung Sekayu hari ini berkata, dalam surat itu Haizan meminta maaf kepada keempat-empat anaknya dan sentiasa merindui mereka.
Sambil menunjukkan surat berkenaan katanya, ia surat kedua yang diutus bekas suaminya itu sebagai balasan selepas menerima sepucuk surat beserta gambar keluarga yang dikirimkan kepada lelaki itu sebelum ini.
"Surat ini sering menjadi tatapan anak saya setiap kali rindu kepada ayahnya. Anak saya terutama Nurul Dahyatul Fazlinda yang dipanggil Lin memang sangat sayangkan ayahnya. Biasanya Lin akan baca surat ini bila dia rasa rindu dan sedih tetapi dia berkali-kali memberitahu bahawa ayahnya tidak sengaja menyimbah asid kepadanya.
"Buktinya, pada sambutan Aidiladha lalu, dia berhajat menemui ayahnya dan doanya itu termakbul. Memang Lin sangat sayangkan ayahnya walaupun kesan simbahan asid itu menyebabkan dia dipanggil hantu oleh rakan-rakannya di sekolah," jelasnya.
Dalam kejadian pada 15 Ogos tahun lalu, Haizan dikatakan memecah masuk rumah ibu mertuanya, Minah Omar, 56, untuk berjumpa isterinya dengan membawa bersama sebungkus plastik mengandungi asid.
Kehadirannya mencetuskan pertengkaran dengan isterinya itu yang cuba merebut bungkusan asid berkenaan menyebabkan cecair itu terkena dirinya, ibu mertua dan dua anak mereka iaitu Lin dan Muhammad Irfan Firdaus, 3.
Paling teruk tercedera ialah Lin apabila sebahagian besar wajah dan beberapa bahagian badannya melecur terkena simbahan asid itu.

Rabu, 20 Julai 2011

AKU SENDIRI MESTI BERHATI-HATI....

Blogger diarah bayar Rais RM300,000




Oleh NORAZLITA MOHD. SIES

pengarang@utusan.com.my

Datuk Rais Yatim
KUALA LUMPUR 19 Julai - Angkara fitnah yang dibuat secara meluas terhadap Datuk Seri Dr. Rais Yatim, seorang penulis blog hari ini diperintahkan oleh Mahkamah Tinggi di sini supaya membayar ganti rugi RM300,000 kepada Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan itu.



Hakim Datin Zabariah Mohd. Yusof yang membuat keputusan itu turut memerintahkan Amizudin Ahmat, 42, yang juga merupakan anggota Angkatan Muda Keadilan (AMK) membayar kos RM100,000 kepada Rais.



Pada 5 Julai lalu, mahkamah memutuskan Amizudin yang diwakili peguam William Leong bertanggungjawab memfitnah Rais, 69, menerusi sebuah artikel yang dipaparkan dalam blognya, sharpshooterblogger.blogspot.com.



Rais selaku plaintif yang diwakili oleh peguam Datuk Seri Dr. Muhammad Shafee Abdullah dan Azad Bashir memfailkan writ saman terhadap Amizudin pada 31 Januari lalu.



Dalam pernyataan tuntutan, Rais menyatakan, pada 28 Disember 2010, Amizudin sama ada secara sendiri mahupun melalui ejen-ejennya telah menyebabkan satu penerbitan artikel bertajuk 'Hei Pak Menteri...mana mau lari...'



Menurut Rais, seluruh kandungan artikel dalam bahasa Malaysia itu berniat jahat dan memfitnahnya, selain ia bermaksud atau difahamkan membawa maksud yang beliau bersalah melakukan kesalahan serius iaitu merogol dan mampu membunuh pembantu rumahnya dari Indonesia.



Beliau yang juga Ahli Parlimen Jelebu di Negeri Sembilan, menafikan tuduhan itu selepas penulis blog terbabit menamakannya.



Susulan itu, seorang wanita yang pernah bekerja sebagai pembantu rumah selama lapan tahun dengan Rais dilaporkan oleh portal berita Indonesia telah menafikan yang dirinya diberi layanan buruk atau dirogol oleh majikannya.



Dalam penghakiman bertulis, Hakim Zabariah menjelaskan, jumlah ganti rugi itu adalah munasabah dan ia ditetapkan selepas mengambil kira fakta dan bentuk fitnah yang dibuat oleh Amizudin selaku defendan selain nilai wang semasa.



Menurut beliau, mahkamah juga memberikan pertimbangan kepada beberapa faktor antaranya, kedudukan plaintif sebagai menteri Kabinet yang telah berkhidmat selama 37 tahun dan dikenali di peringkat antarabangsa.



Fitnah yang dibuat oleh defendan sangat serius kerana sekiranya seseorang mempercayainya, reputasi plaintif akan terjejas bukan sahaja di negara ini bahkan ke peringkat antarabangsa selain memberi kesan dalam kehidupan menteri itu serta keluarganya.



Dakwaan rogol pula, menurut Hakim Zabariah, melibatkan kesalahan jenayah yang dilakukan terhadap individu dari negara lain dan dakwaan tersebut sangat menjijikkan terhadap menteri Kabinet.



Katanya, ia juga dakwaan yang tidak sihat terhadap hubungan diplomatik antara dua negara dan menambahkan lagi kemarahan negara jiran itu memandangkan terdapat kes-kes rakyat negara tersebut didera ketika bekerja sebagai pembantu rumah di negara ini.



Selain itu, kata Hakim Zabariah, penyiaran artikel tersebut melalui blog boleh diakses oleh sesiapa sahaja menerusi Internet di seluruh dunia.



Ini merupakan faktor-faktor istimewa yang membezakan kes saman itu dengan kes-kes saman fitnah yang telah diputuskan terdahulu, jelas Hakim Zabariah.



Tambahan pula, kata beliau, daripada keterangan, didapati defendan telah bertindak secara melulu dan cuai apabila dia mengakui hanya pergi ke Jakarta untuk 'menyiasat' dakwaan tersebut selepas artikel itu disiarkan dalam blognya.



Lebih-lebih lagi sepanjang tiga hari berada di negara itu, ujar hakim, defendan gagal mendapatkan sebarang pengesahan daripada wanita tersebut yang dikatakan sebagai 'mangsa' untuk mengesahkan cerita itu.



Rais yang ditemui di luar mahkamah berkata, keputusan tersebut amat bermakna dan berharap individu lain lebih berhati-hati apabila menulis mengenai orang lain.



''Hari ini hari yang hebat, ia satu lambang sebenar tentang keyakinan terhadap badan kehakiman kita,'' kata beliau.

Komen Osman Dol: Sesungguhnya menjadi pelajaran padaku juga....

Isnin, 18 Julai 2011

DIA MEMANG PANDAI MAIN WAYANG....

GAMBAR INI SEPATUTNYA TIDAK DISIARKAN OLEH AKHBAR - GAMBAR BOLEH MEMALUKAN ANWAR.
Bercakap fasal Anwar - saya rasa dia cukup hebat. Dia seorang yang kebal juga dari segi undang-undang. Kekebalannya lebih dari orang lain. Dia menafikan aduan Mohd Saiful Bukhari yang menuduh Anwar telah telah meliwatnya. Dia dituduh di mahkamah. Tetapi kenapa spacemen dirinya untuk ujian DNA tidak dapat dilakukan. Undang-undang barangkali tidak membolehkan spacemen itu diambil tanpa persetujuan darinya. Tetapi sehingga hari ini sepatut parlimen sudah meminda undang-undang itu.

Dalam video sex yang telah disahkan oleh parker dari Amerika bahawa 99.9 peratus watak utama dalam video itu adalah Anwar. Malangnya Rahim Tamby Chik dengan dua orang lagi rakannya kena dakwa. Dah mengaku salah dah. Anwar tidak didakwa pun. Undang-undang tidak membolehkan dia didakwa? Dah senyap saja kes tu....?

Anwar ini kalau Nik Aziz atau Hadi Awang sendiri nampak dia sedang meliwat atau melakukan hubungan sex dengan sesiapa pun, Anwar tidak akan mengaku. Silap-silap Nik Aziz dengan Hadi Awang pula kena dakwa fasal buat laporan bohong. Jangan main-main. Anwar ini bijak....

Spacemen tak mahu bagi. Ajak bersumpah tak mahu. Macam-macam hal dia buat untuk melambat-lambatkan perbicaraan kesnya. Nak tolak hakimlah. Sakitlah. Kadang-kadang peguamnya pula sakit. Adoh, mati akal kita dibuatnya. Pandailah dia.... Pandai dia main wayang.

Khamis, 14 Julai 2011

EH JANGAN.....NIK AZIZ, HADI AWANG SAYANG SESANGAT DENGAN AMBIGA INI....

Jangan beri muka pada Ambiga




Oleh SAIFULIZAM MOHAMAD

pengarang@utusan.com.my



KUALA LUMPUR 13 Julai - Kerajaan digesa tidak memberi 'muka' kepada Pengerusi Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih), Datuk S. Ambiga kerana tindakannya yang mencadangkan rakyat berpakaian kuning pada setiap Sabtu jelas membuktikan bekas Presiden Majlis Peguam itu mahu mencabar undang-undang negara.



Sepatutnya menurut beberapa pemimpin pertubuhan bukan kerajaan (NGO), Ambiga perlu dikenakan tindakan paling tegas menurut peruntukan undang-undang sedia ada bagi mengelakkan negara ini menjadi huru-hara.



Presiden Gagasan Melayu Perak (GMP), Datuk Seri Mohd. Hilmi Ismail berkata, sekarang bukan masa yang sesuai untuk kerajaan berlembut dengan orang seperti Ambiga sebaliknya beliau perlu ditahan segera mengikut Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).



"Ambiga sebenarnya mahu mencabar undang-undang. Dia cuba menghasut rakyat dan ini tidak harus dibiarkan. Ambiga mahu melakukan provokasi terhadap kerajaan dengan harapan kerajaan mengenakan tindakan ke atasnya.



"Dengan cara itu Ambiga berjaya menunjukkan betapa zalimnya kerajaan. Orang sebegini tidak boleh dibiarkan. Jangan setakat ditahan, diberi makan dan kemudian dilepaskan. Demi keamanan negara saya minta Ambiga ditahan dan dihantar ke Kamunting dengan segera," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.



Beliau mengulas kenyataan Ambiga mengenai keputusan jawatankuasa pemandu Bersih yang mencadangkan rakyat berpakaian kuning setiap Sabtu sebagai sokongan berterusan kepada pergerakan itu bagi menuntut lapan perkara untuk pembaharuan pilihan raya di negara ini.



Mohd. Hilmi berkata, kerajaan dalam menangani isu Bersih perlu lebih mengutamakan kepentingan majoriti rakyat terbanyak berbanding minoriti penyokong Bersih di jalanan.



"Hakikatnya tiada siapa yang mahu Malaysia yang aman makmur terjejas dengan tingkah laku tidak bertanggungjawab Bersih. Suara ini lebih banyak daripada suara yang menyokong Bersih," ujarnya



Setiausaha Agung Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Syed Hassan Syed Ali mahu kerajaan bertegas dengan pihak Bersih khususnya Ambiga dan jangan sesekali tunduk dengan tuntutan mereka.



Apatah lagi katanya, dalam keadaan timbul dakwaan Bersih didalangi oleh pihak luar yang sepatutnya disiasat segera oleh pihak berkuasa.



"Kita mahu tahu daripada mana datangnya dana yang begitu banyak hingga membolehkan mereka menyewa hotel-hotel di ibu negara dan mencetak beribu-ribu baju kuning Bersih," katanya lagi.



Naib Presiden Alumni Pemimpin Mahasiswa Universiti (Aspirasi) Mohd. Zafry Mohd. Yunus ketika dihubungi turut bersependapat dengan dua pemimpin NGO tersebut.



Beliau percaya majoriti rakyat tidak mahu keamanan negara terjejas akibat perbuatan pihak tidak bertanggungjawab seperti Bersih.



"Aspirasi juga mahu Ambiga dikenakan tindakan tegas kerana jelas yang dia mahu mencabar undang-undang negara. Dia cuba mencabar kewibawaan pihak berkuasa.



"Gesaan ini dibuat atas nama kuasa rakyat. Kami juga mewakili segelintir rakyat Malaysia yang cintakan keamanan. Jangan beri muka pada Bersih kerana akhirnya keharmonian negara kita sendiri yang akan terjejas," katanya lagi.



TAJUK-TAJUK BERITA LAIN:

• Jangan beri muka pada Ambiga

• Tian Chua perlu dikenakan tindakan

• Lelaki sesak nafas disiar di Internet bukan Baharudin – Polis

APAKAH DIA ORANG YANG TIDAK BOLEH DIPERCAYAI....

Anwar pengkhianat negara




Oleh ZAINAL AZHAR MOHAMED

pengarang@utusan.com.my



KUALA LUMPUR 13 Julai - Datuk Seri Anwar Ibrahim disifatkan sebagai seorang pengkhianat negara yang perlu dikenakan tindakan tegas.



Ini ekoran kenyataannya kepada media Indonesia bahawa Malaysia sudah mendekati revolusi selepas perhimpunan haram Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih), pada Sabtu lalu.



Bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan berkata, kenyataan Anwar itu terang-terangan menunjukkan Ketua Pembangkang tersebut ingin melihat negara ini mengalami kehancuran dan huru-hara.



"Mengapa dia perlu berkata begitu (revolusi) sedangkan dia sendiri yang mengadakan perhimpunan haram Bersih. Ini jelas bahawa dia seorang pengkhianat negara.



"Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan kerajaan sepatutnya tidak teragak-agak lagi untuk mengambil tindakan tegas terhadap beliau yang ingin melihat negara ini huru-hara," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.



Seorang lagi bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Rahim Noor memberitahu, kaedah yang digunakan pihak tersebut dalam mewujudkan kekecohan merupakan pendekatan yang ditinggalkan komunis.



Menurutnya, sejak 1960-an, perhimpunan haram dan demonstrasi jalanan merupakan pendekatan yang diguna pakai oleh pihak komunis dan pengikutnya untuk menentang kerajaan.



"Dua pendekatan itu adalah Agitasi (agitation) propaganda dan Agitasi politik. Kedua-dua pendekatan ini juga digunakan oleh puak di Malaysia yang mahu jatuhkan kerajaan.



"Saya tidak mahu menyebut siapa yang menggunakan pendekatan ini, tetapi saya yakin individu itu pasti akan tahu siapa dirinya yang telah melakukan pengkhianatan terhadap negara," tegasnya.



Sementara itu, bekas Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Samsuri Arshad menganggap kenyataan Anwar sebagai satu mimpi yang hanya dirasai oleh beliau yang ingin menjadi pemimpin nombor satu di negara ini.



"Kenyataan itu adalah jalan pintas Anwar untuk mencapai cita-citanya tetapi rakyat Malaysia tidak bodoh untuk menghancurkan keamanan yang ada ketika ini.



"Sejak selepas merdeka, Malaysia melalui keamanan secara berterusan sehingga hari ini dan sistem pilihan raya yang ada untuk rakyat memilih kerajaan juga berjalan mengikut jadual," katanya yang juga Pengerusi Yayasan Pengaman Malaysia.



Bekas Pengarah Cawangan Khas Bukit Aman pada tahun 1993, Datuk Zulkifli Abdul Rahman pula memberitahu, Anwar perlu dikenakan tindakan bagi menghentikan perbuatannya itu yang melampau.



"Pihak kerajaan juga perlu membuat kenyataan balas secepat mungkin dan memberitahu keadaan sebenar dalam negara. Beritahu bahawa negara kita masih aman dan damai serta kita tidak perlukan individu yang sering memburukkan Malaysia di mata negara lain," ujarnya.


KOMEN OSMAN DOL: SANDIWARA HIDUP.....

Rabu, 13 Julai 2011

KESIANNYA DIA.....

Al-Kisah Anwar Ibrahim, Shah Rukh Khan dan 9 nyawa...

Oleh Zaini Hassan

Anwar Ibrahim di Hospital Pantai selepas dikatakan cedera parah dalam perhimpunan haram Bersih di Kuala Lumpur, 9 Julai lalu.
--------------------------------------------------------------------------------
BEBERAPA hari lalu saya secara kebetulan menonton sebuah dokumentari mengenai kehidupan pelakon terkenal Bollywood, Shah Rukh Khan di televisyen. Antara kata-katanya yang menarik perhatian saya, berbunyi: “Saya mempunyai masalah dalam kehidupan saya yang sebenar. Tapi saya tiada masalah dalam kehidupan saya yang bukan sebenar.”



Ia membawa maksud kehidupannya sebagai pelakon lebih baik daripada kehidupan sebenar di alam nyata ini. Walaupun di alam nyata beliau kaya dan terkenal, tapi kehidupannya sebagai pelakon lebih bermakna.



Ia juga bermaksud Shah Rukh Khan lebih selesa hidup dalam kepura-puraan. Dunianya penuh dengan fantasi dan imiginasi. Mendengarkan kata-katanya itu, saya merasakan Shah Rukh Khan perlu berjumpa dengan pakar jiwa segera.



Namun begitu, bukan pelakon saja yang mengalami masalah begitu. Orang biasa pun sama. Ahli politik pun sama.



Oleh kerana itulah tidak hairan ada ahli politik kita yang terlalu suka mahu mendapatkan perhatian ramai, walaupun perbuatan itu mungkin boleh menyusahkan orang dan rakyat jelata.



Ahli politik sebegini bukan hanya ada di Malaysia saja, tapi di seluruh dunia. Malah dalam sejarah moden dunia, banyak orang yang seperti ini.



Seperti Adolf Hitler, beliau ialah seorang pemimpin hebat. Kerana perbuatannya itulah dia menjadi terkenal sehingga ke saat ini.



Anwar Ibrahim juga terkenal. Ada orang pernah berkata dia mempunyai banyak (multiple) karekter. Karekternya berubah-ubah. Nyawanya pun banyak. Ada yang membuat teori Anwar ada sembilan (9) nyawa, seperti nyawa kucing.



Pada tahun 1974 di zaman Tun Abdul Razak, dia membawa para pelajar membuat demonstrasi besar mendakwa rakyat Baling mati kebuluran. Hakikatnya tiada siapa pun yang mati – mungkin tidak makan nasi, tapi ubi kayu ada untuk meneruskan hidup.



Akibat demonstrasi itu, pada 3 Disember 1974 bersama-sama Ibrahim Ali (kini panglima Perkasa) dia ditahan selama 2 bulan 60 hari dan kemudian dihantar ke pusat tahanan Kamunting selama dua tahun sehingga 1976.



Putaran karekter Anwar ini berterusan selepas itu di zaman Tun Hussein Onn (15 Januari 1976).



Pada tahun 1978, Anwar menyokong Pas dalam pilihan raya Kelantan, yang kemudian berakhir dengan darurat. Pas diterajui Datuk Asri Muda kalah teruk.



Pada zaman Tun Mahathir (16 Julai 1981), melihatkan Pas tak boleh pergi, Anwar beralih angin dan menyertai UMNO.



Difahamkan Anwar memasuki UMNO melalui beberapa pertemuan dengan Tengku Razaleigh Hamzah (Ku Li).



Namun kemudiannya semasa Anwar menjadi Menteri Kewangan cadangan penubuhan Bank Pembangunan Islam (IDB) di Jeddah yang diilhamkan oleh Ku Li didakwa oleh Anwar datangnya daripada ideanya sendiri.



Penubuhan Universiti Islam Antarabangsa (UIA) juga didakwa datangnya daripada cadangan Anwar, sedangkan ia adalah idea Tun Dr. Mahathir Mohamad.



Begitu juga dalam politik UMNO, Anwar terkenal dengan tipu muslihatnya sehinggalah dia berjaya menjadi Timbalan Perdana Menteri, akhirnya.



Namun, selepas kes liwatnya dan bebas dari penjara selama enam tahun, dia bertemu dengan Ku Li dan mengajak Ku Li menyertainya dalam Parti Keadilan.



Ku Li dijanjikan sebagai Perdana Menteri jika parti Keadilan menang dalam pilihan raya. Namun Ku Li yang sudah beberapa kali ditipu oleh Anwar semasa persaingan dalam UMNO, menolaknya.



“Ku Li berkata cukuplah dia tidak mahu kena tipu lagi oleh Anwar,” kata seorang orang kanan Ku Li yang enggan disebut namanya.



Anwar cukup licik. Sebuah blog XPressMinda menyifatkan Anwar memiliki 9 nyawa. Seperti nyawa kucing.



Ikuti tulisannya:



SEMUA tentu tahu mitos yang mengatakan kucing memiliki 9 nyawa entah betul atau tidak – tak tahulah, yang pastinya kisah 9 nyawa kucing tu agak popular.



Barangkali kerana ingin meniru mitos kucing tersebut atau mungkin juga terangsang dengan kehebatan 9 nyawa yang dimiliki oleh kucing maka Anwar memanfaatkan sepenuhnya mitos itu untuk meraih simpati khalayak.



Tahukah anda keadaan terkini menunjukkan Anwar sedang bertarung untuk menyelamatkan nyawanya yang ke-8 selepas kehilangan nyawanya dalam 7 kejadian lampau sebelum ini.



Ikuti urutan hikayat berikut untuk mengenali kehebatan Anwar yang dipercayai memiliki 9 nyawa sama seperti mitos seekor kucing.



1. Propaganda Tumbukan Ketua Polis



* Anwar telah ditumbuk hingga mencederakan sebelah matanya oleh Ketua Polis ketika itu (Rahim Noor). Berikutan itu disebarkan cerita wujudnya konspirasi nyawa Anwar terancam dan akan dibunuh oleh pihak polis.



* Kerana mulut badan binasa, kerana pulut santan binasa. Nyata tindakan provokatif Anwar yang memanggil pihak polis dan Rahim sendiri sebagai barua dan juga anjing kerajaan telah dilupakan begitu saja gara-gara simpati mencurah-curah kalangan khalayak kepada Anwar. Dengan hanya sekali tumbukan padu ini boleh dianggap ia kehilangan nyawa yang pertama bagi Anwar.



l Hasil mata lebam tersebut akhirnya sebagai pengabadian kehilangan nyawa yang pertama maka simbol perjuangan Anwar diterjemahkan melalui Parti Keadilan Nasional (sekarang PKR) yang berlogokan sebiji mata sama seperti mata Dajjal. Innalillah.





2. Drama Keracunan Arsenik



* Tidak semena-mena selang kejadian tumbukan padu oleh bekas KPN ketika itu, timbul pula dakwaan oleh Wan Azizah bahawa suami tersayangnya itu telah diracun dengan racun arsenik melalui pemakanan oleh polis dan orang Dr. Mahathir.



* Wan Azizah, para pemimpin ADIL (sekarang PKR) ketika itu termasuklah peguam kanan Anwar yakni Zulkifli Noordin (sekarang Ahli Parlimen Bebas) telah menyebarkan berita nyawa Anwar dalam bahaya. Kuku jari dan kaki menjadi hitam, Anwar sudah kronik dan nazak. Rambutnya kononnya gugur.



* Walaupun siasatan oleh HKL menunjukkan tiada keracunan arsenik dalam air kencing dan darah Anwar, namun keputusan lengkap HKL itu tidak mampu menghalang pemergian ke rahmatullah nyawa ke-2nya itu.



* Jangka hayat Anwar diramalkan oleh para pimpinan PKR dan Pas hanya mampu bertahan 1 tahun kerana keracunan arsenik yang teruk. Dek kerana singkatnya masa, maka nyawa ke-2 Anwar tidak mampu menanggung lagi lalu pergi menghadap Illahi.



* Anwar yang masih hidup selepas setahun diracun dengan arsenik adalah Anwar yang memanfaatkan stok nyawa ke-3. Hebat.



3. Sandiwara Suntikan Darah HIV



* Selang selepas drama paling hot berkaitan keracunan arsenik, kemudiannya timbul pula dakwaan Wan Azizah suaminya telah disuntik dengan darah HIV positif. Nyawa ke-3 Anwar benar-benar dalam bahaya. Kebiasaannya orang yang menghidap HIV+ selang 2, 3 tahun kemudiannya akan menghidap AIDS kemudian meninggal dunia 2 atau 3 tahun selepas itu dengan badan yang kurus kering dan berkudis-kudis.



* Tiada ubat atau penawar hingga kini untuk pesakit HIV+ mahupun AIDS, kerana itu hanya ucapan Innalillah sahaja yang mampu diungkapkan untuk nyawa ke-3 tersebut. Takziah untuk keluarganya.



* Tanpa sebarang penawar atau ubat untuk HIV+ dan juga AIDS tidak menghalang Anwar untuk menggunakan talian hayatnya yang ke-4.



* Hasil keupayaan memiliki 9 nyawa telah membantu Anwar meneruskan kehidupan hingga kini (2011) tanpa sebarang masalah kudis mahupun mati kekeringan melainkan perutnya terus maju ke depan.



4. Lelucon Patah Tengkuk



* Sepanjang perbicaraan dan hingga mendiami istana Sungai Buloh yang dilengkapi dengan pengawal keselamatan di setiap penjuru, ketika ini Anwar dan para pemimpin tertinggi PKR dan Pas telah menguar-uarkan kehidupan Anwar masih terancam kerana lehernya didapati patah dan ada urat yang terkehel.



* Sepanjang perbicaraan meliwat dan juga tuduhan salah guna kuasa, Anwar sentiasa memakai penyokong leher untuk memperbetulkan kembali lehernya yang patah dan uratnya yang terkehel.



* Secara umumnya dengan keadaan leher yang patah itu sebenarnya nyawa ke-4 Anwar sudah pun pergi meninggal jasad, Innalillah… Akhirnya Anwar terpaksa menggunakan nyawa baru yakni nyawa kucing yang ke-5 untuk meneruskan kehidupan duniawi.



* Hasil penggunaan nyawa ke-5, Anwar bebas menanggalkan penyokong lehernya itu bila-bila masa di dalam penjara terutama sekali selepas pulang daripada perbicaraan mahkamah.





5. Filem Box Office Lumpuh Sakit Belakang



* Sewaktu hayat nyawa ke-5, Anwar mendakwa tulang belakangnya telah bengkok dan terkehel hingga mengakibatkan lumpuh tidak mampu berjalan.



* Dalam waktu-waktu membawa rayuan ke mahkamah dan juga sewaktu menghadiri perbicaraan merayu kesnya itu, Anwar kerap datang ke mahkamah sambil melambai tangan kepada penyokongnya dengan menaiki kerusi roda yang disorong oleh pembantu ataupun isterinya.



* Bertebaran berita yang mendakwa kerajaan sengaja mendera Anwar dan keengganan kerajaan membenarkan Anwar mendapat rawatan di luar negara telah menyemarakkan kemarahan khalayak yang menyokong bung Anwar.



* Kisah Anwar yang terpaksa hidup dalam kelumpuhan ketika hayat nyawa ke-5 dipalu di gendang tiap masa walaupun di masa yang sama kerajaan telah menawarkan rawatan pakar tempatan di HKL (Hospital Kuala Lumpur) untuk menentukan sejauh mana patah terkehelnya tulang belakang Anwar itu.



* Nyawa Anwar yang ke-5 pergi meninggalkan jasadnya itu selepas kerajaan muktamad tidak mahu mengikut kehendak Anwar, maka keperitan hidup dalam kelumpuhan tidak dapat membendung nyawa ke-5 untuk kekal di jasad Anwar. Innalillah.



* Berkat keajaiban memiliki nyawa kucing, sewaktu berada di KLIA Anwar telah pun menggunakan nyawa ke-6 kerana itu sebelum berlepas ke Jerman untuk pembedahan, tiada lagi kerusi roda sebaliknya Anwar bebas bangun duduk dan berjalan untuk bersalaman dengan penyokongnya yang menunggu di lapangan terbang.



* Anwar kembali ke arena politik dengan nyawa ke-6 yang bertenaga luar biasa selepas pembedahan tulang belakang yang paling berjaya dalam sejarah dunia tercipta di Jerman. Hanya dalam tempoh 2 jam sahaja Anwar sudah tidak lumpuh malah sudah mampu berjalan berlari tanpa sebarang kesan sakit.



* Keajaiban proses pembedahan di Jerman ini pastinya dicemburui banyak negara lain kerana tidak pernah ada pesakit kronik tulang belakang mampu berjalan berlari hanya selepas 2 jam pembedahan.



Rata-rata pesakit yang berjaya dibedah di serata dunia memerlukan 3 - 6 bulan untuk pulih dan berjalan berlari seperti biasa. Inilah kehebatan Anwar, anugerah Tuhan yg komplikated dan tidak mungkin dimiliki oleh insan lain.





6. Hikayat Ancaman Bunuh



* Tidak semena-mena hujan tidak ribut pun tidak, nyawa ke-6 Anwar pula dikesan dalam bahaya. Wujud ancaman bunuh yang mengancam nyawa ke-6 Anwar yang secara halusinasi yang tak terlihat oleh mata kasar mahupun mata hati manusia biasa seperti kita.



* Tika itu Anwar sedang asyik meeting bersama pimpinan PKR serta Wan Azizah, tiba-tiba bagaikan beruk terkejut, mesyuarat tiba-tiba dihentikan oleh Anwar hanya selepas menerima satu panggilan telefon yang rupanya membawa berita Saiful Bukhari telah pergi membuat laporan polis berkaitan satu kes liwat.



* Demi menyelamatkan nyawanya yang ke-6 maka Anwar sanggup mengharung kegelapan malam dari Quality Hotel di Shah Alam untuk mencari perlindungan di Kedutaan Turki yang terletak di KL.



* Namun takdir menentukan Kedutaan Turki tidak mampu membantu Anwar selama-lamanya, natijahnya upacara sembahyang ghaib untuk nyawa ke-6 dilakukan sambil itu Anwar terpaksa meneruskan kehidupan menggunakan stok nyawa ke-7 tapi masih lagi guna jasad yang sama.





7. Sabotaj Kereta Azizah



* Kegawatan kes liwat Anwar dan Saiful kemudiannya makin menjadi-jadi dengan pelbagai penangguhan proses mahkamah daripada kes sakit demam peguam hinggalah cubaan memecat pendakwa dan hakim memperlihatkan keazaman tinggi nyawa ke-7 Anwar untuk terus menghayati keindahan alam ini.



* Kehebatan inspirasi yang dimiliki oleh nyawa ke-7 Anwar ini nyata memberi semangat kuat untuk para penjenayah cuba menggunakan method yang sama yakni menangguhkan sebanyak yang boleh kes perbicaraan di mahkamah termasuklah cuba memecat hakim dan pendakwa mengikut kemahuan sendiri demi keadilan diri sendiri.



* Namun di sebalik pelbagai cubaan tangguh menangguh itu, tiba-tiba tampil Datuk Trio yg menghebahkan satu kegiatan projek Anwar dengan China Doll berumur 26 tahun di sebuah apartmen sederhana mewah.



* Walaupun muka lelaki dalam video itu adalah milik Anwar namun dikatakan ramai penyokong Anwar, perut dan punggung Anwar tidaklah boroi dan berisi seperti itu. Hebat. Nyata kekentalan nyawa ke-7 lebih hebat daripada sebelumnya. Lebih bijak dan inovatif. Hinggakan kepakaran 2 profesor di AS, kepakaran syarikat TV di Korea pun tidak mampu meyakinkan penyokong Anwar bahawa lelaki tersebut adalah Anwar.



* Pun demikian tidak tahan dengan asakan demi asakan apatah lagi bila video seks tersebut bertebaran di alam internet hinggalah dicetak dalam bentuk CD & DVD, akhirnya nyawa ke-7 terancam jua.



* Bertiuplah angin-angin sepoi yang mendakwa nyawa ke-7 Anwar terancam selepas dikatakan wujud sabotaj terhadap kereta Wan Azizah. Selang sebulan selepas kejadian yang dikatakan berlaku ‘eksiden mengejut’ yang cuba membunuh Anwar itu, barulah pemandu Wan Aziah tampil membuat laporan polis.



* Walaupun logiknya patut Wan Azizah yang terancam kerana kereta itu dinaiki olehnya dan pemandu itu pula adalah pemandu kereta Azizah, namun logik tersebut tidak dapat menghalang untuk Anwar kehilangan nyawanya buat kali ke-7. Innalillah sekali lagi untuk kali ke-7 dalam masa 13 tahun.





8. Demo Jalanan



Bersih 2.0, 09/07/2011



* Ya, kini selepas kehilangan 7 nyawa dalam masa 13 tahun dengan pelbagai plot luar tabii melangkau batasan pemikiran manusia, kini adalah masanya Anwar menggunakan nyawanya yang ke-8.



* Rupanya hayat nyawa ke-8 tidak panjang, malah kekentalannya adalah yang paling lemah berbanding 7 nyawa yang lain sebelum ini.



* Berita terbaru yang diterima sewaktu kekecohan demo Bersih 2.0 petang 9/7/2001, nyawa ke-8 Anwar benar-benar di peringkat sakaratulmaut.



* Demo haram Bersih 2.0 yang sepatutnya diadakah di Stadium Shah Alam seperti tawaran MB Selangor, namun kemudiannya dikekalkan untuk diadakan di sekitar KL nyata telah secara langsung mengancam nyawa ke-8 Anwar.



* Dikhabarkan Anwar terkena tembakan FRU yang bersenjatakan senapang gajah, darah membasahi bajunya hingga tidak nampak lagi warna kuningnya itu, penafasan oksigen diperlukan, ini sudah kes berat. Ini peringkat kehilangan nyawa yang ke-8, memang bahaya.



* Dilaporkan pula oleh banyak blog, nyawa ke-8 Anwar ini hanya di hujung misai kucing, dikhabarkan bacaan Yassin berkumandang dan wasiat mungkin sedang dibacakan kepada kaum keluarga sementara menanti kehadiran stok baru nyawa ke-9.



* Berkemungkinan besar, tarikh 16 Julai 2011 untuk perbicaraan Anwar nanti bakal tertangguh lagi sebagai meraikan bakal kehilangan nyawa ke-8 Anwar ini.



9. Hikayat 9 Nyawa Kucing Milik Anwar Ibrahim



* Sampai bila Anwar akan terus bergantung pada nyawa kucing demi melanjutkan kehidupan jasadnya dalam dunia politik? Sama-sama kita nantikan episod seterusnya dalam hikayat ini kelak.



Hakikatnya, dunia realiti kita tiada 9 nyawa demikian juga dengan kucing. Semua kita makhluk Allah SWT hanya ada satu nyawa dan satu jasad.



Namun fahamkah anda apa yang ingin disampaikan di sini berkaitan hikayat seorang politikus yang bernama Anwar Ibrahim yang memilik 9 nyawa?



Yup, tentu ramai yang faham betapa kehebatan Anwar bukan sahaja terletak pada pidatonya namun juga dengan gerak geri lakonannya yang pasti mampu mengabui mata ramai penyokong taksub dan bebal.



Bagi kita yang faham susur galur dan gerak geri politik Anwar, kita faham Anwar gemar bermain sandiwara untuk menarik perhatian khalayak.



Benar seperti kata Ku Li: ‘‘Saya tidak mahu kena tipu lagi...”

Utusan Online on Facebook

--------------------------------------------------------------------------------
Kumpulan Utusan
Hubungi Kami
Jom Iklan
Terma & Syarat

© UTUSAN MELAYU (M) BERHAD, 46M, Jalan Lima Off Jalan Chan Sow Lin, 55200 Kuala Lumpur.

Selasa, 12 Julai 2011

MEREKA YANG TELAH DIPERKUDAKAN.....

Politik melampau Anwar




Oleh ZULKIFLEE BAKAR





ANWAR Ibrahim bersama Ambiga, Lim Kit Siang dan Abdul Hadi Awang mengadakan sidang akhbar di Hotel KL Hilton sebelum mengadakan perhimpunan Bersih, Sabtu lalu.



--------------------------------------------------------------------------------





PADA 1998, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dipecat daripada kerajaan dan UMNO telah berjaya menggerakkan ribuan orang untuk mengadakan demonstrasi bagi membela dirinya yang kononnya teraniaya.



Hasilnya, pada 1999 apabila pilihan raya umum diadakan Barisan Nasional (BN) dan UMNO mengalami tamparan hebat apabila Pas berjaya mempertahankan Kelantan dan merampas Terengganu.



Selepas itu, arena politik negara kembali tenang memandangkan mulai tahun 1999 hingga 2004 Anwar sedang menjalani hukuman penjara.



Ketika itu tiada mana-mana pemimpin pembangkang sama ada dari DAP mahupun Pas yang mahu menjadi 'batu api' menghasut rakyat menentang kerajaan. Mereka sendiri pun tiada keupayaan apatah lagi selepas BN menang besar pada tahun 2004.



Bagaimanapun segala ketenangan itu hanya sementara, arena politik negara kembali panas apabila Anwar dilepaskan daripada kurungan.



Mulai 2005, Anwar mula mengatur strategi untuk menumbangkan kerajaan BN dan Anwar berjaya 'memperkudakan' pemimpin serta ahli Pas untuk turun ke jalanan pada 2007 untuk menuntut sebuah pilihan raya yang bebas dan adil.



Kebijaksanaan Anwar memanipulasikan rasa tidak puas hati rakyat terhadap kepimpinan negara pada masa itu berjaya 'menyumbang' kejayaan besar kepada pembangkang apabila mereka menafikan majoriti dua pertiga BN di Parlimen, mempertahankan Pas di Kelantan dan menjadi kerajaan di Kedah, Perak, Pulau Pinang dan Selangor.



Namun kemenangan itu masih tidak mencukupi bagi Anwar kerana impiannya menjadi Perdana Menteri belum tercapai.



Oleh itu beberapa hari selepas pilihan raya umum 2008, Anwar menguar-uarkan bahawa pembangkang akan menubuhkan kerajaan melalui pintu belakang berikutan adanya Ahli Parlimen BN yang akan menyertai mereka.



Maka bergembiralah pemimpin-pemimpin PKR, DAP dan Pas kerana pada tanggal 16 September 2008 seperti mana dijanjikan oleh Anwar, mereka akan menjadi kerajaan.



Ada di kalangan mereka sudah bercita-cita menjadi Timbalan Perdana Menteri dan menteri Kabinet sehingga mengubah cara penampilan termasuk di Dewan Rakyat. Ketika pemimpin pembangkang terus berkhayal, negara pula berada dalam keadaan tidak stabil.



Janji 16 September telah menggugat bukan sahaja kehidupan rakyat tetapi juga ekonomi negara. Ramai pelabur asing melihat kestabilan politik Malaysia semakin tergugat.



Anwar tidak peduli, yang penting beliau menjadi Perdana Menteri. Tetapi semuanya tidak menjadi kenyataan pembangkang bukan sahaja gagal ke Putrajaya malahan Anwar berhadapan dengan tuduhan meliwat pembantu peribadinya, Mohd.Saiful Bukhari Azlan.



Berdasarkan kepada catatan berkenaan, jelaslah Anwar adalah ahli politik yang cukup melampau dalam segala tindakannya.



Keghairahan dan kerakusan untuk menjadi Perdana Menteri telah memungkinkan Anwar bersedia menggadaikan segala-galanya termasuklah hak orang Melayu dan agama Islam sekali pun.



Malahan keselamatan dan ketenteraman negara pun sanggup dipertaruhkan oleh Anwar demi impian politiknya. Apa yang berlaku pada Sabtu lalu sekali lagi menjadi bukti kerakusan nafsu politik Anwar.



Tetapi malangnya masih ramai yang menyokongnya, Anwar menerima sokongan padu daripada DAP dan sentiasa dilihat benar oleh Pas biarpun terdapat banyak bukti menunjukkan Anwar terlibat dalam perbuatan yang bercanggah dengan Islam.



Anwar amat memahami kelemahan DAP dan Pas tetapi mengakui kekuatan mereka. DAP boleh dipergunakan untuk meraih sokongan masyarakat Cina manakala Pas untuk meraih sokongan orang Melayu.



Namun dalam masa yang sama, DAP juga mempergunakan Anwar sehingga memungkinkan mereka memerintah Pulau Pinang dan menambah kerusi di Parlimen, selain itu perjuangan Anwar juga selari dengan mereka iaitu Malaysian Malaysia.



Tetapi dalam hubungan antara Anwar dengan Pas, Ketua pembangkang itu sentiasa untung dulu, kini dan selamanya. Pas telah dipergunakan oleh Anwar sepenuhnya bagi memantapkan kedudukan politik beliau.



Anwar bukan sahaja berjaya mempengaruhi sebahagian besar pemimpin kanan Pas menyokong apa juga tindakannya, malahan dalam apa juga isu termasuklah rakaman video seks baru-baru ini, Anwar diselamatkan oleh Pas.



Kesemua pemimpin kanan Pas termasuklah Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Mursyidul Am, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat serta ulama-ulama parti itu mempertahankan Anwar.



Mereka menganggap semua itu fitnah dan konspirasi UMNO biar pun pakar luar negara mengesahkan bahawa rakaman video berkenaan adalah tulen dan 99.9 peratus pelakunya menyerupai Anwar.



Sebab itulah apabila Anwar turut berceramah mempertahankan dirinya, golongan yang paling ramai menyambut dan bersorak ialah ahli-ahli Pas.



Keadaan itu berlaku kerana Anwar yang disifatkan oleh isterinya, Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail sebagai anugerah Tuhan telah berjaya menanamkan politik kebencian di kalangan rakyat terutamanya orang Melayu yang ada di dalam PKR dan Pas.



Apabila kebencian sudah berjaya diterapkan, maka mudahlah Anwar melaksanakan agenda politiknya termasuklah juga mengarahkan ribuan penyokong Pas turun ke jalanan pada Sabtu lalu.



Walaupun perhimpunan haram itu anjuran S.Ambiga atas nama Bersih namun semua itu adalah perancangan Anwar.



Anwar begitu berharap perhimpunan tersebut mencetuskan huru-hara sebab itulah beliau melakukan provokasi dalam twitternya pada hari itu kononnya ratusan ribu rakyat sedang berhimpun di Kuala Lumpur, walaupun hakikatnya tidak sampai 10,000 orang yang datang.



Politik kebencian, pembohongan, penipuan dan memutarkan belit fakta yang diamalkan oleh Anwar disokong oleh DAP dan Pas kerana mereka mahukan kuasa.



Dalam soal ini, bagi DAP dan Pas sudah tidak ada lagi pertimbangan sama ada Anwar bertindak benar atau tidak, apa yang penting Anwar adalah 'political animal' yang paling sempurna untuk membolehkan pembangkang mencapai kejayaan dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 nanti.



Anwar pun amat memahami keghairahan pemimpin DAP dan Pas tersebut, sebab itulah Anwar memiliki kekuatan luar biasa bagi berhadapan dengan BN, biar pun dirinya sendiri hakikatnya adalah insan yang paling tidak layak di muka bumi Allah ini untuk menjadi pemimpin.



Sememangnya, pendekatan politik melampau Anwar yang berlandaskan kepada 'matlamat menghalalkan cara' sudah banyak menyusahkan rakyat dan negara ini.



Mungkin Wan Azizah berhak menyatakan suaminya itu anugerah Tuhan namun kita berhak menegaskan bahawa Anwar bukannya dianugerahkan untuk membahagiakan rakyat atau mensejahterakan negara.



Sebaliknya bagi membolehkan rakyat khususnya orang Melayu mengenali sifat sebenar seorang pemimpin yang sanggup melakukan pendustaan, penipuan, pembohongan, hasutan dan sandiwara demi memenuhi impian politiknya.- Itulah Anwar Ibrahim!



TAJUK-TAJUK BERITA LAIN:

• Politik melampau Anwar

• Ambiga dan 'cerita kartun Bersih'

• Ambil tindakan ke atas media siar laporan palsu

Isnin, 11 Julai 2011

KENAPAKAH SASTERAWAN NEGARA A.SAMAD SAID YANG TELAH BERUSIA LEBIH 70 TAHUN ITU DILIBATKAN DALAM PERHIMPUNAN HARAM ITU.

TERAMATLAH sedih dan dukacitanya saya kenapa Sasterawan Negara (SN) Datuk A.Samad Said dilibatkan dalam perhimpunan haram BERSIH. Beliau seperti saya juga, sudah tua, malah dia lebih tua dari saya, duduk diam-diam sajalah, kalau nak sokong pun janganlah sampai berani berarak bersama dengan orang lain. Mereka semuanya sebenarnya tidak faham, mereka telah diperalatkan oleh orang-orang yang ada kepentingan. Ada yang bercita-cita hendak menjadi perdana menteri. Kalau jadi perdana menteri nanti, dia akan hapuskan kesnya itu. Mungkin dendam pun akan berlaku. Anak-anak jembalang yang ada di belakangnya itu akan dimuliakan. Mungkin Samad Said yang tidak mengerti apa-apa tentang undang-undang itu akan dilantik menjadi MENTERI SASTERA. Apakah itu yang dimimpikan oleh Samad Said. Oh tidak, kalau ada menteri sastera munkin orang lain. Orang yang lurus macam bendul itu tidak akan dipilih....
Lu fikirlah sendiri.

Sabtu, 9 Julai 2011

BERSIH SUDAH MULA MAIN KASAR.....

Perhimpunan haram: Penyokong Bersih rempuh trak polis


09/07/2011 2:57pm





KUALA LUMPUR 9 Julai – Kekecohan berlaku di pam minyak Shell di Puduraya apabila para penyokong perhimpunan haram Bersih bertindak merempuh tiga trak kecil polis sebelum menuju semula ke Bangunan Maybank.



Ini memaksa anggota Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) menyembur gas pemedih mata bagi mengawal keadaan tersebut.



Sementara itu, di Kompleks Beli Belah Sogo, polis mengarahkan kompleks tersebut menghentikan operasi dan menutup premis mereka bermula pukul 2.15 petang.



Ekoran itu, orang ramai dilihat mula bersurai dari pekarangan kompleks tersebut sejurus sahaja mendapat arahan polis.



Keadaan yang tegang turut menyebabkan ada pengunjung yang terpaksa berlindung di dalam kompleks berkenaan. – Utusan



TAJUK-TAJUK BERITA LAIN:

• Pameran Pedang Rasulullah tarik 50,000 pengunjung

• Perhimpunan haram: Khairy ditahan kerana sertai Patriot

• Perhimpunan haram: Ambiga, Hadi, Mat Sabu, Tian Chua ditahan

• Perhimpunan haram: Azeez ditahan kerana sertai Patriot

• Perhimpunan haram: Penyokong Bersih rempuh trak polis

• Perhimpunan haram: 644 ditangkap sehingga 2 petang

• Perhimpunan haram: Polis bersiap sedia di Istana Negara

• Najib puji rakyat yang menentang perhimpunan haram

• Perhimpunan haram: Pembangkang buat kecoh di KL Sentral

• Perhimpunan haram: Polis bertindak tangkap perusuh

• Perhimpunan haram: Khairy tetap hadir ketuai Patriot

• PM garis tiga pendekatan transformasi koperasi negara

• Perhimpunan haram: Anwar jangka dia akan ditangkap

• Perhimpunan haram: Polis, FRU terpaksa ambil tindakan

• Perhimpunan haram: Kedai-kedai di Kampung Baru ditutup

• Perhimpunan haram: Tangkapan bertambah kepada 514 orang

• Perhimpunan haram: Patriot bergerak dari Jalan Bukit Bintang

• Perhimpunan haram: Penyokong bergerak dari Dataran Maybank

• Perhimpunan haram: Penyokong bergerak ke Dataran Merdeka

• Perhimpunan haram: Kira-kira 21 ditahan di hadapan Sogo

• Yang Dipertua P. Pinang mahu perpaduan kaum dikekalkan

• Perhimpunan haram: Anwar bakal berarak dari KL Sentral

• Perhimpunan haram: Polis nafi berlaku pertempuran

• Perhimpunan haram: Penyokong Bersih mula berarak

• Perhimpunan haram: Salahuddin, Mahfuz ditahan polis

• Perhimpunan haram: 321 ditahan setakat 12 tengah hari

• Perhimpunan haram: Stadium Negara, Stadium Merdeka dikawal

• Perhimpunan haram: 25 termasuk seorang wanita ditahan

• Perhimpunan haram: Individu berkumpul diminta bersurai

• Perhimpunan haram: Istana Negara dikawal rapi

• Perhimpunan haram: 236 individu ditahan setakat ini

• Persidangan perwakilan UMNO Sungai Petani kecoh lagi

• Perhimpunan haram: 50 individu ditahan di KL Sentral

• Perhimpunan haram: 600 berkumpul di ibu pejabat KTMB

• Perhimpunan haram: Elak masuki pusat bandar KL

• Copa America: Chile dan Uruguay seri, Peru menang

• Perhimpunan haram: Kawasan Stadium Merdeka lengang

• Perhimpunan haram: 21 orang ditahan sejak malam tadi

• Perhimpunan haram: Dua lelaki miliki baju-T Bersih ditahan

• Bernama nafi hantar SMS mengenai pembubaran Parlimen

• Perhimpunan haram: Polis minta 600 di Masjid Negara bersurai

• Perhimpunan haram: Jalan raya di KL lengang awal hari ini

• Perhimpunan haram: 58 jalan sekitar Kuala Lumpur ditutup

• Tentera Syria tembak mati 13 penunjuk perasaan

• 53 dipercayai maut dalam nahas Kapal terbang Congo

• Penduduk Somalia kebuluran akibat kemarau - UNCHR

• 30 tahun: Kapal angkasa Atlantis jalani misi terakhir

• Legenda bola sepak negara terkejut dianugerah DSPN

ALHAMDULILLAH......KL TENANG SEHINGGA JAM 10 PAGI INI...

TAHNIAH PDRM yang mengawal ketat di sekitar Kuala Lumpur...Kalau dibiarkan tidak tahulah apa yang akan terjadi di KL. Sekiranya pengacau itu warga negara asing...usir saja dari negara ini. Yang penting Malaysia biar terus kekal aman.

JUTAAN MANUSIA UNTUK MENUNAIKAN HAJI DI MEKAH - GAMBAR DARI GOOGLE.
Jembalang dan syaitan itu sebenarnya tidak patut dibiarkan. Kepala-kepalanya patutnya sudah ditangkap. Ini menampakkan kerajaan kita ini amat lembut. Masih bagi peluang kepada mereka...

Khamis, 7 Julai 2011

Berita dari Utusan Malaysia.....7.7.2011

Anwar wajar dikenakan tindakan undang-undang


KUALA LUMPUR 6 Julai - Pihak polis dan Jabatan Peguam Negara wajar mengambil tindakan undang-undang terhadap Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana membuat laporan palsu berhubung rakaman video seks didakwa melibatkan dirinya dengan pelacur dari China.



Yang Dipertua Jaringan Melayu Malaysia (JMM), Azwanddin Hamzah (gambar) berkata, membuat laporan palsu di balai polis adalah salah di sisi undang-undang negara dan pihak yang bertanggungjawab melakukannya perlu dikenakan tindakan.



"Kami mahu pihak polis dan juga Jabatan Peguam Negara mengambil tindakan segera terhadap Anwar kerana membuat laporan palsu. Ia merupakan perbuatan yang menyalahi undang-undang dan Anwar sepatutnya dihukum.



"Kami juga mahukan Karpal Singh dan Ambiga (Datuk S. Ambiga) yang merupakan 'pakar undang-undang' di negara ini untuk menjelaskan bentuk hukuman yang boleh dikenakan terhadap Anwar," katanya.



Penjelasan daripada kedua-duanya adalah penting bagi memastikan bahawa 'pemahaman' mereka terhadap undang-undang adalah demi keadilan negara dan bukannya untuk kepentingan diri serta konco-konconya sahaja," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.



Beliau mengulas kenyataan salah seorang trio 'Datuk T', Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik supaya pihak polis serta Jabatan Peguam Negara menyiasat laporan yang dibuat oleh Anwar pada 28 April lalu di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi bagi menafikan penglibatannya dalam rakaman video berkenaan.



Sedangkan, kata Abdul Rahim, bukti daripada laporan forensik oleh dua pakar dari Dartmouth College, Handover, New Hampshire, Amerika Syarikat (AS) menunjukkan bahawa individu dalam rakaman tersebut adalah 99.9 peratus menyamai Anwar.



Abdul Rahim serta dua lagi trio 'Datuk T' iaitu Datuk Shazryl Eskay Abdullah dan Datuk Shuaib Lazim telah didakwa di Mahkamah Majistret di sini pada 24 Jun lalu atas tuduhan menayangkan adegan hubungan seksual antara seorang lelaki yang dikatakan mirip Anwar dengan seorang perempuan Cina.



Kejadian tersebut didakwa dilakukan di antara pukul 10 pagi dan 12 tengah hari, pada 21 Mac lalu di Bilik Seri Makmur, Hotel Carcosa Seri Negara, Taman Tasik Perdana, Persiaran Mahameru, di sini.



Melalui fakta kes yang dibentangkan ketika perbicaraan, mahkamah diberitahu dua pakar dari AS itu, Profesor Hany Farid serta Profesor Lorenzo Torresani telah menjalankan analisis ke atas rakaman video berkenaan dan mendapati bahawa rakaman tersebut adalah tulen iaitu tidak ada sebarang tampering (diubah-ubah) atau superimpose (pertindihan imej) dilakukan.



Analisis pengecaman wajah oleh kedua-dua pakar tersebut terhadap pelaku seks lelaki dalam rakaman video itu juga mendapati ia menyerupai Anwar.



TAJUK-TAJUK BERITA LAIN:

• MCA pertikai tindakan Selangor salur RM15,000 kepada Bersih

• Anwar wajar dikenakan tindakan undang-undang

Selasa, 5 Julai 2011

RAKYAT MALAYSIA INGINKAN KEAMANAN....

Ambiga didesak batalkan Bersih




Oleh MOHD. RAFIE AZIMI

rafie.azimi@utusan.com.my



KUALA LUMPUR 4 Julai - Himpunan Patriot (Patriot) hari ini mendesak Datuk S. Ambiga dan konco-konconya membatalkan perhimpunan haram pada Sabtu ini agar tidak dicap sebagai penderhaka kerana membelakangkan titah Yang di-Pertuan Agong.



Pengerusi Bersama Patriot, Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim berkata, Bersih seharusnya akur dengan titah Tuanku Mizan Zainal Abidin yang menegaskan bahawa lebih banyak keburukan akan berlaku akibat perhimpunan haram tersebut.



"Jika tetap diteruskan, kami tidak teragak-agak untuk mengumpulkan seramai mungkin Patriot bagi berdepan dengan Ambiga dan konco-konconya yang secara terang-terangan tidak menghormati institusi raja-raja Melayu.



"Kita tunggu dan lihat sekiranya mereka masih berdegil. Pihak polis juga digesa untuk menahan sesiapa sahaja yang ingkar dengan titah khas Seri Paduka itu," katanya dalam sidang akhbar Patriot di sini hari ini.



Sementara itu Naib Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Razali Ibrahim berkata, langkah Patriot itu adalah bagi menjunjung titah Tuanku Mizan bahawa demonstrasi jalanan banyak membawa keburukan daripada kebaikan.



Beliau berkata, tindakan itu juga bermakna tiada sebarang memorandum akan diserahkan kepada Seri Paduka seperti diuar-uarkan sebelum ini.



Bagaimanapun beliau menjelaskan, pembatalan itu tidak bermakna bahawa Patriot akan dibubarkan sebaliknya ia mungkin akan didaftarkan sebagai pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang memelihara kedaulatan negara dalam apa jua urusan.



"Kami memandang serius titah Tuanku dan menjunjung kasih ke atas titah Seri Paduka.



"Ini soal negara dan bukannya tentang siapa yang jaguh. Takkan kami hendak melayan kenyataan pihak tertentu hingga menggadaikan kerukunan negara" katanya selepas menerima kunjungan Persatuan Penjaja dan Pekedai Bumiputera Wilayah Persekutuan di Lobi Parlimen di sini hari ini.



TAJUK-TAJUK BERITA LAIN:

Ahad, 3 Julai 2011

DARI UTUSAN...dia ini kawan Anwar Ibrahim sendiri..

Bersihkan Anwar dahulu




AGAK lucu selepas tiga tahun tiga bulan pembangkang berjaya menguasai lima negeri dan menang besar di Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur, mereka terus menggerakkan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih).



Adakah mereka mampu mencatatkan kemenangan seumpama itu selain menurunkan majoriti undi Barisan Nasional di negeri-negeri lain disebabkan pilihan raya ketika itu dilangsungkan secara tidak adil dan tidak bersih?



Atau Bersih yang dipimpin orang undang-undang, Datuk S. Ambiga dan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yakin pembangkang kini sangat hebat dan Bersih adalah alasan supaya Pilihan Raya Umum ke-13 diadakan segera supaya mereka dapat menawan seluruh negara, atau sebaliknya?



Dua pemimpin mewakili kaum bukan Melayu, iaitu Presiden Parti Bersatu India Malaysia, (MIUP) Datuk S. NALLAKARUPPAN dan Naib Presiden Parti Cinta Malaysia (PCM) HUAN CHENG GUAN mempunyai pandangan yang sama tentang niat sebenar Ambiga, Anwar dan sesiapa saja yang mendalangi Bersih.



Nallakaruppan bercakap kepada wartawan Mingguan Malaysia, NORAINI ABD. RAZAK dan HAFIZAHRIL HAMID manakala ZABRY MOHAMED MAZLAN menemui Cheng Guan di Pulau Pinang bagi mengupas agenda di sebalik Bersih.





MINGGUAN: Pada pandangan Datuk apakah Datuk Seri Anwar Ibrahim akan berundur?



NALLAKARUPPAN: Bagi saya beliau mungkin akan berundur tapi bukan sekarang. Sepanjang saya berkawan dengannyadan menyaksikan sendiri dengan mata kepala saya pelbagai kegiatan kotor dan keji yang dilakukan, Anwar tidak pernah mudah berputus asa. Saya bersama dengan beliau sejak sekian lama, saya masuk dan keluar penjara kerana beliau. Saya yang banyak membantu keluarganya ketika beliau di penjara dulu. Saya bersama beliau susah dan senang. Jika saya hanya fikirkan diri sendiri sudah tentu saya bekerjasama dengan kerajaan pimpinan Tun Dr. Mahathir Mohamad dahulu, tetapi ia tidak berlaku kerana saya fikirkan tentang kawan. Apabila beliau keluar penjara saya jangkakan beliau akan berubah menjadi lebih baik tetapi tidak. Beliau tetap berkelakuan sama. Anwar tidak pernah berubah. Pada masa itulah saya membuat keputusan untuk meninggalkannya. Tiada siapa yang boleh menasihatkannya kerana beliau tidak akan mendengar. Saya sedar orang ini (Anwar) begitu berazam mahu menjadi perdana menteri.



Oleh itu saya tidak hairan apabila beliau sanggup melakukan apa saja untuk memberitahu orang lain terutama penyokongnya bahawa orang yang didakwa dalam rakaman hubungan seks dengan wanita Cina itu bukan beliau. Itu adalah sesuatu yang biasa bagi saya. Anwar pernah beritahu saya ketika beliau melihat gambarnya sendiri, lelaki ini sangat jahat (menunjukkan jari pada gambar Anwar sendiri). Apa maksudnya? Ini menunjukkan Anwar sendiri berkata dirinya adalah seorang yang jahat. Saya tidak berbohong dalam perkara ini. Perkara yang sama juga berlaku dalam kes video seks ini di mana walaupun jelas wajah yang tertera itu adalah beliau tetapi Anwar akan tetap kata itu bukan dia. Bagi saya mungkin Anwar sendiri tidak sedar bahawa beliau sendiri yang melakukan perbuatan terkutuk itu kerana beliau mempunyai penyakit gangguan mental. Penyakit yang melanda Anwar ini jarang berlaku pada orang lain kerana mereka tidak mempunyai masalah personaliti yang pelbagai selain tidak bercita-cita mahu menjadi Perdana Menteri. Jika penyakit ini tidak dirawat dengan segera, Anwar akan sentiasa menyalahkan pihak lain walaupun terbukti aksi di dalam video seks itu adalah dirinya.



Apa perlunya Anwar dan Datuk Ambiga mengadakan Bersih?



NALLAKARUPPAN: Saya nak tanya siapa Ambiga, siapa Mohammad Sabu? Bukankah Timbalan Presiden Pas itu adalah orang pertama menggelar Anwar al-Juburi? Kini beliau pula yang mengagung-agungkan Anwar malah saya boleh katakan beliau menjilat balik ludah sendiri. Bagi saya mereka yang terlibat dalam Bersih sebenarnya jahil tentang definisi Bersih itu sendiri serta jahil tentang siapa sebenarnya Anwar.



Walaupun saya bukan orang Islam tetapi saya tahu selagi seseorang Islam itu tidak bertaubat selagi itu dia tidak bersih. Sebagai seorang yang rapat dengan Anwar, saya nak beritahu pengikut Bersih, pergilah berdemonstrasi di hadapan rumah Anwar supaya dia bertaubat sebelum berdemonstrasi terhadap kerajaan.



Bagi saya yang penting sekarang bukan penganjuran Bersih kerana sangat jelas itu adalah perhimpunan haram. Yang paling utama sekarang adalah Wan Azizah mesti bersihkan suami dia dan bukannya menganjurkan pergerakan haram seperti Bersih yang akan menyusahkan orang lain. Tetapi bersih yang bagaimana perlu Wan Azizah lakukan terhadap Anwar? Pertamanya, Wan Azizah mesti bersihkan mental suami dia dan sucikan badan dia. Biarlah Wan Azizah yang bersihkan Anwar dan mandikan beliau sebersih-bersihnya sebelum Anwar dimandi bersihkan oleh rakyat kerana perlakuan kotor beliau dan tindakan-tindakannya yang boleh merosakkan negara. Saya amat kesal dan sedih kerana Anwar tidak henti-henti menipu rakyat, bukan itu saja dia juga cuba memporak-perandakan rakyat dan merosakkan negara. Kalau Wan Azizah tak bersihkan suaminya, saya berasa kasihan terhadap keluarga terutama anak-anak beliau. Pastinya apa yang dilakukan Anwar akan memberi kesan dan memalit kekotoran kepada keluarga, parti, rakyat yang menyokong beliau serta negara.



Apakah Datuk melihat orang awam akan menyertai Bersih?



NALLAKARUPPAN: Perhimpunan Bersih sebenarnya hanya dihadiri oleh ahli-ahli parti dan bukannya orang awam. Ahli parti yang datang nanti pun pada pandangan saya hanyalah dari parti Pas dan PKR sahaja. Ahli parti DAP adalah beberapa kerat yang turun padang, yang lain hanya melihat dari jauh dan bertepuk tangan menyaksikan perpecahan hasil daripada usaha mereka. Pada saya mereka yang menyertai perhimpunan tersebut adalah jahil sehingga tidak tahu membezakan antara yang kotor dan bersih. Kalau mereka tak jahil, mana mungkin mereka ikut orang yang kotor seperti Anwar. Mereka tidak akan jadi macam itu jika pemimpin yang kotor dan langsung tidak bersih seperti Anwar memperdaya mereka dengan pelbagai bentuk fitnah dan pembohongan.



Kalau dilihat pelbagai rahsia mengenai perlakuan Anwar terdedah satu persatu, tetapi kenapa penyokongnya masih tidak boleh menerima kenyataan?



NALLAKARUPPAN: Saya hendak beritahu di sini Anwar adalah seorang pelakon yang sangat handal. Akan ada pelbagai cerita dan pembohongan yang akan direka beliau bagi menafikan kesalahan dan perlakuan kotor beliau. Saya bagi contoh dahulu ketika di dalam penjara beliau selalu menggunakan alasan masalah kesihatanlah, diracun arsenik dan pelbagai lagi untuk tarik simpati sedangkan ketika di atas katil Anwar boleh pula ‘menari’ dengan baik.



Kenapa Anwar tidak mahu bersihkan kes liwat dia dulu dan masih mencuba pelbagai cara untuk menangguhkan perbicaraan. Bukankah lebih senang jika Anwar serahkan DNA, jika beliau benar-benar tidak bersalah. Segala-galanya tentang kejahatan beliau tidak mahu dibersihkan tetapi sekarang Anwar nak perjuangkan Bersih. Walau apa pun alasan yang Anwar berikan, yang pasti perhimpunan haram Bersih didalangi pihak tertentu dan ia adalah seratus peratus cubaan Anwar untuk alih kes liwat beliau serta video seksnya.



Datuk rasa apakah motif utama Anwar dalam penganjuran Bersih ini?



NALLAKARUPPAN: Saya percaya Anwar mempunyai tiga objektif utama. Pertama beliau memilih untuk mendalangi perhimpunan Bersih untuk mengelak dan mengalih pandangan rakyat terhadap kes liwat yang akan disambung bicara pada Julai ini. Keduanya, Anwar dapat merasakan sokongan rakyat terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak semakin bertambah. Malah ada antara mereka yang dulu penyokong kuat Anwar kini sudah beralih arah. Oleh itu dengan penganjuran Bersih, mereka akan membuat kecoh supaya rakyat terutama mereka yang di atas pagar tertanya-tanya adakah keputusan mereka untuk memberi sokongan kepada Perdana Menteri adalah tepat.



Ketiganya, mereka dapat merasakan pilihan raya umum sudah semakin hampir. Justeru Anwar kena buktikan bahawa sokongan terhadapnya masih kuat supaya pihak yang membiayai pergerakan dan partinya akan terus memberikan dana. Memandangkan BN di bawah kepimpinan Najib kini semakin mendapat sokongan rakyat, Anwar cuba memburuk-burukkan imej kerajaan pada pandangan orang luar supaya akan timbul sangsi dan kasihan terhadap beliau sekaligus membuatkan kerajaan pula yang salah dan beliau pula yang dilihat tertindas. Anwar merupakan seorang yang sangat terdesak sekarang maka dengan penganjuran Bersih ia dilihat mampu mengenepikan persepsi negatif rakyat terhadapnya.



Perlukah perhimpunan haram seperti Bersih ini dianjurkan?



NALLAKARUPPAN: Bagi saya gaya perhimpunan haram dan berdemonstrasi sememangnya sentiasa menjadi taktik Anwar sejak zaman beliau di universiti lagi. Anwar sanggup lakukan apa sahaja untuk melampiaskan apa yang dia terdesak, malah beliau akan buat macam-macam perkara untuk menarik perhatian. Malah ketika Anwar menjadi menteri dan Timbalan Perdana Menteri dahulu beliau selalu cuba mengalihkan isu menggunakan platform yang ada elemen perhimpunan - konsepnya sentiasa sama sejak dulu lagi. Anwar adalah manusia yang sangat berbeza. Ketika berhadapan dengan rakyat dia menjadi lain, ketika bersendirian di dalam bilik dengan saya, saya tahu siapa Anwar. Dia akan menjadi monster. Saya tahu dan saya tengok sendiri Anwar sama ada ketika dia bersama lelaki atau wanita.



Kalau kita lihat dalam kes liwat yang pertama dahulu, walaupun dikatakan ada konspirasi, tetapi telah terbukti ada berlakunya sodomi cuma beliau dibebaskan disebabkan beberapa perkara teknikal. Kini beliau terlibat pula dalam perbicaraan kes liwat kedua. Saya nak tanya kalau betul ada konspirasi, adakah orang dalam dunia ini yang sanggup diumpan menjadi mangsa dan menerima upah? Kalau betul pun diupah, takkan dia sanggup berbohong buat sumpah laknat kerana semua kita tahu risiko yang terpaksa ditanggung atau apakah dia ini tidak takut dengan laknat yang bakal menimpa?



Bagaimana Datuk melihat kes video seks yang dikatakan melibatkan Anwar?



NALLAKARUPPAN: Saya sudah menonton video tersebut dan saya yakin lelaki itu adalah Anwar. Dahulu kerana tidak ada bukti mereka tidak percaya Anwar tidak akan berkelakuan sekeji itu. Kini sudah ada bukti jelas terpampang wajah Anwar malah sudah disahkan oleh pakar dari Amerika Syarikat, namun para penyokong dan pemimpin parti pembangkang lain tetap menafikan itu adalah Anwar. Saya tidak faham kenapa mereka masih tidak mahu menerima hakikat malah sanggup membuat perhimpunan haram untuk membela Anwar yang sudah semakin terdesak.



Tetapi saya yakin sebenarnya pengikut-



pengikut dan pembela Anwar termasuklah Presiden Pas, Datuk Seri Hadi Awang, timbalannya Mohammad Sabu serta Lim Kit Siang, Karpal Singh dan lain-lain, fikiran dan otak mereka semua sudah dimandulkan oleh Anwar. Sebab itu mereka tak tahu nak bezakan antara video dan besi. Malah saya sendiri sudah berjumpa beberapa pemimpin Pas bagi tahu siapa Anwar yang sebenar, terpulanglah kepada mereka jika mahu terus bersekongkol dengan Anwar.



Bagaimana Datuk melihat pakatan dan muslihat di kalangan pembangkang?



NALLAKARUPPAN: Bagi saya hampir semua orang tahu, Pas tahu dan DAP tahu siapa sebenarnya Anwar. Mereka hanya bermain politik mengatakan Anwar tidak bersalah sedangkan hakikatnya mereka tahu siapa dan bagaimana kelakuan Anwar sebenarnya. Malah mereka juga antara orang pertama menggelar Anwar dengan bermacam gelaran. Tetapi kerana kuasa politik mereka sanggup memejamkan mata dan menutup mulut dari kebenaran. Hanya kerana seorang lelaki mereka ini sanggup bersekongkol dan bersubahat menutup kebenaran dan mahu melihat negara ini dihancurkan. Saya nak katakan hakikatnya rumah sendiri pun kotor tetapi ada hati nak bersihkan rumah orang lain. Bersihkan rumah sendiri dulu barulah sibuk nak bersihkan rumah orang lain.



Mungkin Datuk ada pesanan kepada Anwar dan mereka yang mahu menyertai perhimpunan Bersih?



NALLAKARUPPAN: Saya mahu nyatakan di sini walaupun saya seorang penganut agama Hindu, tetapi saya sanggup bersumpah mengikut ajaran agama saya bahawa apa yang saya katakan mengenai kelakuan dan perbuatan Anwar itu adalah benar. Malah saya sanggup bersumpah di dalam kuil, seperti mana tuntutan agama saya. Saya tidak takut memijak api seperti yang dikehendaki dalam agama saya dan tidak takut anak isteri saya terkena sumpahan walaupun saya tahu itu adalah satu perkara yang agak berat namun saya berani lakukan semua ini kerana saya tahu sumpah saya adalah benar.



Satu perkara lagi saya bimbang jika perhimpunan haram Bersih diteruskan dikhuatiri ia akan menjadi medan perpecahan sesa



ma orang Melayu yang terbesar dalam seja



rah negara. Adalah malang bagi orang Melayu kerana jika berlaku perpecahan ia berpunca daripada usaha Anwar untuk meme



nuhi cita-citanya. Apabila kaum Melayu yang merupakan majoriti bergaduh antara satu sama lain, ia akan menjadi titik permu



laan kepada kehancuran sesebuah negara sedangkan sepatutnya perpaduan orang Melayu adalah kunci kepada perpaduan nasional. Oleh itu fikirkan dengan teliti apakah berbaloi menyertai perhimpunan haram Ber



sih ini yang agenda utamanya adalah untuk survival politik Anwar yang akhirnya menggugat perpaduan orang Melayu dan akhirnya menjadi titik kepada kehancuran negara.



TAJUK-TAJUK BERITA LAIN:

• Memahami konteks 9 Julai

• Bersihkan Anwar dahulu

• Bakar sentimen Melayu, bukan Melayu

• Menghadapi hari penentuan

• Selamat ulang tahun ke-484

SAYA SOKONG TITAH SULTAN PAHANG ITU

'Tentang Bersih habis-habisan'


ROMPIN 2 Julai - Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah bertitah, perhimpunan haram Bersih pada 9 Julai ini perlu ditentang habis-habisan oleh rakyat kerana ia mendatangkan keburukan kepada negara.



Oleh itu, baginda mahu kerajaan mengambil tindakan tegas terhadap pihak yang didapati terlibat dalam perhimpunan haram tersebut.



"Kita duduk dalam negara yang aman dan makmur bersama semua kaum, jadi, tak payahlah adakan demonstrasi dan saya secara peribadinya memang menentang perkara ini dan kita semua harus tentang habis-habisan," titah baginda.



Sultan Ahmad Shah bertitah selepas baginda merasmikan bangunan pejabat stesen Institut Pembangunan Penyelidikan Pertanian (MARDI) di Muadzam Shah di sini hari ini.



Hadir sama, Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob dan Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Johari Baharum.



Baginda bertitah, perhimpunan itu tidak sepatutnya diadakan memandangkan negara telah mencapai kemerdekaan sejak 54 tahun lalu.



Sehubungan itu baginda menyeru rakyat supaya tidak menyertai perhimpunan haram itu kerana ia lebih membawa keburukan daripada kebaikan.



Baginda bertitah, perhimpunan itu tidak membawa sebarang manfaat kepada rakyat, tetapi menyusahkan mereka yang selama ini menjalani kehidupan aman dan tenteram.



"Saya merayu kepada rakyat jelata supaya tidak campur tangan dalam hal Bersih ini. Bersih ke, kotor ke, ia demonstrasi yang sememangnya tidak bersih," titah baginda.



TAJUK-TAJUK BERITA LAIN:

Jumaat, 1 Julai 2011

BERITA DARI UTUSAN MALAYSIA....

Ambiga tetap berdegil, tunjuk sikap 'kepala batu'


KUALA LUMPUR 30 Jun - Dalang utama perhimpunan haram Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih), Datuk Ambiga Sreenevasan menunjukkan sikap 'kepala batu' apabila berdegil untuk terus menganjurkan perhimpunan itu pada 9 Julai depan, meskipun dipanggil sekali lagi oleh polis hari ini untuk memberi keterangan.



Malah, peguam aktivis itu turut bertindak 'lebih berani' apabila meminta polis membantu mereka bagi memastikan perhimpunan itu berlangsung secara aman.



Menurut Ambiga, pihaknya telah mengemukakan cadangan kepada Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar supaya polis dapat membantu mengenal pasti jalan-jalan yang boleh dilalui bermula dari Kuala Lumpur sehingga Taman Jaya, Petaling Jaya.



Bagaimanapun dakwanya, Ismail tidak memberi sebarang komen sepanjang perjumpaan yang diadakan selama satu jam itu yang bermula pukul 1.45 petang di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman.



"Kami berharap Ketua Polis Negara berfikiran terbuka dan kami akan bekerjasama dengan polis untuk memastikan perhimpunan itu berjalan dengan aman dan selamat," katanya selepas mengadakan pertemuan dengan Ismail.



Beliau dengan bangga mendakwa boleh menyediakan 5,000 pengawas termasuk pembantu perubatan bagi mengawal 80,000 peserta di sepanjang laluan perhimpunan itu.



Dalam pada itu, Ambiga turut menafikan bahawa penganjur Bersih terlibat dalam mengedar risalah mengajak orang ramai menyertai perhimpunan itu di seluruh negara sebaliknya menegaskan ia dilakukan oleh pihak tidak bertanggungjawab.



"Kumpulan yang memakai baju kuning dengan niat untuk menggulingkan kerajaan di samping mengedarkan risalah supaya menyertai Bersih bukanlah dalam kalangan penganjur perhimpunan ini," ujarnya.

BERSIH YANG TIDAK BERSIH....

Nik Aziz 'larikan diri', tidak restu Bersih?




Sebahagian daripada ahli pertubuhan bukan kerajaan dan Pemuda UMNO berhimpun secara aman membawa kain rentang membantah perhimpunan Bersih di Kota Bharu, semalam. - Utusan/Rosni Masri



--------------------------------------------------------------------------------





KOTA BHARU 30 Jun - Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dikatakan tidak merestui perhimpunan haram Bersih kerana telah 'melarikan diri' keluar negara ketika pemimpin pembangkang sedang bersiap sedia untuk menempuh 9 Julai ini.



Ketua Pemuda UMNO Kelantan, Anuar Safian berkata, sekiranya Nik Abdul Aziz yang juga Mursyidul Am Pas menyokong perhimpunan tersebut, ia bermakna beliau menafikan haknya serta Pas untuk memerintah negeri ini.



Beliau berkata, perhimpunan tersebut merupakan satu program yang amat besar kepada pembangkang dan cuba menarik penglibatan ratusan ribu rakyat di negara ini.



"Saya nampak Nik Abdul Aziz cuba untuk melarikan diri daripada terlibat dengan Bersih, dia tidak setuju dengan Bersih, kalau dia setuju dia menafikan hak untuk memerintah Kelantan kerana Pas dipilih melalui pilihan raya.



"Kelantan diperintah oleh Pas selama 20 tahun, kalau Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tidak telus, kita tidak akan biar Pas memerintah selama 20 tahun kerana kita mampu boleh beri lebih baik kepada rakyat Kelantan. Tetapi disebabkan SPR telus kita menerima keputusan pilihan raya ini," katanya kepada Utusan Malaysia di sini, hari ini.



Nik Abdul Aziz bersama isteri, Datin Tuan Sabariah Tuan Ishak telah berlepas ke Uzbekistan dan mengerjakan umrah di Mekah, Selasa lalu. Turut serta Exco Kerajaan Pas Kelantan, Datuk Mohd. Amar Nik Abdullah.



Difahamkan Nik Abdul Aziz akan berada di luar negara selama dua minggu dan tugasnya dilakukan timbalannya, Datuk Ahmad Yaacob.



Terdahulu, kira-kira 100 pemuda yang berpakaian serba merah mengadakan perhimpunan secara aman di hadapan ibu pejabat Pas Kelantan di sini kira-kira pukul 3 petang ini bagi mendesak Pas tidak terlibat dengan perhimpunan haram Bersih pada 9 Julai ini.



Mereka berkumpul selama 30 minit dengan membawa bendera 'patriot' dan sepanduk yang di antaranya tertulis: 'Tok Guru gi buat umrah sebab tak sir terlibat dengan Bersih, takkan puak-puak Pas tak sedar lagi', 'Pas jadi kuda tunggangan DAP dan Anwar Ibrahim' dan 'Perhimpunan Bersih yang kotor'.



Sementara itu, Anuar berkata, perhimpunan secara aman 'patriot' dan beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) diadakan bagi mendesak Pas supaya tidak melibatkan diri dengan Bersih kerana ia jelas mengganggu ketenteraman awam.



"Pas harus sedar siapa Ambiga Sreenevasan, seorang pejuang untuk kesamarataan agama malah dalam kes Lina Joy, beliau yang mempertahankan kebebasan agama. Apakah perjuangan Ambiga selaras dengan perjuangan Pas," katanya.