MULAKAN SETIAP PEKERJAAN KITA DENGAN MEMBACA BISMILLAH SEMOGA MENDAPAT KEBERKATAN ALLAH SWT.

Ahad, 3 Julai 2011

SAYA SOKONG TITAH SULTAN PAHANG ITU

'Tentang Bersih habis-habisan'


ROMPIN 2 Julai - Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah bertitah, perhimpunan haram Bersih pada 9 Julai ini perlu ditentang habis-habisan oleh rakyat kerana ia mendatangkan keburukan kepada negara.



Oleh itu, baginda mahu kerajaan mengambil tindakan tegas terhadap pihak yang didapati terlibat dalam perhimpunan haram tersebut.



"Kita duduk dalam negara yang aman dan makmur bersama semua kaum, jadi, tak payahlah adakan demonstrasi dan saya secara peribadinya memang menentang perkara ini dan kita semua harus tentang habis-habisan," titah baginda.



Sultan Ahmad Shah bertitah selepas baginda merasmikan bangunan pejabat stesen Institut Pembangunan Penyelidikan Pertanian (MARDI) di Muadzam Shah di sini hari ini.



Hadir sama, Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob dan Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Johari Baharum.



Baginda bertitah, perhimpunan itu tidak sepatutnya diadakan memandangkan negara telah mencapai kemerdekaan sejak 54 tahun lalu.



Sehubungan itu baginda menyeru rakyat supaya tidak menyertai perhimpunan haram itu kerana ia lebih membawa keburukan daripada kebaikan.



Baginda bertitah, perhimpunan itu tidak membawa sebarang manfaat kepada rakyat, tetapi menyusahkan mereka yang selama ini menjalani kehidupan aman dan tenteram.



"Saya merayu kepada rakyat jelata supaya tidak campur tangan dalam hal Bersih ini. Bersih ke, kotor ke, ia demonstrasi yang sememangnya tidak bersih," titah baginda.



TAJUK-TAJUK BERITA LAIN:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan