MULAKAN SETIAP PEKERJAAN KITA DENGAN MEMBACA BISMILLAH SEMOGA MENDAPAT KEBERKATAN ALLAH SWT.

Rabu, 3 Ogos 2011

Tolak Anwar: usaha DAP, Pas kekalkan kedudukan

SHAH ALAM 2 Ogos - Penolakan terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim oleh DAP dan Pas membuktikan bahawa Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu kini dianggap sebagai beban kepada masa depan politik mereka.

Ketua Penerangan UMNO Selangor, Abdul Shukor Idrus berkata, keadaan itu dapat dilihat apabila Pas dan DAP melaksanakan pelbagai langkah untuk mengekalkan kedudukan masing-masing sehingga mengetepikan peranan PKR termasuklah Anwar sebagai ketua pembangkang.

"Keadaan yang boleh ditakrifkan sebagai 'penolakan Anwar dan PKR' ini adalah petanda bahawa Anwar tidak lagi diperlukan oleh pembangkang untuk mendapatkan sokongan politik.

"Anwar sebenarnya sudah tidak lagi relevan kepada masa depan pakatan pembangkang," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah baru-baru ini dikatakan ditawarkan untuk menjadi ketua pembangkang bagi menggantikan Anwar jika Penasihat PKR itu sabit kesalahan bagi kes liwat yang dihadapinya sekarang.

Ketua Dewan Ulama Pas, Datuk Harun Taib tidak menafikan kemungkinan Tengku Razaleigh bakal memegang jawatan itu dan perkara sama turut dinyatakan oleh Penasihat DAP, Lim Kit Siang bahawa sudah tiba masanya bagi parti itu meluaskan pengaruh mereka dengan menjangkau seluruh rakyat Malaysia tanpa mengira bangsa dan agama.

Abdul Shukor berkata, pimpinan Pas mungkin melihat Anwar sebagai liabiliti kepada parti ekoran terpalit dengan pelbagai dakwaan salah laku moral ketika ini.

"DAP juga dilihat seolah-olah sedikit demi sedikit meninggalkan PKR dan Anwar apabila dilaporkan bersedia untuk meletakkan calon-calonnya bertanding di kawasan majoriti Melayu," katanya.

Menurut beliau, langkah tersebut dilihat sebagai satu isyarat bahawa DAP juga tidak memerlukan sokongan PKR dan Pas untuk mendapatkan sokongan orang Melayu.

"Jika sebelum ini DAP bergantung kepada undi dan sokongan Pas serta PKR, kini parti itu seolah-olah yakin akan mendapat sokongan orang Melayu secara bersendirian," katanya.

KOMEN OSMAN DOL: LU FIKIRLAH SENDIRI....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan