MULAKAN SETIAP PEKERJAAN KITA DENGAN MEMBACA BISMILLAH SEMOGA MENDAPAT KEBERKATAN ALLAH SWT.

Khamis, 4 Ogos 2011

Kes Sosilawati: Saksi nampak empat lelaki buang barang


04/08/2011 7:04pm
SHAH ALAM 4 Ogos - Seorang saksi perbicaraan kes bunuh jutawan kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga individu lain memberitahu Mahkamah Tinggi di sini hari ini bahawa dia nampak empat orang lelaki membuang barang di beberapa lokasi di Banting pada September tahun lepas.

U. Suresh, 27, berkata, dia melihat perbuatan itu semasa lori yang dipandunya mengekori sebuah pacuan empat roda berwarna biru yang dinaiki oleh empat orang lelaki termasuk seorang lelaki warga Indonesia pada pagi 4 September tahun lepas.

Sebelum itu, saksi ke-29 pendakwaan tersebut berkata, seorang lelaki telah menahan lori yang dipandunya di simpang masuk menghala ke tempat kerjanya, iaitu sebuah ladang di Tanjung Sepat, Banting, dan bertanyakan sama ada boleh menyewa lorinya.

Suresh, yang sedang menjalani hukuman penjara 20 tahun kerana melupuskan bahan bukti dalam kes pembunuhan tersebut, berkata lelaki terbabit memberitahu bahawa lori itu diperlukan untuk membuang barang sembahyang dan bersedia membayar upah sebanyak RM250. - Bernama

Tiada ulasan:

Catat Ulasan