MULAKAN SETIAP PEKERJAAN KITA DENGAN MEMBACA BISMILLAH SEMOGA MENDAPAT KEBERKATAN ALLAH SWT.

Ahad, 26 Jun 2011

Pas tidak terjejas




SHAH ALAM – Pas tetap bersama Pakatan Rakyat (PR) walaupun lelaki dalam video seks yang dikaitkan dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim dikatakan 99.99 peratus menyerupai Ketua Pembangkang itu.



Naib Presiden Pas, Salahuddin Ayub berkata, tidak timbul isu Pas akan mengkaji kedudukan dalam PR kerana perjuangan parti itu bersama rakan sekutu yang lain masih belum selesai.



“(Video seks itu) tidak langsung menjejaskan hubungan kami dalam PR kerana pendirian kami jelas bahawa beliau (Anwar) tidak terlibat dalam isu membabitkan video seks.



“Ini kerana yang tulen hanya video dan bukannya individu (dalam video seks itu),” katanya kepada Sinar Harian semalam.



Sementara itu, Ketua Dewan Ulama Pas, Datuk Harun Taib berkata, isu video seks adalah masalah peribadi Anwar.



“Ia tiada kaitan mengenai kerjasama Pas dalam PR, kerana perjanjian parti dengan PR, bukan dengan Anwar.



“Justeru, isu Pas keluar PR tidak timbul kerana Pas masih tetap bekerjasama dengan PR,” katanya.



Mahkamah Majistret Kuala Lumpur kelmarin diberitahu bahawa dua pakar anliasa pengecaman wajah dari Dartmouth College, Amerika Syarikat mengesahkan daripada kajian mereka bahawa lelaki dalam video itu 99.99 peratus menyerupai Anwar.



Trio Datuk T yang dianggotai bekas Ketua Menteri Melaka, Tan Sri Rahim Tamby Chik; ahli perniagaan, Datuk Shazryl Eskay Abdullah dan bekas Bendahari Perkasa, Datuk Shuaib Lazim didapati bersalah menayangkan video itu kepada sekumpulan wartawan 21 Mac lalu.


KOMEN OSMAN DOL: Kalau nak pilih pemimpin pilihlah pemimpin yang bersih dan berwibawa  - bukan pemimpin yang kotor dan menjijikkan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan