MULAKAN SETIAP PEKERJAAN KITA DENGAN MEMBACA BISMILLAH SEMOGA MENDAPAT KEBERKATAN ALLAH SWT.

Selasa, 28 Disember 2010

HEI, TAK SOGANKAH?.....

ARKIB : 27/12/2010

Anwar ‘cakap tak serupa bikin’

•ANWAR Ibrahim mendakwa kerajaan Barisan Nasional (BN) bersikap zalim, konspirasi polis menjeratnya dan sistem mahkamah Malaysia berat sebelah. Sekiranya semuanya tidak boleh digunapakai, mengapa tidak mahu bersumpah seperti Saiful?

•Anwar selalu mendakwa media utama milik kerajaan menyiarkan berita palsu tanpa bukti, mengapa tidak mengambil tindakan mahkamah?

•Anwar mendakwa media utama menyiarkan berita tidak benar dan berat sebelah. Namun pada masa yang sama, akhbar Keadilan selalu mengemukakan berita tidak benar dan fitnah serta kerapkali tidak masuk akal dengan fakta-fakta yang diragui.

•Anwar mendakwa kerajaan BN mengamalkan kronisme, favouritisme dan segala ‘isme’. Tetapi semasa beliau menjadi Menteri Kewangan, beberapa ramai keluarga terdekat dan sahabat handai menjadi jutawan segera termasuk Azmin Ali?

•Anwar semasa menjadi Menteri Kewangan, apakah jasa dan bakti beliau kepada negara? Kemajuan Negara semasa itu adalah idea dan buah fikiran mantan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad.

•Anwar mendakwa UMNO dan BN adalah pengkhianat negara dan bangsa serta mendapat pertolongan Yahudi. Tetapi hairannya apabila masalah melandanya dan Pakatan Rakyat (PR) atau Parti Keadilan Rakyat (PKR), beliau selalu keluar negara menghadap Yahudi di Amerika dan Australia.

•Anwar mendakwa kes beliau di mahkamah di atas tuduhan liwat adalah fitnah dan konspirasi UMNO dan BN. Menakjubkan beliau mendapat sokongan moral daripada pemimpin luar negara yang tidak bermoral yang mengamalkan amalan liwat.

•Anwar mendakwa mendapat pandangan beberapa ulama di dalam perjuangannya. Tetapi menghairankan beliau mengamalkan budaya fitnah, ghibah dan putar belit sebagai amalan politiknya.

•Anwar mendakwa mendapat sokongan ulama. Tetapi siapakah yang didakwa bertaraf ulama itu, apakah daripada Ahli Sunnah Waljamaah atau bukan? Malangnya beliau mengamalkan pluralism (persamaan) agama di mana ia terang-terangan adalah sesat lagi menyesatkan, boleh menyebabkan murtad dan mati di dalam keadaan kafir.

•Anwar mendakwa memperjuangkan agama dan bangsa, tetapi bersekongkol dengan DAP, parti anti-Melayu dan anti-Islam sejak dahulu lagi.

CICIT TUN SABAN
Perak

Tiada ulasan:

Catat Ulasan