MULAKAN SETIAP PEKERJAAN KITA DENGAN MEMBACA BISMILLAH SEMOGA MENDAPAT KEBERKATAN ALLAH SWT.

Jumaat, 17 Disember 2010

Beruta daru UTUSAN MALAYSIA.

Anwar sudah cukup diberi ruang - Nazri

KUALA LUMPUR 16 Dis. - Penggantungan Datuk Seri Anwar Ibrahim dibuat selepas Ahli Parlimen Permatang Pauh itu diberi ruang yang cukup untuk membela diri namun gagal melakukannya.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz berkata, sejak sidang Parlimen April lalu, Anwar telah diberi banyak kesempatan membuat penjelasan atau menarik balik tuduhannya yang tidak benar terhadap kerajaan.

"Begitu juga pada sesi kedua dan sesi ini tetapi dia tetap tidak buat (penjelasan atau tarik balik tuduhan)," katanya pada sidang akhbar di lobi Parlimen.

Justeru, beliau melihat tindakan pembangkang memboikot persidangan hari ini sebagai satu usaha untuk menggagalkan perjalanan mesyuarat, dengan harapan kedua-dua usul menggantung Anwar dan tiga ahli Parlimen pembangkang lain tidak dibahas atau diluluskan.

Namun katanya, cubaan pembangkang itu gagal dan silap kerana tindakan mereka ibarat memberikan sepakan penalti kepadanya dan Barisan Nasional (BN) di depan gawang yang tidak dikawal penjaga gol.

Usul penggantungan Anwar diluluskan tanpa bahas manakala usul menggantung Karpal Singh (DAP-Bukit Gelugor), Azmin Ali (PKR-Gombak) dan R. Sivarasa (PKR-Subang), juga selama enam bulan, diluluskan setelah dibahaskan masing-masing dua ahli Parlimen BN dan Bebas.

Mengulas hasrat Karpal ingin mengheret Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia ke mahkamah ekoran keputusannya meluluskan usul menggantung Anwar dan tiga ahli Parlimen yang lain, Nazri menyifatkannya sebagai kenyataan bodoh dan gila.

Beliau yakin kes itu akan ditolak oleh mahkamah kerana sistem pemerintahan negara terbahagi kepada tiga iaitu perundangan, kehakiman dan eksekutif, sama seperti peraturan negara lain yang menggunakan sistem Westminster dengan menyaksikan Parlimen sebagai institusi terulung (supreme).

"Itu satu perkara yang gila, penasihat undang-undang pun penasihat undang-undang gila, bodoh sebab mahkamah, eksekutif, legislatif adalah bebas," tegasnya.

Sementara itu, baginya, tindakan ahli Parlimen pembangkang membawa pelbagai poster ke dalam Dewan Rakyat, adalah tindakan yang hina dan memalukan kerana jelas melanggar peraturan yang tidak membenarkan 'barang-barang asing' dibawa masuk.

"Sebagai Ahli Yang Berhormat, mereka perlulah bersikap terpuji dengan tidak menipu, ini jelas menipu dan ia tidak seharusnya terjadi," katanya.

Dalam perkembangan berkaitan, katanya, penggantungan empat ahli Parlimen pembangkang itu tidak memberi kelebihan kepada BN untuk memperoleh majoriti dua pertiga di Parlimen untuk mengubah apa-apa peruntukan perlembagaan atau meluluskan sebarang rang undang-undang.

Katanya, ini kerana kerusi Parlimen BN hanya berjumlah 137, sedangkan majoriti dua per tiga memerlukan gagasan itu mempunyai 148 kerusi.

"Tidak timbul soal dua pertiga, untuk mendapat majoriti dua pertiga BN memerlukan sekurang-kurangnya sokongan 148 ahli Parlimen, buat masa ini BN hanya ada 137 kerusi.

"Sebenarnya mereka ini (pembangkang) tidak faham tentang majoriti dua pertiga itu," katanya.

KOMEN OSMAN DOL: Dulu saya selalu terfikir bahawa Malaysia mesti mempunyai parti pembakang untuk menegur salah silap kerjaan serta memberikan cadangan2 yang baik untuk dilakukan oleh kerajaan. Sekarang sudah ramai ahli2 parlimen atau ADUN dari parti pembakang. Sepatutnya berlakulah kebaikan2 sebagaimana yg kita harapkan. Tetapi apa yang terjadi adalah sebalik. Mereka membuat kacau dalam dewan. Bising. Biadap. Dan ternyata mereka ada ajenda tersediri untuk menumbangkan kerajaan yang dipilih oleh rakyat hari ini. Mereka mungkin ingin melepaskan seseorang yang telah melakukan DOSA BESAR dari dikenakan hukuman.
Makin ramai ahli parlimen digantung maka bertambah baik lagi. Mereka ada pun buat kecuh saja; bukan memberi kebaikan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan