MULAKAN SETIAP PEKERJAAN KITA DENGAN MEMBACA BISMILLAH SEMOGA MENDAPAT KEBERKATAN ALLAH SWT.

Jumaat, 10 Disember 2010

INI BUKAN SANDIWARA....NAJIB. (Berita dan gambar dari BERITA HARIAN....)

Oleh Johari Ibrahim, Magendran Rajagopal dan Haspaizi Mohd Zain

bhnews@bharian.com.my

2010/12/10

PERDANA Menteri, Datuk Seri Najib Razak ketika menyampaikan ucaptama majlis menandatangani ikrar memerangi rasuah oleh masyarakat peniaga di Putrajaya, semalam. - Foto Afendi Mohamed
-------------------------------------------------------------------------------
PUTRAJAYA: Datuk Seri Najib Razak menegaskan, pendakwaan kes rasuah terhadap Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo bukannya sandiwara dan mainan politik tetapi sudah diteliti Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan pejabat Peguam Negara. “Apa dia sandiwaranya kalau sudah didakwa... maknanya kita bukan jadikan ini satu mainan. Ini satu perkara yang diteliti semasak-masaknya oleh SPRM,” kata Perdana Menteri yang menafikan dakwaan pembangkang bahawa pendakwaan terhadap bekas Menteri Besar Selangor itu hanyalah sandiwara dan mainan kerajaan Barisan Nasional (BN). Beliau berkata, tohmahan itu dibuat kerana rasuah dijadikan isu politik oleh pembangkang untuk ‘mengenakan’ kerajaan seperti tidak serius, ada perlindungan dan pendakwaan berpilih.

“SPRM sebagai badan bebas, mengemukakan kepada Peguam Negara dan bagi pihak yang bebas juga Peguam Negara tentukan sama ada, ada kes atau tidak. Keputusan sudah dibuat Peguam Negara dan kita biarkan proses ditentukan mahkamah.

“Tidak timbul soal 'menyembunyikan' sesuatu kes kerana SPRM perlu memberikan penjelasan kepada Lembaga Penilaian Operasi bagi aduan yang tidak diambil tindakan,” katanya.

Perdana Menteri kesal kerana ada pihak suka melemparkan tuduhan atau gosip liar dan mempolitikkan isu rasuah sehingga merumitkan lagi persepsi terhadap usaha kerajaan memerangi jenayah itu.

Beliau bercakap kepada pemberita selepas menyaksikan majlis menandatangani ikrar memerangi rasuah oleh masyarakat peniaga anjuran SPRM di sini, semalam, sempena Hari Pencegahan Rasuah Sedunia yang ditetapkan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Ikrar itu ditandatangani oleh wakil Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM), Gabungan Dewan Perniagaan dan Perindustrian Cina Malaysia (ACCCIM), Gabungan Dewan Perniagaan dan Perindustrian India Malaysia (MAICCI), Persekutuan Pekilang-Pekilang Malaysia (FMM) serta Dewan Perniagaan dan Perindustrian Antarabangsa Malaysia MICCI).

Kelmarin, Ketua Pembangkang yang juga penasihat Parti Keadilan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim dilapor menyifatkan pendakwaan Dr Mohamad Khir sebagai gimik politik untuk menghadapi pilihan raya.

Anwar berkata, tindakan itu dicurigai dan hanya helah membuktikan kerajaan melakukan perubahan menjelang pilihan raya umum akan datang.

Dr Mohammad Khir didakwa di Mahkamah Sesyen Shah Alam, Isnin lalu, mendapatkan untuk dirinya dan juga isteri, Datin Seri Zahrah Kechik, 45, dengan balasan yang beliau ketahui tidak mencukupi, iaitu dua lot tanah dan sebuah rumah di alamat No 8 & 10, Jalan Suasa 7/1L, Shah Alam.

Ia diperoleh daripada Ditamas Sdn Bhd melalui pengarahnya, Datuk Shamsuddin Hayroni dengan harga RM3.5 juta, sedangkan hartanah itu dibeli oleh Ditamas pada 23 Disember 2004 pada harga RM6.5 juta, manakala Shamsuddin pula mempunyai hubungan dengan kerja rasminya.

Sementara itu, Dr Mohamad Khir yang ditegur Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail kelmarin seperti dilaporkan Berita Harian berhubung kenyataannya di media dan laman blog, berkata tidak akan mengeluarkan sebarang kenyataan termasuk komen berhubung pertuduhan yang dihadapinya.

Komen Osman Dol : Saya bersetuju sangat apa yang disebutkan oleh Perdana Menteri itu. Siapalah agaknya yang bersandiwara? Najib jujur. Ikhlas. Bila ada tomahan yang mengatakan dia terlibat dengan seorang perempuan  dari Monggolia, Najib segera bersumpah untuk membuktikan kebenaran dan kejujurannya. Orang disebelah itu macam mana? TAKUT KERANA SALAH....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan