MULAKAN SETIAP PEKERJAAN KITA DENGAN MEMBACA BISMILLAH SEMOGA MENDAPAT KEBERKATAN ALLAH SWT.

Jumaat, 4 Jun 2010

PAKAR BEDAH SAHKAN ADA DNA, AIR MANI DI DUBUR SAIFUL - BH ON LINE.

‘Ujian makmal, klinikal buktikan berlaku liwat’

Oleh Ahmad Johari Mohd Ali

2010/06/04

Pakar bedah sahkan ada DNA, air mani di dubur Saiful

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini, semalam diberitahu keputusan ujian klinikal dan makmal serta laporan kimia dijalankan terhadap bekas pembantu khas Datuk Seri Anwar Ibrahim, Mohd Saiful Bukhari Azlan, menunjukkan ada bukti berlakunya kejadian liwat.

Pakar Bedah Am Hospital Kuala Lumpur (HKL), Dr Mohd Razali Ibrahim, berkata walaupun ujian klinikal mendapati tiada kesan kemasukan, kesan koyak dan kecederaan pada bahagian dubur, tetapi keputusan ujian makmal dan laporan kimia terhadap empat calitan diambil daripada kawasan luar dan dalam dubur Mohd Saiful menunjukkan kehadiran air mani dan Asid Deosirinobukleik (DNA). “Dengan adanya bukti kehadiran DNA dan air mani, maka saya boleh mengesahkan ada kemasukan di dalam dubur pesakit walaupun tanpa kesan kecederaan,” katanya ketika menjawab soalan Peguam Cara Negara II Datuk Mohamed Yusof Zainal Abidin pada sesi pemeriksaan utama. Saksi kedua pendakwaan itu berkata, kesimpulan itu konsisten dengan apa diceritakan Mohd Saiful ketika menjalani pemeriksaan di HKL pada 28 Jun 2008, dua hari selepas kejadian liwat didakwa berlaku.

Berhubung persoalan tiada kesan koyak atau kecederaan pada dubur mangsa melalui ujian protoskopi dan rektal, Dr Mohd Razali berkata liwat boleh terjadi tanpa menyebabkan kecederaan.

Terdahulu dalam keterangannya, Mohd Saiful menafikan Anwar berada di unit 1152 Kondominium Desa Damansara, iaitu bersebelahan dengan unit 1151 ketika kejadian liwat itu didakwa berlaku.

Ketika menjawab soalan Peguam Karpal Singh ketika pemeriksaan semula, Mohd Saiful turut menolak cadangan Karpal kejadian liwat seperti didakwanya langsung tidak berlaku.

Karpal kemudian memaklumkan kepada mahkamah, pihak pembelaan sudah menyerahkan salinan notis alibi kepada pihak pendakwaan pada 19 Jun tahun lalu yang menyatakan anak guamnya berada di tempat lain ketika kejadian liwat itu didakwa berlaku.

Mahkamah kemudian memerintahkan perbicaraan dijalankan secara tertutup selama kira-kira 15 minit selepas membenarkan permohonan Karpal berikutan keterangan seterusnya berkisar kepada notis alibi berkenaan.

Apabila perbicaraan bersambung, Karpal menyoal Mohd Saiful sama ada beliau beliau pernah mengucapkan selamat bertanding kepada Anwar sempena Pilihan Raya Kecil Permatang Pauh pada 2 Ogos 2008 yang dijawabnya, “Ya, saya tulis dalam blog saya”.

Berikutan jawapan itu Karpal mencadangkan bahawa majlis angkat sumpah Mohd Saiful di Masjid Wilayah yang diadakan dua hari sebelum penamaan calon pilihan raya kecil itu adalah dirancang, yang dinafikan saksi itu.

Perbicaraan di depan Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah ditangguhkan kepada hari ini selepas beliau membenarkan permohonan Karpal untuk merujuk kepada pakar forensik yang dilantik pihak pembelaan, Dr David

KOMEN OSMAN DOL: KITA TUNGGU LAGI...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan