SENDIRI RAKAM GAMBAR SENDIRI
HARI INI SAYA ingin mengulis sendiri dalam blog saya ini. Biasanya saya petik dari akhbar2. Kali ini biarlah saya luangkan sedikit masa untuk mencatatnya.
Saya ingin menyebutkan tentang hari pertunangan anak perempuan saya yg nombor 7 yang diadakan pada 12.6.2010. Nampaknya hari pertunangan itu semuanya berjalan dengan baik. Orang datang ramai, jamuan yang disediakan pun cukup, pihak lelaki dan pihak perempuan amat berpuas hati dihari berlansungnya pertunangan itu.
Sebagai bapa mahupun ibu barangkali tentulah hendakkan anak perempuannya berfkahwin segera. Semua itu ketentuan Allah SWT. Allah yg menentukan jodoh seseorang.
Alhamdulillah anak saya bakal menemui jodohnya. Dia baharu sahaja bertunang. Peretunangan ini juga saya tuliskan dalam fb. Banyak orang yg wish saya. Alham dulillah. Tetapi ada juga yg perihatin itu memberfikan pendapatnya yang ikhlas dan jujur.
Ada yg komen bahawa bakal pengantin itu lebih manis lagi kalau memakai tudung.Tutup aurat. Inilah budak2 zaman sekarang. Tidak mahu mendengar cakap ibu bapa. Tidak dengar nasihat. Degil. Dah disuruh tetapi tidak mahu pakai.
Allahuakbar. Diharap anak2ku yg lain bertudunglah. Assalamualaikum....