MULAKAN SETIAP PEKERJAAN KITA DENGAN MEMBACA BISMILLAH SEMOGA MENDAPAT KEBERKATAN ALLAH SWT.

Sabtu, 1 Mei 2010

KERTAS SIASATAN DITOLAK......Berita Harian.

Kertas siasatan ditolak


Oleh Rafidah Mat Ruzki

fidahruzki@bharian.com.my

2010/05/01


MUSA diberi penerangan oleh Khalid ketika memeriksa tempat kejadian seorang remaja mati ditembak polis di Seksyen 11 Shah Alam, semalam.Peguam Negara arah kes remaja mati terkena tembakan polis diteliti semula

SHAH ALAM: Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail, mengarahkan polis melakukan siasatan lebih lanjut berhubung kes seorang remaja, Aminulrasyid Amzah, 15, yang mati terkena tembakan polis dalam satu kejadian di sini, Isnin lalu. Arahan itu dikeluarkan pada hari sama kertas siasatan berhubung kes itu diserahkan ke Pejabat Peguam Negara, semalam. Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar, berkata kertas siasatan kes itu diserah pada jam 10 pagi semalam, tetapi Peguam Negara menyenaraikan beberapa arahan untuk tindakan lanjut selepas menelitinya dan berbincang dengan pegawai penyiasat.

Beliau yang dihubungi berkata, kertas siasatan itu diambil semula pada jam 5 petang dan pihaknya akan melaksanakan arahan berkenaan.

“Kita akan serahkan semula kertas siasatan itu minggu depan,” katanya tetapi enggan mengulas lanjut mengenai arahan itu.

Khalid berkata, sehingga semalam keterangan lebih 20 saksi direkodkan bagi membantu siasatan, termasuk anggota keluarga Allahyarham Aminulrasyid dan penunggang motosikal yang dikatakan berlanggar dengan kereta yang dipandu remaja itu.

Beliau berkata, seorang lagi saksi kejadian yang juga jiran remaja itu turut membuat laporan polis dan keterangannya diambil di Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam, malam kelmarin.

Bagaimanapun, katanya, pemandu kereta yang dikatakan dilanggar oleh Allahyarham belum tampil untuk membantu siasatan.

Dalam kejadian 2 pagi itu, Aminulrasyid, pelajar Tingkatan Tiga Sekolah Menengah Kebangsaan Seksyen 9 di sini, mati terkena tembakan polis manakala rakannya melarikan diri ketika terserempak dengan kereta peronda polis di kawasan Seksyen 11 di sini.

Terdahulu, Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan, yang ditemui pemberita selepas meninjau tempat kejadian itu, pagi semalam, berkata anggota peronda mengejar kereta yang dipandu Aminulrasyid sejauh enam kilometer.

Beliau menasihatkan orang awam supaya berhenti apabila ditahan polis untuk pemeriksaan kerana tindakan melarikan diri akan hanya mengundang perasaan syak wasangka yang tidak sepatutnya.

"Benda berlaku jam 2, 3 pagi, memang menimbulkan keraguan polis terutama kawasan ini banyak menerima aduan orang awam mengenai kejadian jenayah. Kawasan ini adalah kawasan yang kerap berlaku kejadian pecah rumah.

“Kita menjalankan tugas kita untuk meronda. Kalau polis tahan untuk periksa, berhenti," katanya.

Selain itu, katanya, sejak 2006 lagi beliau sudah mencadangkan supaya setiap kereta peronda dipasang kamera video bagi memudahkan pegawai polis mengambil rakaman apabila berlaku sesuatu insiden, tetapi cadangan itu tidak dapat dilaksanakan berikutan kekurangan peruntukan.

Musa berkata, pihaknya juga mengalu-alukan satu inkues dijalankan untuk mengetahui kejadian sebenar dan sama ada polis mempunyai justifikasi untuk bertindak sedemikian.

Beliau berharap inkues itu dijalankan segera kerana polis juga mahu keadilan diberikan kepada Aminulrasyid.

"Saya tidak melindungi orang saya, tidak... kita harus bersikap adil," katanya.

Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad, pada sidang medianya pula mempersoalkan tindakan polis menyerahkan kertas siasatan itu tanpa berusaha mendapatkan keterangan lebih ramai saksi.

“Sepatutnya polis mengambil keterangan daripada mereka semua. Jika polis tidak boleh menjalankan tugas berkenaan, penyiasatan perlu diserahkan kepada badan bebas seperti suruhanjaya diraja,” katanya.

KOMEN OSMAN DOL:....JANGAN GANGGU....KITA SERAHKAN SEMUNYA KEPADA POLIS.. YAKINLAH....POLIS AKAN MENYISAT SECARA ADIL...

2 ulasan:

  1. Salam Tn Hj,

    Saya amat bersetuju dengan saranan IGP supaya inkues dijalankan segera kerana polis juga mahu keadilan diberikan kepada Aminulrasyid. Disamping ketelusan untuk mengetahui kejadian sebenar dan sama ada polis mempunyai justifikasi untuk bertindak demikian.

    Lagi satu saya nak kata , Peguam Negara tak pernah menolak siasatan polis mungkin apa yang kita faham ialah Peguam Negara meminta polis membuat siasatan lanjut terhadap fakta kurang jelas . Tak logik siasatan kes berat mcm ni boleh disiapkan dalam masa 3 hari kan?

    Tq.

    BalasPadam
  2. Kadang-kadang orang luar lagi pandai dari IGP atau dari Peguam Negara. IGP mesti banyak bersabar dan mesti bertindak secara lebih rasional. Inquest adakah perlu? Sebab kematian sudah jelas. Cuma yang hendak diketahui keterangan2 dari polis itu boleh dipercayai atau tidak.

    BalasPadam