MULAKAN SETIAP PEKERJAAN KITA DENGAN MEMBACA BISMILLAH SEMOGA MENDAPAT KEBERKATAN ALLAH SWT.

Ahad, 9 Mei 2010

REMAJA CEDERA DITEMBAK - UTUSAN MELAYU.

BERITA UTAMA


Oleh MUHAMMAD YASIR JAAFAR

utusanN9@utusan.com.my

Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Wira Abu Seman Yusop melawat Mohd. Azizi Aziz, 17, yang cedera ditembak anggota polis di jalan Seremban-Jelebu di Unit Rawatan Rapi, Hospital Tuanku Jaafar, Seremban, semalam. [ Berita di muka 14 ] – MINGGUAN/Abd Razak Aid

TAMPIN 8 Mei – Tidak sampai dua minggu negara digemparkan dengan kematian Aminulrasyid Amzah dari Shah Alam akibat ditembak polis, kini seorang lagi remaja ditembak anggota peronda pasukan keselamatan itu di Jalan Seremban-Jelebu dekat sini awal pagi ini.

Dalam kejadian pukul 3.30 pagi, Mohd. Azizi Aziz, 17, ditembak setelah enggan memberhentikan motosikal yang ditungganginya selepas diarahkan berbuat demikian oleh dua anggota polis yang berada dalam kereta peronda.

Berikutan itu, salah seorang anggota polis berkenaan bertindak melepaskan satu das tembakan dan mengenai bahagian perut remaja itu sehingga tembus ke bahagian usus.

Mohd. Azizi dikatakan sempat melarikan diri sejauh 1 kilometer dari tempat kejadian sebelum ditahan dan dihantar ke Hospital Tuanku Ja’afar (HTJ) di sini untuk mendapatkan rawatan.

Berikutan kejadian itu, anggota polis berpangkat konstabel yang bertanggungjawab melepaskan tembakan terhadap remaja itu dikenakan tindakan gantung kerja serta-merta.

Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Osman Salleh berkata, anggota terbabit dikenakan tindakan itu kerana melepaskan tembakan tanpa justifikasi yang boleh membawa ancaman kepada dirinya.

“Saya menganggap kejadian ini sebagai satu kesalahan menggunakan kuasa dan pihak kami amat memandang serius terhadap kesalahan ini.

“Saya kesal dengan insiden ini kerana anggota terbabit telah menembak tanpa justifikasi seperti yang ditetapkan oleh Ketua Polis Negara,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis perasmian lapang sasar polis bantuan Felda di Bukit Rokan, Gemencheh di sini hari ini.

Menurut Osman, Mohd. Azizi kini telah menjalani pembedahan dan berada dalam keadaan stabil di HTJ.

“Saya juga ingin meminta maaf kepada pihak keluarga remaja terbabit di atas insiden yang telah menimpanya.

“Polis memberi jaminan pihak kami akan menyiasat dengan lebih terperinci berhubung kes ini,” katanya.

Pada 26 April lalu, Aminulrasyid, 15, mati ditembak anggota polis selepas remaja itu enggan memberhentikan kenderaannya ketika dikejar di Seksyen 11, Shah Alam.

Sementara itu di HTJ, Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Wira Abu Seman Yusop berkata, beliau memandang serius terhadap kejadian itu dan akan mengambil tindakan ke atas anggota terbabit mengikut undang-undang sedia ada.

“Kita akan mengambil tindakan ke atas anggota polis terbabit selepas semua laporan siap. Ketika ini, anggota polis terbabit digantung tugas dan pihak kementerian melahirkan rasa simpati ke atas keluarga remaja berkenaan,” katanya.

Abu Seman berkata, Kementerian Dalam Negeri (KDN) mahu setiap anggota polis melihat dan merujuk semula Prosedur Operasi Standard (SOP) dalam menjalankan tugas di mana sebelum memulakan tugas mesti ada pesanan atau arahan oleh ketua masing-masing.

“Setiap anggota polis perlu mendengar arahan ketua mereka terhadap tugasan yang diberikan dan mematuhi SOP kerja,” ujarnya.

(KOMEN OSMAN DOL:  POLIS TIDAK MENGAJAR ANGGOTANYA MENEMBAK SESEORANG MENGIKUT SESUKA HATINYA. ANGGOTA POLIS HANYA AKAN MENGGUNAKAN SEJATA APINYA APABILA UJUD KEADAAN YANG MERBAHAYAKAN DIRINYA ATAU DALAM KEADAAN UNTUK MEMPERTAHAN DIRINYA SEKIRANYA PENJENAYAH  ITU  MENGGUANAKAN  SENJATA YANG MERBAHAYA. ENTAHLAH......)

Dalam pada itu, bapa remaja itu, Aziz Omar, 42, mendakwa, anaknya telah dipukul polis sebelum ditembak.


Aziz berkata, beliau telah membuat laporan di Balai Polis Rahang pukul 12 tengah hari ini dan akan melantik seorang peguam untuk mengambil tindakan undang-undang berhubung kes tembak itu.


Berita lanjut, sila rujuk edisi cetakan Mingguan Malaysia atau langgani e-Paper di http://ebrowse.bluehyppo.com/utusan/index.asp

2 ulasan:

  1. Salam tn hj,

    Nampaknya anggota polis dah jd bengong kerana skg ni terlampau banyak campur tangan dari luar dalam pasukan polis. Ada orang kata boleh , ada orang kata tak boleh. Last sekali mereka tembaklah apa yang patut.

    Saya setuju dengan Tan Sri Musa Hassan hanya KPN saja yang berkuasa memberi arahan kepada anggota PDRM. Arahan-Arahan yang dok keluar sekarang nampak mcm polis tak tau buat kerja mereka hanya RELA dan JPAM saja yang buat kerja seperti dipaparkan dalam media2. Saya rasa polis dan jabatan2 kerajan lain pun buat kerja jugak cuma mereka tak nak publisiti kerja mereka.

    Akhirnya bila dah jadi mcm ni baru nak suruh rujuk balik SOP KPN. Apa ke hal nya ni...kata jusa2 tu pandai2 sangat.

    BalasPadam
  2. SEMUA ADA PERATURAN ADA UDANG2.... KALAU IKUT KEHENDAK DAN GERAK HATI..... ITULAH AKIBATNYA.

    BalasPadam