MULAKAN SETIAP PEKERJAAN KITA DENGAN MEMBACA BISMILLAH SEMOGA MENDAPAT KEBERKATAN ALLAH SWT.

Isnin, 21 Februari 2011

SELAMATKANLAH NEGARA KAMI YA ALLAH....

POLITIK
Usaha Anwar Ibrahim sia-sia

GAMBAR DARI GOOGLE
Oleh SALEHUDIN MAT RASAD
utusanpahang@utusan.com.my

KUALA KRAU 20 Feb. - Usaha Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim memburuk-burukkan Malaysia di Amerika Syarikat (AS) ternyata sia-sia berikutan penjelasan berterusan yang disampaikan oleh kerajaan tentang keadaan sebenar di negara ini.

Duta Malaysia ke AS, Datuk Seri Jamaludin Mohd. Jarjis berkata, langkah yang dilakukan oleh ketua pembangkang itu dilihat tidak berjaya kerana kalangan pemimpin di AS telah mengetahui iklim politik Malaysia ketika ini.

"Mereka sudah semakin memahami dan mengetahui iklim politik Malaysia sebenar berbanding sebelum ini kerana masing-masing mendapat maklumat yang salah.

"Sehubungan itu, usaha lebih gigih bagi melaporkan keadaan sebenar di Malaysia akan diteruskan di samping menjalin hubungan lebih erat dengan pemimpin negara kuasa besar itu," katanya kepada pemberita selepas mengadakan pertemuan mesra dengan masyarakat peneroka Felda Jengka 23 di sini hari ini.

Jamaluddin yang juga Ahli Parlimen Rompin berkata, persepsi kalangan pemimpin AS terhadap Malaysia turut berubah apabila mengakui Malaysia sebagai sebuah negara Islam contoh dan terbaik di dunia.

"Ia berdasarkan tiga kategori lengkap dicapai oleh Malaysia iaitu sebuah negara demokrasi, kerajaan kuat dan stabil serta mempunyai kekuatan ekonomi.

"Kita patut berbangga kerana Amerika mengakui Malaysia sebuah negara Islam contoh yang diketuai seorang Perdana Menteri yang mempunyai karisma dalam mentadbir negara," katanya.

Dalam pada itu, beliau berkata, hubungan antara Malaysia dengan AS dilihat semakin positif dan memberangsangkan sejak akhir-akhir ini.

Katanya, perkara itu dibuktikan apabila Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mendapat layanan mesra daripada Presidan AS, Barack Obama ketika menghadiri Sidang Kemuncak Mengenai Keselamatan Nuklear ke negara itu baru-baru ini.

Tambahnya, Perdana Menteri juga dijemput dan dipilih oleh Presiden AS itu daripada 46 pemimpin dunia dalam mengadakan pertemuan empat mata bagi membincangkan isu global.

"Pertemuan kedua-dua pemimpin tersebut membuka satu lembaran baru dalam kerjasama pelbagai bidang yang memberi keuntungan kepada kedua-dua pihak," katanya.

Beliau berkata, pada pertemuan itu, Najib juga telah mempelawa Obama melawat Malaysia bagi melihat sendiri kemajuan yang berlaku di negara ini.

"Saya sendiri selaku Duta Malaysia dalam pertemuan dengan Obama pada minggu lalu turut mengambil kesempatan mengingatkan Presiden itu tentang tawaran lawatan tersebut," katanya.

Komen Osman Dol: Kalaulah berita ini benar, manusia jenis apakah itu, memburukkan negara sendiri dimata dunia. Kalau negara ini hancur barulah puas hatinya. Allahuakbar....Allahuakbar....semoga Allah selamatkan negara ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan