MULAKAN SETIAP PEKERJAAN KITA DENGAN MEMBACA BISMILLAH SEMOGA MENDAPAT KEBERKATAN ALLAH SWT.

Rabu, 23 Februari 2011

JANGAN KERANA KUASA SANGGUP DERHAKA KEPADA ALLAH SWT

BERITA UTAMA Pluralisme bertentangan akidah Islam

Oleh RADHUAN HUSSAIN
utusanterengganu@utusan.com.my

KUALA TERENGGANU 22 Feb. - Fahaman pluralisme tidak sepatutnya wujud dalam kalangan umat Islam kerana ia sangat bertentangan dengan ajaran serta akidah umat Islam.
GAMBAR PETIKAN DARI  GOOGLE

Ketua Dewan Ulama Pas, Datuk Harun Taib berpendapat, Islam melarang sama sekali umatnya mengamalkan fahaman seumpama itu dan ia tidak boleh dicampuradukkan dengan ajaran agama suci itu.

Beliau seterusnya menegaskan, larangan itu tidak terbatas kepada sesiapa saja atau mereka yang mendukung fahaman tersebut, tidak terkecuali Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim ataupun beliau sendiri.

"Setakat ini saya belum terima penjelasan lagi mengenai dakwaan yang mengaitkan Anwar sebagai pendukung fahaman itu di negara ini, saya belum lagi terima laporan mengenainya.

"Tetapi sekiranya benar dakwaan itu, tak kira siapa mereka, Anwar ke ataupun saya sendiri sekalipun, ia sudah tak betul," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau diminta mengulas isu fahaman pluralisme iaitu menyamakan kedudukan Islam dengan agama lain yang disentuh oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak serta beberapa tokoh agama mengenai ancaman fahaman tersebut.

Kenyataan Harun yang juga Pesuruhjaya Pas Terengganu itu merupakan reaksi pertama pimpinan peringkat tertinggi Pas secara tegas dan terbuka berhubung isu tersebut.

Beberapa pihak di luar parti itu sebelum ini mempersoalkan pendirian mereka walaupun didesak banyak pihak setelah agak lama membisu dalam persoalan pluralisme yang dikatakan cuba dibawa oleh Anwar.

Perdana Menteri sewaktu merasmikan Multaqa Guru Takmir Seluruh Malaysia minggu lalu mengingatkan seluruh rakyat agar berwaspada dengan fahaman pluralisme kerana ia merupakan ancaman baru kepada umat Islam di negara ini.

Namun peringatan Perdana Menteri itu diperlekehkan Anwar dengan menuduh kerajaan berpura-pura dalam menghadapi ancaman pluralisme agama dan menggunakan media arus perdana untuk mengutuk fahaman berkenaan.

Menurut Harun, segalanya sudah dijelaskan di dalam al-Quran yang menegaskan bahawa hanya Islam satu-satunya agama di sisi Allah.

"Malah ada ayat al-Quran yang maksudnya bahawa orang yang menganut agama selain Islam, Allah tidak akan terima mereka di akhirat.

"Ini bermakna, al-Quran cukup jelas dan nyata. Saya sendiri pun berpandukan al-Quran," ujarnya.

KOMEN OSMAN DOL: INDAH BETUL ISLAM INI. Siapa yang mengatakan Islam ini tidak indah dan tidak betul itu tadanya dia bukan Islam. Islam tetap agama yang suci. Agama yang diredai oleh Allah SWT kerana Islam benar-benar datang dari Allah SWT. Menyamakan Islam dengan agama lain itu paling tidak betul walaupun sebenarnya Islam tidak melarang kita bersahabat dan bermasyarakat dengan orang-orang bukan Islam. Teguran Harun Taip itu tepat dan cantik sekali. Siapa yang makan cili maka dialah yang terasa pedasnya. Orang-orang yang normal dan menyintai Islam tidak akan bercakap begitu. HARAP2 JANGANLAH KERANA KUASA KITA SANGGUP DERHAKA KEPADA ALLAH SWT.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan