MULAKAN SETIAP PEKERJAAN KITA DENGAN MEMBACA BISMILLAH SEMOGA MENDAPAT KEBERKATAN ALLAH SWT.

Sabtu, 24 Mac 2012

TIBA-TIBA SAYA TERINGATKAN RAKAN-RAKAN LAMA MALAH ADA YANG TELAH MENINGGALKAN KITA BUAT SELAMA-LAMANYA.....

SEMASA mula-mula menjinakkan diri dalam dunia penulisan dahulu saya banyak didorong oleh penulis veteran HANIFAH MELAKA atau DATUK AHMAD BIN HAJI ABDULLAH. Dia banyak menulis cerpen dan sajak  yang tersiar disekitar tahun 50an. Cerpen dan sajaknya banyak tersiar dalam majalah Mutiara dan lain-lain majalah di zamannya. Beliau meninggal dunia dalam usia 74 tahun pada tahun 2006 (kalau tak silap).
2) Pengarang novel KALAU ROBOH KOTA MELAKA Allahyarham Omar Ahmad meninggal dunia awal tahun 90an dalam usia sekitar 57 atau 58 tahun. Omar Ahmad banyak memberi saya panduan untuk menjadi seorang penulis yang baik. Omar Ahmad aktif menulis cerpen pada tahun 60an dan beliau selalu memenangi hadiah menulis cerpen RM100.00 yang dianjurkan oleh Berita Harian. Omar Ahmad kenalan rapat Datuk A. Samad Said, kebetulan mereka sekampung. Kampung Durian Tunggal, Melaka. Hanifah Melaka juga orang Durian Tunggal.
3) Allahyarham T.S.Sidi juga orang Durian Tunggal. Dia lebih tua dari saya 3 atau 4 tahun. T.S.Sidi banyak menulis puisi dan cerpen pada tahun-tahun 60an, 70an dan 80an. Bila bertemu dengannya saya selalu bercakap fasal sastera. Dia seorang yang gigih belajar dan bekerja. Dari seorang penjual sayur di Pasar Besar Kuala Lumpur sehingga menjadi seorang Pengarah di Syarikat Dumex.
4) Ketika menjadi polis Di Singapura saya mengenali Nordin Yunus (Adi Nor), Kamsani Ideris dan Rafaeah Buang (penyanyi). Adi Nor masih ada dan menetap di Kampung Durian Tunggal, sekarang. Kamsani Ideris tidak dapat di hubungi. Rafaeah Buang (Allahyarham). Seorang lagi ialah Allahyarham Onn Abdul Rahman. Mereka yang saya sebutkan ini adalah sidang pengarang majalah Satria Malaysia kemudian menjadi majalah Perkawalan. Terima kasih kepada mereka yang sentiasa memberi perhatian pada karya-karya saya.
5) Selepas bertukar ke Kelantan saya dihubungi oleh seorang tokoh sasterawan Singapura ia
allahyarham Mahmud Ahmad. Beliau mengikuti setiap cerpen saya yang tersiar dalam akhbar-akhbar waktu itu (Berita Minggu dan Mingguan Malaysia) dan memberikan sedikit komen yang membina. Itulah Mahmud Ahmad pengarang majalah sastera MEDAN SASTERA. Beberapa buah cerpen saya disiarkan dalam majalan Medan Sastera ini.
.......saya akan sambung lagi...

3 ulasan:

  1. Selain daripada diri sendiri, keluarga, sokongan kawan-kawan sangat diperlukan. Beruntunglah seseorang penulis itu jika dikenali dan mempunyai ramai kawan penulis juga.

    BalasPadam
  2. Betul apa yang anaknda katakan itu....

    BalasPadam
  3. Harap ayahanda dapat sambungnya lagi...anakanda sentiasa menunggu.

    BalasPadam