MULAKAN SETIAP PEKERJAAN KITA DENGAN MEMBACA BISMILLAH SEMOGA MENDAPAT KEBERKATAN ALLAH SWT.

Isnin, 28 September 2009

PELIK TETAPI BENAR

(GAMBAR: Lelaki Cina yang berbulu satu badan.Pelik tapi benar. Klik 2 kali untuk membaca apa yang tertulis di Harian Metro Ahad 4.10.09.
Gambar di atas dua tandan pisang yang mengeluarkan 4 jantung di Felda Tenggaroh, Mersing. Gambar di atas - kucing satu mata. Kucing ini mati setelah beberapa jam dilahirkan oleh ibunya. Ini adalah tanda-tanda kebesaran Allah SWT.




Kambing kepala manusia. Klik 2 kali untuk membaca tulisan tentang kambing berkepala manusia itu.

Ahad, 27 September 2009

TERKENANG-KENANG MASA SILAM.....(14)

(KALAU DAPAT HARTA KARUN MACAM DIGAMBAR ITU. ADUH....DUH....)
DULU lain sekarang lain. Zaman aku kanak-kanak dahulu ditahun-tahun 50an hidupku tidaklah semacam kanak-kanak zaman sekarang. Kanak-kanak sekarang setiapkali Ramadhan mewah dengan duit raya. Setiap rumah yang mereka kunjungi sama ada bersedirian atau mengikut ibu bapa pasti ada duit raya. Ada ketikanya mereka boleh mengumpul hingga berjumlah ratusan ringgit. Tetapi tidak dizaman aku dulu. Paling banyak aku dapat duit ialah 50 sen. Orang yang bagi duit itu tentunya dari ayahku dan saudara mara yang rapat. Bila dapat duit itu aku boleh naik bas dari kampungku ke Lapangan Terbang Batu Berendam untuk melihat kapal terbang. Kadang-kadang aku pergi tidak ada kapal terbang pun, dapat naik bas saja. Kalau tidak ada kapal terbang aku atau rakan-rakan balik saja dengan bas juga. Kalau ada duit lebih bolehlah minum air batu atau makan mi goreng. Kalau tidak ada duit telan air liur sahaja. Tambang bas cuma 10 sen pergi dan 10 sen balik. Sampai di rumah aku rasa begitu hebat sekali....

Jumaat, 25 September 2009

BETULKAH WANITA INI PALING TUA DI DUNIA




INI tanda kebesaran Allah SWT. Tidak mustahil bagi Allah SWT untuk memanjangkan umur sesiapa pun. Semua itu dengan izinnya. Wanita ini mendakwa umurnya 153 tahun. Boleh jadi betul dakwaannya itu kalau dilihat pada kulit mukanya yang sudah berkedut-kedut itu. Tetapi mengikut amalannya dia suka minum arak dan hisap rokok untuk memanjangkan umur. Ini tidak lojik bagi umat Islam. Arak dan rokok sebenar membunuh jiwa seseorang bukan menyelamatkannya. Bagi orang Islam bahawa umur yang panjang itu mestilah dipenuhi dengan iman, barulah selamat dunia dan akhirat. Insya-Allah. Klik 2 kali untuk membaca tulisan dikaki gambar itu.



CUCU-CUCU TERCINTA

1) HAUNI (KAKAK)
2) IJAH (MALU-MALU GIRL)

3) THE MAT SALEH BOY
(MARKUS SULAIMAN)
4) DAMIA
5) HANA
6) DENISH (THE HANDSOME BOY)

Khamis, 24 September 2009

WANITA TERTINGGI DI DUNIA


Heather Green - wanita dari Las Vagas, ingginya 1.95 cm, atau 6'51/2"
Seorang lagi ialah:
Yao Defen, wanita dari negeri China, tingginya ialah 2.33 cm.

Rabu, 23 September 2009

MANUSIA TERTUA DIDUNIA

YUSUPOVA - lahir pada 1880 UBEKISTAN. Karakal Pakistan - 28.11.97.

MANUSIA TERTINGGI DAN TERENDAH DUNIA

BAO XISHUN manusia tertinggi di dunia 7' 9" atau 236 sentimeter dan manusia terpendek di dunia HE PINGNPING 2' 4"kedua-duanya berasal dari Negara China.

Ahad, 20 September 2009

LAGI CERITA ORANG TINGGI

(GAMBAR: CHRIS GREENER, LELAKI PALING TINGGI DI BRATAIN, TINGGINYA IALAH 7'61/2").


Jumaat, 18 September 2009

ORANG PALING TINGGI DI DUNIA

Namanya Sultan Kusen, 26, dari Turki yang mempunyai ketinggian 8kaki 1inci = 236 sentimeter (hampir 3kaki lebih tinggi dari aku). Walaupun Sultan Kusen begitu tinggi, tetapi dia bertongkat nampaknhya.

SELAMAT HARI RAYA AIDUL-FITRI

(GAMBAR: MAKAM BAGINDA RASULULLAH SAW)
Terima kasih kepada setiap pengunjung dalam blogku ini. Di bulan yang mulia ini kuingin mengambil kesempatan mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDUL-FITRI, MAAF ZAHIR DAN BATIN. Kalau ada kelapangan jemputlan datang kerumah.

PELIK - DUA BADAN SATU KEPALA

INILAH tanda-tanda kebesaran Allah SWT. Setakat ini saya tidak tahu perkembangan selanjut bayi dua badan satu kepala ini. Berita ini kutulis dalam blogku ini pada 18.9.09.

AKHIRNYA NORDIN MAT TOP TEWAS

Kata pepatah Melayu, sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ketanah juga. Begitulah nasib yang diterima oleh Nordin Mat Top, pengganas nombor 1 Asia. Mengikut laporan Polis Indonesia Nordin meletupkan dirinya sendiri. Dia berbuat begitu mungkin untuk mengelakkan dari ditangkap oleh polis anti pengganas Indonesia. Berita Utusan Malaysia 18.9.09.