MULAKAN SETIAP PEKERJAAN KITA DENGAN MEMBACA BISMILLAH SEMOGA MENDAPAT KEBERKATAN ALLAH SWT.

Ahad, 26 Februari 2012

HARI MINGGU YANG DINANTI-NANTI OLEH KAUM PENULIS.

Seorang rakan penulis dari utara tanah air pernah menulis dalam blognya menyatakan bahawa Hari Minggu adalah hari yang dinanti-nantikan oleh kaum penulis. Mereka ingin mempastikan sama ada karya mereka tersiar atau tidak. Aku akui benar apa yang disebutkan oleh rakan penulis situ. Dari dulu sehingga sekarang hari Minggu memang hari yang aku nanti-nantikan. Pernah ketika aku duduk di Cherang Ruku, Pasir Puteh, Kelantan, menaiki motosikal sejauh 15 kilometer semata-mata hendak membeli akhbar. Waktu itu tidak ada akhbar dijual di pekan kecil itu. Dan aku masih ingat, di hari Minggu, jam 10 pagi, aku ke Pasir Puteh menunggang motosikal, sampai di suatu selekoh, aku terbabas dan terhumban dalam sawah yang kering. Motosikal Lambretta aku hancur. Ramai yang menyangka aku meninggal dunia kerana ada rakan-rakan yang datang ziarah aku menyatakan aku meninggal dunia. Sebenarnya aku cuma cedera sedikit saja.
Bila cukup bulan begitu juga. Kita akan menanti-nanti sessuatu majalah terbit sekiranya kita ada menghantar cerpen atau sajak dalam majalah itu.
Tepat apa yang disebut oleh rakan penulis Mohd Hilmi Ahmad. Menjadi suatu nostalgia ketika aku muda-muda dahulu   yang menghantar cerpen dalam majalah atau akhbar.

1 ulasan:

  1. Nampaknya sudah lama ayahanda tidak menerbitkan entri terbaru. Lega rasanya akhirnya ayahanda kembali. Betul hari Ahad adalah hari yang dinanti-nantikan penulis. Manakala masuk saja bulan baru untuk majalah pula.

    BalasPadam